Wednesday, June 25, 2008

burung raja udang

Like father,like daughter ;)
Assalamualaikum


(perhatikan ayat di dalam " ... ")

Selalu En.H suka geletek anak daranya tu.Nanti si anaknya mesti menjerit sambil menghulur tangannya pada ibu "ibu......tolong tifa......ibu..tolong tifa".Well of courselah diorang bergurau senda kan.

Tapi baru-baru ni dia dah pandai tukar ayatnya.Dalam tengah-tengah dok gelak sebab ayahnya dok geletek kakinya,dari ayat permintaan dah tukar jadi ayat pertanyaan macam ni pulak "ibu....nak tolong tifa tak?".Masa terkeluar soalan tu,En.H yang tengah sibuk bergurau dengan anaknya pun terhenti.Lepas tu apalagi,kami berdua gelak sampai saya senak perut.(perut kan dah mulai menaik ;)).

Boleh dia buat soalan macam tu.Manalah ibu tak tergelak.

Tapi macam biasalah,ibu tetap menjawab tak nak.(agaknya sebab tu dia tukar jadi soalan kot,selalu ibu mmg tak tolonglah..tak kuasa nak melayan dua beranak tu bergelak ketawa,penat)

Oh ada satu lagi cerita tentang anak dara tu.

Dia ada buku kamus bergambar dalam 3 bahasa.Melayu,English dan arab.Memang dia suka sangatlah sampai hari-hari dok selak buku tu.Lepas tu ibulah yang jadi mangsanya.Dia akan mengeja perkataan lepas tu ibulah yang kene menyebutnya.

Ada sekali tu,sampai kepada page tentang burung.Macam-macamlah nama dan gambar burung didalamnya.

Dalam keasyikkan dok mengajar tentang burung tu,sampailah pada nama burung "raja udang".Bila saya menyebut je nama burung tu,boleh dia menjerit dengan nada yang macam ala-ala nak menangis "tu birdla ibu....bukan udang".

Aduhai.....pening ibu nak menerangkannya.2-3 kali dok cakap yang nama burung tu raja udang.Memang dia agak tak boleh terima lagi sekarang.Puas diterangkan....tapi dia tetap kata itu bird bukan udang.Hehehe.....takpe next month ibu terangkan lagi sekali ye sayang.

3 comments:

ijad said...

salam.. apa khabar...

ummumishkah said...

Salam..

Moga sihat sekeluarga.
Pintar lil Tifa tu yer!

hanis said...

ijad : Salam kembali.Alhamdulillah sihat walafiat :)

ummumishkah : Salam kembali.InsyaALLAH,kesihatan itulah yang selalu didoakan.Moga ummu sekeluarga pun dirahmatiNya selalu.Lil tifa tu dah nak jadi kakak.Makin meragam.Maklumlah ;)