Besok dah masuk tahun 2008!
Kalau nak tulis kronology dari januari sampai disember,mintak maaf.Saya memang tak cukup rajin campur tak cukup waktu pasal anak tengah kurang sihat.Demam sikit.Alhamdulillah dah makin baik.Demam nak pandai kata orang.
Kalau kesimpulan terus boleh tak? :P
Januari sampai disember,banyak ujian ALLAH berikan.Tapi tak terbanding limpah rahmat rezeki yang DIA berikan untuk kami juga.Alhamdulillah.Hidup berumahtangga semakin tenang,makin serasi,makin memahami.Rezeki tak putus-putus.Suami,anak dan diri saya sendiri Alhamdulillah sihat,tenang dan bahagia.Saya juga masih mempunyai ibu dan bapa,suami pun begitu.Keluarga semuanya sihat-sihat.Semuanya bagus-bagus.
Alhamdulillah,Alhamdulillah,Alhamdulillah.Syukur,Syukur,Syukur.Apalagi yang harus dikata.Dengan rahmat kesihatan,hati yang tenang,dikelilingi keluarga,sahabat handai,tak mampu nak ucap perkara lain.Alhamdulillah,Alhamdulillah,Alhamdulillah.Sesungguhnya Allah itu maha pengasih,maha penyayang.
2007 juga ada kenangan yang sedih buat saya.Seorang sahabat sekelas masa tingkatan 5 kat SEMSAS dulu meninggal dunia dalam kemalangan.AL-FATIHAH untuk arwah Ise.Semoga rohnya tergolong dalam golongan orang-orang yang soleh.Amin.
Lain-lain cerita,semuanya yang bagus-bagus.Yang saya belajar sepanjang tahun ini adalah tentang berfikiran positif.Semua orang patut berfikiran positif setiap saat.Jangan ditarik perkara-perkara yang negatif tu.InsyaALLAH,fikiran yang baik-baik ditambah dengan doa,sujud dan syukur kepadaNya tanpa putus asa,bahagialah,gembiralah dan tenanglah kita dengan izinNya.Dan yang perlu kita ingat, hidup di dunia ni cuma persinggahan saja.Yang kekal hanyalah di akhirat.Jangan terlalu dikejar yang dunia ini.Yang kekal tu patut menjadi keutamaan.
Selamat tinggal 2007 dan Selamat datang 2008.
Tahun yang berlalu jadikan pengajaran,Tahun yang bermula jadikan keazaman.
No comments:
Post a Comment