Monday, December 24, 2007

Tangguh

Assalamualaikum

Kalau solat bertangguh memang sangat-sangat tak elok.Tapi kalau bertangguh dalam bab kesenangan lain pulak ulasannya.Saya sedang belajar menangguh kesenangan.Si Kiyosaki pun ada bercerita tentang bagaimana isterinya menangguhkan hasrat untuk membeli kereta jenama M.Benz selama 4 tahun semata-mata menunggu wang hasil investmentnya diperoleh(bukan sebab tak ada duit,diorang ni mmg dah millionaire sgt2x).Akhirnya kereta dibeli dengan duit free!.Bukan dari simpanan,bukan dari gaji,bukan dari keluarga,bukan pinjaman,sememangnya duit free sebab duit itu bekerja dan menghasilkan lebihan yang boleh digunakan.Saya pun sedang belajar menangguh.

Kalau dulu nak sambut birthday mesti tepat pada tarikhnya.Nak hadiah pun tepat2x jam 12 malam.Nak tiup lilin pada kek pun mesti tengah malam tu jugak.Surprise yang dinantikan.Saya pun macam tu.Tapi bila kita belajar menangguhkan sikit kesenangan tu,apa yang kita akan dapat selepas tu sebenarnya lebih lagi.Macam jugak nak beli rumah besar,kereta besar semua yang besar2xlah.Kalau simpanan tak ada,untuk kecemasan tak ada,hidup orang kata bak bulan ke bulan,buat apa nak beli yang besar2x tu dulu.Bersabarlah.Simpan..simpan..simpan.Bila dah banyak tubuhkan yayasan.Tubuhkan syarikat keluarga.Jalankan bisnes keluarga.Kalau pun umur kita tak kesampaian untuk merasa semua kemewahan tu,sekurang-kurangnya kita meninggalkan legacy untuk warisan kita.Ini yang saya mula nampak bila dah belajar tentang kewangan.Ini juga sebenarnya apa yang orang kaya-kaya buat dari dulu.Apa yang sultan2x,raja2x buat dari dulu.Mereka yang kaya ni meninggalkan legacy untuk keturunan mereka.Bukan meninggalkan hutang keliling pinggang.Banyak sebenarnya yang middle class,lower class people tak tahu tentang ini.Kat sekolah mana ada belajar tentang semua teknik2x kewangan ni.

Alhamdulillah saya bertuah mempunyai suami yang sangat2x berkeinginan 'financial freedom' walau dalam usia yang masih mudalah(sebab orang kita selalu fikir perkara ni bila dah nak pencen nanti).Dan saya belajar banyak perkara dari dia.Bertangguh bukan bermakna tak dapat lansung,cuma lambat sikit saja supaya duit yang akan dibelanjakan tu adalah duit 'free'.Bukan dari simpanan,bukan dari gaji,bukan pinjaman.Dan bila saya tangguh hadiah hari lahir saya,berhari-hari selepas itu saya dapat treat dari suami.Makan tu,makan ni.Belum masuk yang akan datang kat melaka lagi(kan ayah kan :P).Semua untuk sambutan hari lahir saya yang saya tangguhkan pada 3 disember dulu.Bukan tak dapat,malah lebih lagi.Tapi dibelanja dengan duit 'free'.Belajarlah bersabar.Janganlah kerana nak hidup mewah awal-awal,akhirnya satu sen pun tak ada,yang ada cuma hutang.

Fikir-fikirkanlah.......

(kalau teringin nak belajar tentang duit free,cuba-cubalah pergi kat sini (http://urusinsan.forum5.com/index.php) dan bertanyalah kepada yang mengetahui)





No comments: