Saya dapat email ni dari seorang teman.
assalamualaikum dan salam sejahtera buat semua,di sini saya nak berkongsi pengalaman yang dialami oleh seorang cikgu,
ini adalah kisah benar bukannya rekaan, dan diharap dapat beri kebaikan
kepada semua,
satu malam cikgu tersebut terjaga dari tidor dan didapati anaknya yang
berusia dalam lingkungan 4 tahun tiada, cikgu tersebut cari anaknya
dalam rumah tapi tak jumpa, kemudian dia telefon seorang ustaz dan
beritahu apa yang telah terjadi, sebagai iktiar ustaz tu pesan jangan
buka pintu atau tingkap rumah sehingga azan subuh.
cikgu tersebut ikut apa yang dipesankan oleh ustaz tadi, bila selesai
sahaja azan subuh didapati anaknya sedang tidur di tempat tidurnya.
kemudian dia telefon kembali ustaz tadi dan beritahu anaknya dah
dijumpai.
ustaz tersebut bagi tahu itu kerja orang yang guna sihir untuk menculik
budak-budak kecik, dan sekiranya pintu atau tingkap dibuka maka hilanglah
budak tersebut. dengan ini agar kita semua berjaga-jaga dengan apa yang
terjadi, jangan panik, banyakkan berdoa. sekiranya terjadi perkara
sedemikian diharapkan agar tidak membuka pintu atau tingkap sehingga
azan subuh kerana ianya masih di dalam rumah, melainkan pintu atau
tingkap rumah yang telah terbuka.
Diharapkan menjadi panduan dalam kehidupan kita yang semakin mencabar
seram juga membacanya.......hati-hatilah kawan-kawan ye...sekarang macam-macam dah yang pelik-pelik terjadi.Penuhilah rumah kita dengan ayat-ayat ALLAH,dan selalulah membaca AL-Quran di rumah.Lepas tu kita tawakkal.Berserah pada ALLAH.Berdoa moga kita sekeluarga dilindungi dari segala bala,bencana dan kejahatan manusia.InsyaALLAH.
No comments:
Post a Comment