Assalamualaikum
Banyak sungguh yang hendak saya ceritakan,sampaikan,kongsikan.Sebelum itu saya kongsi senyuman daripada anak kecil saya untuk semua yang sudi singgah di sini hari ini.
Perasaan saya kacau bilau sekarang dek kerana keadaan rumah yang juga kacau bilau.Bukanlah sebab hendak menyambut syawal walau ramadhan semakin menghampiri.(seronok betul nak puasa ni).Tapi kacau bilau kerana memunggah suratkhabar lama,kotak-kotak lama,barang-barang lama,beg-beg pakaian lama(dapat satu kotak!byk betul),nota-nota lama(4 tahun di MMU,boleh bayangkan nota yg diprint utk ke kelas banyak mana?2 org pulak tu) yang dah bersarang dalam stor.Hasilnya belum ditimbang lagi tapi rasanya berkilo-kilo juga tu.Saya bilang sama En.H,hasil jualan kertas nanti bolehlah makan pizza.Tapi hati berbelah bagi pula.Kalau ditambah hiasan taman kecil saya yang di laman rumah itu pun bagus juga.Berangan tak sudah saya jadinya.Entah kan dapat entahkan tidak.Saya harus terus mengemas.Sebelum ramadhan menjelma.Yang hendak diceritakan,disampaikan,dikongsikan saya tangguhkan dahululah buat masa sekarang.Ada rakan yang baru mengikat janji sebagai suami isteri 2-3 minggu yang sudah.Kepada Olie,Win(rakan sekolah) & Ika(rakan uni),Selamat Pengantin Baru ya!.
No comments:
Post a Comment