Thursday, September 27, 2007

bersyukur

Assalamualaikum

Alhamdulillah,syukur ke hadrat Ilahi.Pagi ini saya diberi rezeki mendengar sesuatu yang amat memenangkan jiwa saya.Saya suka menonton al-hidayah pagi-pagi dalam bulan mulia ni.Ada tv3 tayangkan setiap hari.Agak awal waktunya,jam 6 pagi.Tapi di bulan puasa ni,lepas sahur saya tak betah untuk lelapkan mata walau kadang-kadang ada terlelap juga.(mengantuk sangat!).Laipun bimbang terlepas subuh juga kalau tidur.

Kembali kepada apa yang ingin kongsikan.

Dalam segment sirah pagi tadi,ustazah norba'yah penceramahnya.(Suka betul saya dengan wajah manisnya tu.)Sirahnya kali ini kisah nabi kesayangan kita semua,nabi Muhammad SAW.Dilihat oleh seorang sahabat rasul disuatu hari nabi Muhammad SAW solat duduk.Bila ditanya Nabi Muhammad SAW menjawab kerana perutnya lapar dan tidak mampu berdiri.
Dua malaikat turun mendekati nabi.Malaikat yang menjaga gunung-ganang ingin menukar gunung2x menjadi emas permata agar Nabi Muhammad SAW dapat menukarnya kepada makanan dan dapat mengisi kekosongan perutnya.Malaikat yang menjaga makanan disyurga ingin membawa makanan dari syurga untuk dihidangkan kepada nabi.Tetapi kedua-duanya nabi Muhammad SAW tolak dengan baik.

Mengapa?

Kata Nabi Muhammad SAW,
"sehari aku mendapat rezeki makanan,aku bersyukur kepada ALLAH."
"sehari aku berlapar,aku merayu,meminta,berdoa kepada ALLAH."
"Ya ALLAH,hambamu ini lapar ya ALLAH.Hambamu ini dahaga ya ALLAH"
Inilah akhlak Nabi Muhammad SAW yang perlu kita contohi.

Setiap hari kita diberi rezeki oleh ALLAH melimpah-limpah.Tak kiralah nyawa,harta,rahmat,bahagia,kesihatan dan sebagainya.Adakah kita cukup bersyukur?
Dan bila kita ditimpa ujian,dugaan oleh ALLAH,adakah kita cukup merayu,meminta kepadaNYA?

Terdetik dihati saya,bersyukur sungguh saya, ALLAH berikan ujian,dugaan bila apa yang saya harapkan,doakan,inginkan masih tidak saya perolehi.ALLAH inginkan saya merayu padaNYA lagi.Meminta tanpa jemu,tanpa putus asa.Andaikata semua yang saya harapkan doakan dimakbulkan ALLAH,saya mungkin alpa.

Sedangkan Nabi ALLAH Nabi Muhammad SAW yang ALLAH jaminkan syurga kepadanya,sanggup berlapar supaya dia akan sentiasa merayu,meminta dan berdoa kepada ALLAH!

(pesan ustazah norba'yah,berzikir adalah salah satu cara kita bersyukur.Membaca dan menghayati AL-Quran juga)

1 comment:

Anonymous said...

saya penah baca satu jenaka sufi, ada sorang lelaki tu duduk di lantai sambil menangis. dtg seorang lelaki lain, tanya 'kenapa anta menangis?' jwbnya 'ana menangis kerna lapar..' lelaki yg bertanya tu heran la sbb lelaki yg menangis tu bkn nya pengemis malahan cukup harta dan makanannya. dia kata 'ana lihat rumah anta sangat lengkap dengan makanan, mengapa anta tidak makan sahaja?'...jwb lelaki tu 'mmg sengaja ana membiarkan diri ana lapar, supaya ana dapat menangis dan berdoa kepada Allah'.

berlapar dan menangis, mmg satu cara mendekatkan diri pada Allah. :) itulah hikmah berpuasa.