Assalamualaikum
Baru sekejap tadi budak perempuan kecik yang sangat tidak boleh duduk diam itu pecahkan barang perhiasan ibunya.Dapat 1 cubitan dipeha.Ditambah 1 lagi tamparan dipunggung sebab tak mahu duduk diam juga bila kaca bertaburan sana sini.Kurang pahala puasa saya hari ni agaknya.Barang pecah taklah menjadikan saya berang sangat.Tapi yang buat naik angin bila disuruh duduk diam-diam atas kerusi sebab saya hendak menyapu kaca-kaca tu,dia lagilah seronok nak pijak-pijak lantai tu.Penat buat-buat menangis saya tak layan(tak sakit pun cubitan tu),dia tertidur atas kerusi.Sayu pula hati saya melihatnya.Tak sanggup biarkan dia tidur dalam merajuk,saya kejut dia.Peluk dan cium untuk dia.Saya yakinkan dia saya sudah tidak marah lagi padanya.Barulah saya biarkan dia lelapkan mata.Dipangkuan saya.Hemm,itulah budak namanya.Walau dimarah macam mana pun,bila dicium,dipeluk,dibelai pasti akan terukir juga senyuman diwajahnya.
Barang perhiasan yang pecah tu...hemmm tinggal kenangan sajalah.Hadiah hari lahir saya tu.Saya memang minat mengumpul barang-barang hiasan kecil-kecil ni.Specially hadiah hari lahir saya.Banyak yang saya kumpul.Saya dulu gila-gila dengan bunga tulip.Kesudahannya banyak hadiah yang saya terima ada tema tulip padanya.Ada jam dinding berbentuk tulip(ini saya ingat sangat hadiah daripada puan mimi).Ada 2 tangkai tulip yang diukir dari kayu(sangat klasik),ada ukiran kayu berbentuk taman yang ada bunga tulip dan macam-macam lagilah.Satu kontena kecil hadiah masih didalam simpanan saya.Masih berkeadaan baik.Entah bila boleh dikeluarkan,diperhiaskan dalam almari yang cantik(hint untuk En.H :P ).Zaman budak-budak masa belajar dulu,hadiahnya banyak berbentuk hiasan yang comel-comel.Bolehlah dikumpul.Bila sudah bergelar isteri,hadiah daripada suami dan keluarga banyak yang perlu dimakan masa itu juga.Atau pun yang perlu dipakai.Tidak boleh dibuat hiasan.Tidak boleh dikumpul.Jadi yang dalam satu kontena kecil tu tersangatlah berharga rasanya.Nanti-nanti bolehlah diceritakan pada anak cucu yang neneknya dulu penggemar bunga tulip.(wink!)
No comments:
Post a Comment