Assalamualaikum
Memang saya merisik-risik sesuatu.Tapi bukanlah merisik untuk melamar seseorang.Si kecil saya belum pun mencapai umur 3 tahun.Saya merisik kabar tentang keluarga sebelah En.H.Ramai rupanya.
Semalam kami sekeluarga bersama emak mertua sekali menghadiri majlis akad nikah seseorang.Kami semua panggil abang Is saja;yang bernikah.Siapa abg Is yek?Mudah kata dia sepupu ibu mertua saya.Anak kepada nek chik En.H.(pening juga hendak difaham salah silahnya ya,sabar sajalah sebab saya memang hendak mengutarakan perkara itu :) )
Beginilah,saya mulakan dari adik-beradik nenek En.H.(ini susur galur keluarga suami saja)
sulong : nenek long ( lupa pula hendak ditanya nama :) )
tengah: nenek leha (inilah nenek En.H,nenek saya juga kan)
bongsu : nenek chik (abang Is yang bernikah tu anak nenek chiklah,tapi anak nenek long juga! )
Bagaimana ya?
Kita kembangkan lagi kepada anak-anak mereka pula.Jangan terkejut ya!
nenek long : dikurniakan 18 orang anak (kan saya kata jangan terkejut :) )
nenek Leha : dikurniakan 6 orang anak (ibu maznah,mak ngah rozie,mak lang shima,mak teh ani,pak cik leman,bu su nordin.Ibu maznah itu ibu mertua sayalah)
nenek chik : tidak dikurniakan anak
Tetapi nenek chik telah mengambil 2 orang daripada anak nenek long sebagai anak angkatnya;abang Is dan Kak Zety.Sehingga berkahwin abang Is tetap mahu tinggal berdekatan dengan nenek chik.Majlis perkahwinan pun dibuat di rumah nenek chik.Abang Is kata,"dari saya kecik mak(nenek chik) yang jaga sampai besar macam ni,inilah emak yang kenal."Terharu betul saya mendengarnya.Kak Zety pun begitu.Bekerja sebagai doktor di HKL.Tapi dia sanggup berulang alik HKL - Puchong setiap hari semata-mata tidak mahu tinggalkan emaknya bersendirian.Walau bukan ibu kandungnya.Walau dia seorang doktor.
AL kisah nenek long pula.Dengan anaknya 18 orang itu;16 daripadanya adalah siswazah!.Kagum betul saya.Ketika berjumpa dengan sebahagian dari anak-anak nenek long semalam,saya percaya.Yang datang berkereta besar-besar.Dari cerita yang saya dapat,kebanyakkannya berpangkatlah.Salah seorang anak nenek long tinggal di Australia.Berkahwin dengan orang di sana.Ada yang bersyarikat sendiri.Ada 'Head Hunter' juga.Sempatlah dia menyuruh saya mengemail resume saya kepadanya.Aduh!
Kisah nenek Leha; nenek En.H saya ceritakan lain kali saja ya.Dah panjang pun tulisan kali ini.Hari ini akan berlansung majlis persandingan abang Is pula.Hendak bersiap-siaplah.Mungkin saya akan dapat berjumpa anak-anak nenek Long yang lain pula.(kalau dapat berjumpa semua yang 18 itu alangkah bagusnya ya).InsyaALLAH.
(ada tak saya ceritakan yang abang Is berkahwin dengan jiran selang hanya 6 pintu dari rumahnya?Kalau dah jodoh!)
No comments:
Post a Comment