Assalamualaikum
Kadang-kadang En.H boleh jadi sangat rajin.Semalam saya hamburkan semua baju-baju yang sebakul penuh dan hampir-hampir melimpah itu di atas tikar di hadapan tv.Tentulah saya ada niat untuk melipatnya.Akan tetapi niat yang baik selalu saja dihalang oleh sifat yang kurang baik.Saya kurang rajin pulak.Selalunya begitulah.Dua tiga kali saya sepahkan baju-baju di atas tikar,kemudian saya kutip semula letak di dalam bakul.Tangguh lagi.Walau saya punya banyak waktu terluang(selalunya begitulah kata-kata untuk surirumah macam saya),tapi untuk melipat kain saya memang culas betul.Hendak termuntah kadang-kadang tengok kain yang perlu dilipat tu.
Semalam saya tak mahu tangguh lagi.Nanti bertambah tinggi timbunannya.Saya panggil En.H yang sedang leka dengan kerjanya."bang,sinilah tolong lipat kain.Tak laratlah.Banyak ni".Selalunya lambat aja jawapannya.Tapi semalam dia memang sangat rajin."Biar abang lipat semua,ayang tolong buat air ek".Huh...terkedu pun ada.Tapi saya sukalah.Mana tidaknya.Membancuh secawan air dengan melipat baju sebakul itu.Banyak bezanya kan.
Kalau buat air sampai 10 cawan pun saya sanggup lagi.Punyalah saya kurang minat bab-bab melipat baju.Begitulah kadang-kadang dia boleh jadi sangatlah rajin dan memanjakan saya.Harapan saya selalulah dia begitu.Seronok saya.InsyaALLAH.
Nathifa jangan cakaplah ligatnya kalau saya lipat baju.Belum sempat saya lipat sehelai,dia dah lipat berhelai-helai.Tak payah cakaplah macam mana rupanya baju yang dia lipat tu.Ala-ala roti canai pun ada!.
No comments:
Post a Comment