Assalamualaikum
[1]En.H terlepas pc fair.Kasihan.Tahun depanlah pula darling ye.
[2]Saya sedang kemaruk mengemas rumah.Ubah perabot yang tak sebanyak mana itu ke sana sini.
[3]Hasil tiruan daripada jiran sebelah.2-3 hari sekali saya gunting dahan pokok hiasan yang saya tanam dilaman buat gubahan di dalam rumah.Di atas meja makan.Lama-lama botak juga pokok diluar tu nanti.
[4]Saya juga sedang kemaruk mengemas buku.Habis saya punggah semua kotak-kotak buku lama.Termasuklah En.H punya nota accounting saya jumpa!
[5]Dalam khusyuk memunggah,anak dara saya sibuklah 'mengemas' sama sambil mulut tak henti-henti bercakap.Seronok juga.Bila ada perkataan yang agak lucu disebutnya saya ketawa.
[6]Paling berharga saya ketemu sebeban kad-kad dan surat-surat cinta lama kami berdua.Alangkah romantisnya!
No comments:
Post a Comment