Saturday, April 28, 2007

captain - Hook !

Assalamualaikum


While visiting my son on his Army base, I chatted with a colleague of his.

"What rank are you?" I asked.
"I'm relieved to say that I've just been promoted from captain to major."
"Relieved? Why?"
"Because," he replied, "my last name is Hook."

-okay,it's a jokelah!
-have a peek @ http://www.rd.com

Monday, April 23, 2007

kurang rajin

Assalamualaikum

Ishh....2, 3 hari kebelakangan ini terasa kurang rajinlah untuk menulis.Oh ya,saya cuba untuk tidak menggunakan perkataan 'malas'.Lama kelamaan risau pula menjadi satu doa.

Saya sangat gembira untuk mengucapkan tahniah buat seorang rakan karib saya,gadis manis kecil molek, yang bakal menamatkan zaman bujangnya.Gembira sungguh menerima khabar tersebut.Lebih-lebih lagi bakal pengantin lelakinya juga salah seorang sahabat saya.Kami pernah makan bersama,berbual,bercerita.Selalu menumpang kenderaannya.(saya tengah tersenyum ni).

Tetapi tiada apa yang lebih membahagiakan hati saya apabila saya dikhabarkan sahabat saya yang lelaki ini telah memilih ISLAM sebagai jalan hidupnya.Syukur kepada ALLAH diatas hidayah yang diturunkan buat sahabat saya ini.Cuma saya terlupa bertanya nama apakah yang menjadi pilihan beliau.Mungkin akan terasa janggal apabila saya memanggil beliau dengan nama islamnya kelak :).(Hati tak sabar menunggu tarikh perkahwinan mereka).

Buat insan-insan yang saya tujukan tulisan saya kali ini,tidak dapat saya gambarkan kegembiraan menerima jemputan daripada kalian.InsyaALLAH,doa saya iringkan, moga segalanya akan berjalan seperti yang kalian rancangkan.InsyaALLAH juga kami akan bertandang ke majlis kalian.

ps:Kepada bakal2x pengantin yang singgah diblog saya ini,sekalung tahniah buat kamu semua!

Sunday, April 22, 2007

bila saya marah

Assalamualaikum

tak payah nak membuka bicara
saya memang marah sangat
rasa macam nak meletup

manusia bila rasa ilmu didada lebih dari manusia lain
mulalah rasa diri sempurna,betul sepanjang masa
mulalah bual bicara naik kepala

rasanya org melayu kita ada pepatah kan
biarlah mengikut resmi padi...oh ya tak taulah kenal ke tak padi tu
padi bila masak,penuh makin menunduk
makin menyembah bumi
bukan makin mendongak ke atas
pandang orang lain sebelah mata saja

oh ya...saya memang susah nak marah
orang kata saya ni lembut,cakap berbahasa

tapi saya ada hati juga
lembut tak bermakna orang boleh cakap apa saja

kan ada pepatah melayu lagi kata
terlajak perahu boleh undur
terlajak kata buruk padahnya
bukan buruk lagi dah
memang hancur,luluh,berderai,berkecai....

hem...masih marah lagi rasanya
tapi tak meletup pun
baik pergi ambil wuduk
mengadu pada yang SATU

hanya DIA yang tak pernah melukakan hati hambaNYA
bahkan bagi ketenangan,keselesaan
Sayu hati bila dah mengadapNYA di atas sejadah
terkenang mengapa ada yang sanggup berkata begitu
hina sangatkah saya???

nukilan,
balqish Nissa'

Friday, April 20, 2007

semalam

Assalamualaikum

Semalam,
Dalam berita terkini ada budak berumur dua tahun 10 bulan diikat,diletak diatas peti sejuk.
Marah timbul menghilangkan senyuman dibibir saya.

Semalam,
Dalam rancangan 'Expose' ada budak lelaki berumur 10 tahun menghidu gam di dalam semak.
Marah timbul menghilangkan tenang dihati saya.

Semalam,
Disebabkan kedua-dua perkara tersebut sungguh hati saya tidak tenteram.
Siapa lagi yang harus dipersalahkan sekiranya kedua-dua anugerah ALLAH ini masih mempunyai lelaki dan perempuan yang bergelar ayah dan ibu ?

Semalam,
Saya sujud menghadap ILAHI.
Sungguh saya takut memikirkan masa hadapan puteri saya.
Saya mohon semoga ALLAH sentiasa melindunginya.

Thursday, April 19, 2007

Mohonlah kepadaNYA

Assalamualaikum

Bismillahirrahmanirahim.

(Saya sedang mengulit karya Dr.'Aidh Bin 'Abdullah Al-Qarni dan ingin berkongsi sesuatu.Harapan saya semoga doa ini akan menjadi amalan saya dan juga sahabat-sahabat yang sudi singgah di sini.InsyaALLAH.)

Seseorang yg beraqal tidak seharusnya kikir untuk tersenyum dan berwajah ceria.Dan seorang mukmin tidak sepatutnya berkeluh kesah dan berputus asa.Kadangkala seseorg diliputi pelbagai masalah sehingga merampas ketenangan dan keredhaannya.Disini seharusnya wajib berpegang teguh kepada agama ALLAH agar DIA menyelamatkan diri dari segala masalah.Kerana sesungguhnya menyerah kepada kesedihan dan permasalahan merupakan awal dari kehancuran yang menyeluruh dan berimplikasi pada kegagalan dan kelemahan.

Abu Said Al-Khudri telah menceritakan bahawa pada suatu hari Rasullullah saw masuk ke dlm masjid.Beliau telah bersua dengan seorang lelaki dari golongan Anshar yang dikenal dengan nama Abu Umamah,lalu

beliau bertanya : "Wahai Abu Umamah,mengapa engkau duduk di dlm masjid di luar waktu solat?".

Abu Umamah mennjawab : "Wahai Rasullullah saw,saya bersedih kerana hutang-hutangku byk sekali.

Rasullullah saw bertanya : "Mahukah kuajarkan kepadamu suatu doa yg bila engkau mengucapkannya tentu ALLAH melenyapkan semua kesusahanmu dan melunaskan semua hutangmu".

Abu Umamah mennjawab : "Tentu saya mahu wahai Rasullullah saw.

Rasullullah saw pun bersabda : "Ucapkanlah di waktu pagi dan maghrib doa ini:


"Ya ALLAH,sesungguhnya aku berlindung kepada Engkau dari kesusahan dan kesedihan.Aku berlindung kepada Engkau dari kelemahan dan kemalasan.Aku berlindung kepada Engkau dari sifat pengecut dan kikir(bakhil).Aku berlindung kepada Engkau dari terbelit oleh hutang dan tertindas oleh org lain.
(Hadith riwayat Abu Daud)


Abu Umamah kemudian berkata:"Aku pun melakukan hal tersebut,maka ALLAH pun menghilangkan kegelisahanku dan melunasi hutang-hutangku."

Tuesday, April 17, 2007

the growing lists

Yup,the lists that I have rated as my lists of bests is growing.(my lists of bests).Its like being freshen up again to see the number increase regardless of the small percentage.(since it's only move from 9 to 13!).
I am thinking of wearing a glasses.The studios-looking one.How about that?Sigh.

Note : Marked with blue & purple is the latest one.

  1. DUDE ON ARRIVAL(a christmas mystery) by J.S BORTWICK
  2. THREE FARMERS ON THEIR WAY TO A DANCE by RICHARD POWERS
  3. WHAT DO YOU REALLY WANT FOR YOUR CHILDREN? by DR.WAYNE W.DYER
  4. THE DIAMOND SLIPPER by JANE FEATHER
  5. DEADLINE by JOHN DUNNING
  6. BORDER MUSIC by ROBERT JAMES WALLER
  7. WOMENS ENCYCLOPEDIA OF HEALTH & EMOTIONAL HEALING by DENISE FOLEY,EILEEN NECHAS & THE EDITORS OF MAGAZINE HEALTH BOOKS
  8. KISS OF THE SPIDER WOMEN by MANUEL PUIG
  9. MILLIONAIRES ARE FROM A DIFFERENT PLANET by AZIZI ALI
  10. NIGHT WHISPERS by JUDITH McNAUGHT - She's a storyteller.She creates this night whispers with breathtaking suspense and harrowing plot twists.Superb storytelling.
  11. JENDELA HATI by AISYA SOFEA - A Romantic Novel.Makes your heart like a dandelion in a spring.
  12. GEMERSIK KALBU by ANIS AYUNI - It's the life of a teacher.With a romantic plot.The love that could make a tear slipping down your cheek that you would softly brushed it away but another tear followed it.Tenderness was accomplishing what adversity couldn't.
  13. JANGAN BERSEDIH;JADILAH WANITA YANG PALING BAHAGIA by DR.'AIDH BIN 'ABDULLAH AL-QARNI - I was softly touched by the contents.

Wednesday, April 11, 2007

out of the blue

Assalamualaikum

Its been a while eh.
Did not have that eagerness on writing lately.Busy with those house chores and feeling plain indeed.I have just finished the Aisya Sofea writing.The 'Jendela Hati' was stunning.Its a slow moving storyline yet exciting and romantic.I am suppose to dozz off that Judith Mcnaught on Night Whispers but couldn't help myself on Aisya Sofea novella.Inside there is Luqman Hafizi playing a role as a husband with a child and the wife had passed away leaving them behind.Normal living drama as Luqman can't help himself looking and treating his sister in law like his wife.Sarah was gone and Farah taking her sister role as a wife and a mother.They were twin and identical.
Conflicts between Luqman and Farah is overall storyline.But then there's always happy ending story.My opinion on this.....hem.....I would fall in love with Luqman if I were farah,sigh.I cried and smile a lot through the line.It's true.So I guess 'Jendela Hati' had won my heart and soul.I should have another one Aisya Sofea novel,perhaps....next month .Oh ya did I said its just took me only a few hours to reached page 334.How exciting ha.End

Wednesday, April 4, 2007

frust

Assalamualaikum

Frustnya saya rasa.Terlepas MATTEL Warehousesale di PJ.
Salah sendiri.Terlupa menjengok SNS .
Bila rajin,tiada pula salenya.Bila terlupa,sudah terlepas.
Belum reda lagi rasanya.Mogok untuk diri sendiri hari ini.

Tuesday, April 3, 2007

Ber ba..ba cak bersama nur nathifa

Assalamualaikum

Sebenarnya saya menyuruhnya mengadap dinding kerana saya ingin mengambil gambar rambutnya yang sedikit itu.Bukan apa,saya baru 'terperasan' yang rambut si anak dara ibu ini dah boleh diikat sikit.Lambat betul rambutnya nak panjang.Nipis pulak tu.Baru saja saya hendak menekan butang 'klik' itu,hemmm itulah hasilnya.Dia sempat menoleh dan tersenyum.Suka pula saya dengan gambar kali ini.


Monday, April 2, 2007

tak ada apa2x pun

Assalamualaikum


Malas betul nak menaip hari ini.Penat.

Semalam sampai rumah dah dekat pukul 3 pagi.Ayah gagahi juga ke pejabat awal2x pagi tadi.Kesian ibu tengok ayah.

Tetapi apabila teringat saat2x berada di kampung,tersenyum sendiri.Pulang ke kuantan kali ini sempena Maulidur Rasul,maka ramailah yang berkenduri.Sedekah serba sedikit.

Alhamdulillah,seronok dapat bersama saudara-mara semasa kenduri.
Memang riuh sekampunglah.

Tetapi badan ni tetaplah rasa sakit sana sini.Si kecik tu 'menten' aje nampaknya.
Gembira sangat agaknya dapat jumpa atok,nenek,moyang,kawan2x.

Rasa hendak aja melelapkan mata sekejap.Tetapi selalu teringatkan si suami di pejabat.
Dia lebih terasa penatnya tetapi tentu tak dapat melelapkan mata dengan kerja yang bertingkat-tingkat tu.

Bila terlintas begitu,tak sampai hati saya nak tidur.Biarlah sama berjaga.