(saya baru saja tamat membaca buku "cool mum,super dad" tu.Yang disebelah tu si kecil tu punya.Nanti-nantilah saya kupas isi kandungannya.Quiet interesting juga buku ini.)
Assalamualaikum
Dapat call dari abah hari jumaat baru ni.
"macam mana nak naik bas dari pudu ke rumah kak long?"
"hah???naik bas???Abah nak buat apa naik bas?Abah kat mana ni?"
"abah kat temerloh ni,dalam bas."
"hah????dalam bas ???abah buat apa dalam bas?abah nak pegi mana?"
"laa..nak pegi kl lah"
"buat apa datang kl dengan bas?ibu,adik tak pegi ke?Van mana?"
"(gelak sikit),saje abah naik bas.Ibu ko ada meeting ahad ni.Adik ada exam isnin ni.Abah amik cuti hari isnin.Saje abah nak tgk kngah,kakcik.Pastu abah nak tengok pakndak.Kan dia baru lepas keluar hospital."
"oooo...camtu.Kalau gitu abah turun je la kat pekeliling.Nanti kaklong ambiklah.Cakap dgn driver bas tu abah nak turun kt pekeliling ek.Jangan tidur plak.Kang terlepas sampai pudu kang."
Tapi saya masih tak berpuas hati ni.Terus aje call ibu kat kuantan.
"ibu,apesal abah naik bas turun kl ni?"
"(ibu pun gelak jugak).Entah abah ko tu.Bukan tak tau dia tu kalau dah dia cakap nak pegi tu,dia takkan dengar cakap ibu ni.Biarlah.Lagipun dia nak tgk adik(pakndak) dia tu.Kalau drive van sorang2x nanti pun ibu risau jugak.Takde teman."
"oooo..camtu."
Sebenarnya tak pernah abah naik bas sorang2x sbb nak turun kl ni.Kalau naik bas pun sbb ikut rombongan atau company trip.Tapi macam bagus jugak dia naik bas.Takdelah risau sangat sbb pasang driver lain kan.
Sabtu dan ahad kami penuh dengan agenda berjalan2x membawa abah ke sana sini.Visit kngah di UIA,kakcik di UITM,datuk saudara belah abah(mean bapa saudara abahlah) di kajang,pakndak berhampiran dgn rumah saya ni ha and pegi jengok atok nathifa yang satu lagi di nilai.
Sebenarnya dah 2 minggu berturut-turut kami terpaksa tangguhkan plan nak balik ke melaka.Ada aja yang tiba2x muncul.Tapi tetamu itukan rezeki.Apatah lagi tetamu tu parent kita sendiri.Alhamdulillah,saya bersyukur masih mempunyai abah&ibu dan mereka masih sihat walafiat.
Cuma ada sesuatu yang tersemat di hati saya ketika kedatangan abah ni.Ketika berada di rumah datuk saudara di kajang tu,saya terdengar abah berborak dgn tokcik(panggilan datuk saudara tu).
"awatnye hang datang sini sorang2x?sah(panggilan kpd ibu saya) mana?"(longhat penang tu mmg pekatlah)
"saje...nak tengok anak2x kat kl ni.Lagipun senang sikit naik bas sorang2x.Sah ada mesyuarat ahad ni.
Sekarang ni biarlah diaorang(refer to us) yang bawak kita pulak.Dulu2x kita yang dok hela(bawa) ke sana sini.Hantar ke unilah,sekolahlah,asramalah.Haa...sekarang diaorg pulak bawak kita."
Masih terngiang-ngiang di telinga saya ni kata2x abah tu.Terfikir saya agaknya apa lagi yang diorg(parent) inginkan daripada kita anaknya.Sungguh kalau saya dapat mendengar luahan hati abah dan ibu,alangkah bagusnya.Dapat saya memenuhi segala hajat mereka yang mampu saya berikan.Sesungguhnya tiadalah apa-apa di dunia ini yang dpat membalas jasa mereka,tetapi sekurang-kurangnnya cukup dengan mereka merasa saya amatlah menghargai mereka dan tidak melupakan mereka.