Monday, April 2, 2007

tak ada apa2x pun

Assalamualaikum


Malas betul nak menaip hari ini.Penat.

Semalam sampai rumah dah dekat pukul 3 pagi.Ayah gagahi juga ke pejabat awal2x pagi tadi.Kesian ibu tengok ayah.

Tetapi apabila teringat saat2x berada di kampung,tersenyum sendiri.Pulang ke kuantan kali ini sempena Maulidur Rasul,maka ramailah yang berkenduri.Sedekah serba sedikit.

Alhamdulillah,seronok dapat bersama saudara-mara semasa kenduri.
Memang riuh sekampunglah.

Tetapi badan ni tetaplah rasa sakit sana sini.Si kecik tu 'menten' aje nampaknya.
Gembira sangat agaknya dapat jumpa atok,nenek,moyang,kawan2x.

Rasa hendak aja melelapkan mata sekejap.Tetapi selalu teringatkan si suami di pejabat.
Dia lebih terasa penatnya tetapi tentu tak dapat melelapkan mata dengan kerja yang bertingkat-tingkat tu.

Bila terlintas begitu,tak sampai hati saya nak tidur.Biarlah sama berjaga.

No comments: