Thursday, April 19, 2007

Mohonlah kepadaNYA

Assalamualaikum

Bismillahirrahmanirahim.

(Saya sedang mengulit karya Dr.'Aidh Bin 'Abdullah Al-Qarni dan ingin berkongsi sesuatu.Harapan saya semoga doa ini akan menjadi amalan saya dan juga sahabat-sahabat yang sudi singgah di sini.InsyaALLAH.)

Seseorang yg beraqal tidak seharusnya kikir untuk tersenyum dan berwajah ceria.Dan seorang mukmin tidak sepatutnya berkeluh kesah dan berputus asa.Kadangkala seseorg diliputi pelbagai masalah sehingga merampas ketenangan dan keredhaannya.Disini seharusnya wajib berpegang teguh kepada agama ALLAH agar DIA menyelamatkan diri dari segala masalah.Kerana sesungguhnya menyerah kepada kesedihan dan permasalahan merupakan awal dari kehancuran yang menyeluruh dan berimplikasi pada kegagalan dan kelemahan.

Abu Said Al-Khudri telah menceritakan bahawa pada suatu hari Rasullullah saw masuk ke dlm masjid.Beliau telah bersua dengan seorang lelaki dari golongan Anshar yang dikenal dengan nama Abu Umamah,lalu

beliau bertanya : "Wahai Abu Umamah,mengapa engkau duduk di dlm masjid di luar waktu solat?".

Abu Umamah mennjawab : "Wahai Rasullullah saw,saya bersedih kerana hutang-hutangku byk sekali.

Rasullullah saw bertanya : "Mahukah kuajarkan kepadamu suatu doa yg bila engkau mengucapkannya tentu ALLAH melenyapkan semua kesusahanmu dan melunaskan semua hutangmu".

Abu Umamah mennjawab : "Tentu saya mahu wahai Rasullullah saw.

Rasullullah saw pun bersabda : "Ucapkanlah di waktu pagi dan maghrib doa ini:


"Ya ALLAH,sesungguhnya aku berlindung kepada Engkau dari kesusahan dan kesedihan.Aku berlindung kepada Engkau dari kelemahan dan kemalasan.Aku berlindung kepada Engkau dari sifat pengecut dan kikir(bakhil).Aku berlindung kepada Engkau dari terbelit oleh hutang dan tertindas oleh org lain.
(Hadith riwayat Abu Daud)


Abu Umamah kemudian berkata:"Aku pun melakukan hal tersebut,maka ALLAH pun menghilangkan kegelisahanku dan melunasi hutang-hutangku."

No comments: