Assalamualaikum
Semalam,
Dalam berita terkini ada budak berumur dua tahun 10 bulan diikat,diletak diatas peti sejuk.
Marah timbul menghilangkan senyuman dibibir saya.
Semalam,
Dalam rancangan 'Expose' ada budak lelaki berumur 10 tahun menghidu gam di dalam semak.
Marah timbul menghilangkan tenang dihati saya.
Semalam,
Disebabkan kedua-dua perkara tersebut sungguh hati saya tidak tenteram.
Siapa lagi yang harus dipersalahkan sekiranya kedua-dua anugerah ALLAH ini masih mempunyai lelaki dan perempuan yang bergelar ayah dan ibu ?
Semalam,
Saya sujud menghadap ILAHI.
Sungguh saya takut memikirkan masa hadapan puteri saya.
Saya mohon semoga ALLAH sentiasa melindunginya.
No comments:
Post a Comment