Tuesday, May 5, 2009

Fahri saya

Assalamualaikum


Fahri saya dah mula nak makan.Umurnya dah pun masuk 5 bulan.Alhamdulillah rezeki allah yang tak putus-putus,sampai hari ni fahri saya masih makan&minum hanya dari badan ibunya.Bila nak cuba2x guna botol untuk air kosong,dia tak reti nak hisap.Pening juga ya.Cuba guna sudu,bolehlah masuk sikit-sikit.

Mula minggu lepas saya dah cuba-cuba biskut rusk sikit,nestum beras sikit.Tapi semuanya saya bancuh cair2x aje.Bolehlah tahan.Dalam 2-3 sudu sehari.Cukuplah tu buat masa ni ya fahri.Tapi saya pernah cuba blend buah pear yg hijau tu,punyalah dia suka.Risau dibuatnya sebab takut buah pear tu ada asid juga kan.Sikit2x je.Tapi mmg dia suka betullah berbanding nestum n biskut rusk tu.

Minggu ni rasa-rasa nak cuba blend epal,carrot ke.One thing alhamdulillah orang2x tuaku sangat memahami bab2x nak kasi makan baby ni.Takdelah mengomel suruh suap anak makan awal kan.Untung juga bila mak sendiri dah pernah pergi kursus childcare kan.So,dia sendiri faham baby tu 6 bulan baru okay kalau nak suap macam2x.

Apa-apa pun,syukur alhamdulillah bila anak2x sihat walafiat.Diri pun sihat walafiat.Suami pun sihat.Apalagi yang kita nak bila ALLAH beri rahmat kesihatan yang baik ni.Ada duit pun kalau tak sihat tak bahagia juga kan.Ada duit pun bila anak-anak tak sihat,hati kita merana juga kan.So,bersyukurlah banyak2x atas kesihatan diri dan keluarga yang ALLAH beri.


Oh ya...kedaikekhanis.com InsyaALLAH akan kembali.Tunggu ya!

3 comments:

Ummu Mishkah said...

alhamdulillah.. dapat parent yang ter'pelajar'.. :)

Ain said...

hanis, why not u try blend pisang. sangat sesuai untuk baby. mesti fahri suka... nestum ngan biskut tu u jangan campur air tapi u campur dengan susu u. lagik berkhasiat.

hanis said...

ummu : alhamdulillah...pengalaman pun mendewasakan kita juga.

ain : insyaALLAH akan dicuba...thanks mama!