Friday, March 26, 2010

Ikatan kasih



Assalamualaikum wbt.

Nak suami setia pada kita je....

Kita mesti ler kene buat somethin' kan.Kecualilah ada isteri yang tak kisah suami dia ada yang lain.(kalau rela/ikhlas bermadu nanti dapat payung emas kat akhirat tau..jangan main-main)
But janganlah pikir hok yang mandrem2x tuh..haram..dosa ler.Ishhh mintak jauh dari anasir-anasir jahat sebegini.


Rasanya ramai yang ada atau amalkan somethin' untuk mengikat kasih suami pada kita kan.Ada yang pagi2x hembus ayat dalam air kopi suami.(saye ler tu hihihi).Ada yang hembus2x ayat kat leher suami masa tidur.(uishhh yang ni malu laa nak cite).Ada hembus2x ayat kat tempat tidur.Apa-apa pun,yang penting apa kita buat tu janganlah sampai mendatangkan khurafat pulak.Kita usaha tapi ALLAH juga yang menentukan takdir kita.Hok ni memang kene ingat selalu supaya tak tergelincir akidah kita.Ye dok?


Saya sendiri pun takdelah amal benda-benda yang dasat-dasat pasal nak suami setia.Baca yang dah memang ada dalam quran je.Cuma bila sebut amalan tu kenelah menten buat hari-hari and wajib beserta doa kepada ALLAH apa yang kita nak kan.


Sebenarnya saya ni nak kongsi apa yang saya dengar kat tv9 tadi.Program Usrah.Nama ustazahnya saya tak tau.Tapi dia punya tips memang untuk membuatkan encik suami memandang cinta kasih hanya pada kita.(setakat pandang tengok perempuan lain tu kira normallah kan..dah namanya lelaki).Tapi yang kita nak pandangan suka,minat,sayang,cinta dan kasih tu biarlah pada kita je kan.(family tu kira lain cite laaa).Takmolah dia pandang cinta kasih kat pompuan lain.Akak jeless tauuu.


Well...tipsnya berbunyi senang.

Hanya bangun tahajud dan mengaji quran disepertiga malam.

Tu jek akak-akak sekalian yek.Hehehehe.Kan saya dah kata bunyi je senang.
Nak amalkannya tuh...aduhhhhhh.(ni yang tukang tulis ni pun tak terbuat lagi..seriesss).


Well...
Macam biasalah..nak seribu daya kan.Terpulanglah pada daya usaha masing-masing.
Its not easy tau nak bangun tahajud ni.Kadang-kadang dah bukak mata pun.Dah siap bangun pun.Dah siap pergi toilet pun.Tapi last-last pergi sambung tido balik.Huhuhu.Sayalah tu.Orang lain mungkin tak kotttt.


Tapi inilah petua paling mujarab untuk menambat hati suami.Bila dah jadi amalan,mengikut kata ustazah tu la...nanti wajah kita bercahaya.Ada nur Kasih gitew.Suami pandang bertambah kasih.Asyik nak tengok muka kita je.Tengok muka penelope lopez pun dia tak mahu dah.(eh...penelope tu kira lawo laa kan...hehehehe).Muka kita dia kata lagi lawa.Syok gitu kan.


So...jomlah wahai isteri-isteri sekalian.Baik yang kerja,baik yang tak kerja.Tahajud waktu malam takde ganggu mana-mana pihak kan.Hehehehe.

Saya pun baru nak cuba juga.Kita cuba sama-sama ek.
InsyaALLAH.

3 comments:

Farra Da Smiley said...

bgn mlm ganti pampers anak/buang air boleh..solat malam punya liat...ergh..jom usaha2

blogadmin said...

hehehe..same laa ngan kite

liat tahap gaban...huhuhu

jom...jom kita usaha

yah...yah (kasi semangat :))

Anonymous said...

salam..
kak, ayat ape yg akak hembus kat dlm air kopi suami tu? bole share kalau tak keberatan? :)