Assalamualaikum
Entry ni pjg sikit tau!
Kalau korang tengok berita sekarang ni kan banyak yang merisaukan dari menenangkan.Semalam korang tengok berita pasal 'awang hitam ke*ar*t' yang tarik anak gadis orang kita dari lif,bawak masuk apartment dia pastu rogol.Huh...nauzubillah.Itu je yang keluar dari mulut saya.Belasahlah orang tu macam mana pun tapi yang budak kene rogol tu tetap dah diragut maruahnya dan pasti trauma kekal dalam hidup dia.
Lepas tu berita yang lepas-lepas pasal Jab.agama Islam serbu kedai mamak kat kota damansara tu.Diorang buat sport check suh mengucap tak reti.Maksudnya....korang sure bleh fikir sendiri kan.Alangkah muallaf kaum cina pelat-pelat pun kita boleh faham kalau dia mengucap.Ni tak reti lansung.Ape ke hal?(maaf,saya memang emo sungguh pasal ni)
Kami sekeluarga memang dah lama tak berkunjung ke kedai-kedai mamak maupun kopitiam-kopitiam yang belambak-lambak kat kl nih.Memang tak pernah jelas halal haramnya.Perspektif orang melayu islam kita sekarang ni (bukan semua),asal nampak pekerja pakai tudung je...halal.Asal nampak ayat quran tergantung je..halal.Asal nampak pekerja pakai kopiah je...halal.Asal nampak ada pelanggan lain yang bertudung,berkopiah,muka ala-ala melayu,ala-ala islam je....halal.
Tu nama dia....asal boleh.
(baca:betapa ringannya pandangan umat islam sekarang terhadap makanan yang menjadi darah daging mereka)
Sedih.
Saya juga tidaklah sempurna mana dalam menilai,memilih barang makanan yang hendak diberi pada anak-anak.Tapi lebih kepada berhati-hati.Kita kan nak anak soleh.Nak anak solehah.Habis tu kalau dah tiap hari makanan yang anak kita makan haram dan kotor,macam mana tu?.Even diri kita sendiri pun kalau dah selalu makan makanan yang tidak suci dan kotor lama-lama hati jadi hitam kan.Lepas tu mulalah nak bertudung malas,nak solat malas,nak mengaji quran malas.
Ada cerita yang saya dapat dari mertua saya baru-baru ni.Kisah mamak tak tulen.Bukan rekaan.Salah satu kedai mamak famous di melaka yang dikunjungi ibu mertua ku.Nak dijadikan cerita,ibu yang pergi ke kedai makan mamak tu untuk bersarapan roti canai tak kesampaian sebab lambat sangat roti sampai.Marah,then ibu ke kaunter untuk kasi 'komen' sket.Lepas dah 'komen' sikit dgn service diorang,tergerak hati ibu untuk menanya salah sorang pekerja yang ada near that kaunter.Soalan cepu emas.Syahadah.Yang ditanya terkebil-kebil.Kemudian datang sorang lagi pekerja kedai tu dekat kaunter dengan berkata 'saya tau..saya tau..saya islam...assalamualaikum'.Hambek ko! (memang saya betul2x emo lah pasal ni).Assalamualaikum dia jawab.Konon2x reti mengucap la tu.Terkejut ibu jangan cakaplah.Sebab geram dgn diorang ni,ibu menyamar dan mengaku as reporter and cakap she is going to write about that kedai yang hire 'kemungkinan' non-muslim worker.
See.
Itu belom lagi cerita ibu pasal her friend yang tengok dgn mata kepala dia sendiri yang pekerja kedai mamak 're-do' teh tarik yang tak habis dalam 2-3 gelas pelanggan mereka then serve balik kat depan.
Geli dan gila kan.
Memanglah kerana nila setitik rosak susu sebelanga.Tapinya nila ni dah bertitik-titik.Soalan saya macam mana kita nak tengok dan tau food yang diorang serve tuh halal dan bersih????
Tak makan kat kedai mamak tak mati kan?ke ada kes yang mati(baca: perli)
For us itu pendekatan terbaik kami.So far ok je.Tak jatuh sakit pun.Tak jatuh maruah pun.Hehe.
So what say you?(ye ke ayat nih..hihi)
p/s : nak tau kes-kes sijil halal ni try baca kat sini
4 comments:
mmg x layan kedai mamak dah..eii..tp mmh geli gle..ada ker otg lain minum serve balik..yek..
teringat ust zahazan pesan, kalau kita makan makanan tak halal, lepas tu jadi daging kita, di akhirat esok, kita akan dibakar di neraka untuk tanggalkan daging tu, baru dibenarkan masuk syurga. eishhh
uh.. gelinya bila baca part re-cycle teh tarik.. saya mmg bukan penggemar teh tarik, so kalau nak minum sangat, beli jelah air kotak atau air tin...
azni :
bukanlah nak kata semua kedai mamak tu teruk and kotor,tapi susah betul nak cari yang bersih dan jelas halalnya.(lainlah kedai tu kita yang punye...ye dok...hihihi)
Aini :
memang bergetar jiwa raga bila baca bab2x hukuman/balasan bila buat dosa ni.Sebab tu alim ulamak jarang nak suka2x ho ha ho ha 24 jam.Lebih byk menangis.
Bab makanan ni penting sgt sebenarnya.Tapi parent moden2x sekarang pandang enteng jek.Yang penting tempat makan glamer,mahal,sedap.Halal,haram atau ragu-ragu belakang kiralah.
musz :
mmg geli sgt2x....
Elok benorlah kalo ambil langkah pencegahan.Hehehe
Post a Comment