Wednesday, March 17, 2010

Sekolah cuti,but not kakak

Assalamualaikum




Lama jugak tak jengok blog nih.Bukan sekadar itu,bahkan on pc pun tak.Heheheh.
Badan tak berapa nak ok sebenarnya.Sakit sana.Sakit sini.Selsema lagi.Anak-anak pun hidung berair.Dengan En.H sekali jugak.


Nasib cuti sekolah yek.So tak payah turun naik hantar dan ambil kakak ke taski.Itulah rahmat ALLAH kan.Sentiasa tahu apa yang terbaik untuk hambaNya.Sakit itu pun anugerah juga.Suruh badan rehat.Tak pergi jalan sana sini.Duit pun tak habis kan.


So duduk kat rumah ni selain kerja-kerja utama seorang suri,kerja-kerja sampingan sebagai cikgu kepada anak-anak perlu dijalankanlah memandangkan cikgu taski dia bercuti kan.(ye..cikgu sekolah cuti,tapi budak-budak ni dia bukan reti nak cuti)


Isnin - buat latihan dalam buku2x yang kami beli untuk dia sampai 10 mukasurat!
baca: ni bukan kene paksa,dia sendiri yang sibuk nak buat homework.Huh! maknya yang sampai tersengguk-sengguk menunggu sampai dia penat dan stop buat homework tuh.Sampai kene marah pun ye.


Selasa - saya dapat idea.Main gunting2x dan tampal2x.Ye yang namanya 'collage' tu.Seronoklah dia.Tapinya bersepah ler.But yang penting dia tak 'paksa' ibu dia ajar buat homework lagi.Hehehe


Rabu - hari ni blom ada idea.Dia dah sibuk2x pasal suruh beli cat.Semalam saya ada sebut nak ajar dia painting tapak tangan,span,dahan pisang,kentang yg diukir.(owh! sure korang teringat zaman kita sekolah dulu kan...kan...).Ha yelaaa yang tu la yang saya nak buat with anak-anak.Tapinya kaler2x tu nak kene pi cari dan beli dulu.Hemmmm....


esok,lusa hemmm nanti lah.Baru nak fikir.Hehehe.


Tak sabar nak tunggu weken pun ye jugak.Ketua menteri dah bersuara.Katanya weken ni jom kita jalan-jalan.Tu yang nak dengar tu! :P

3 comments:

mama affan said...

si kakak mmg aktif dan produktif..hjg minggu nidapat g jalan2 kira bonus la tuh atas kerajinan dia..huhu..

Farra Da Smiley said...

sukanyer dgr citer surirumah ni :)

blogadmin said...

azni : kadang2x terlebih rajin tu buat ibu dia naik angin...huhuhu


farra : Suke duke semua ada farra...