Banyak betul 'gen' ayah dalam diri anak dara saya tu.Selain dari minat filem-filem tembak-menembak,kejar-mengejar which is totally macam ayahnya (saya memang outlah kalau filem2x macam tu,cerita shrek takpe :) ),dia pun suka sangat makan sate.Sebijilah macam ayahnya.Saya?Hemmm kalau setakat 4-5 cucuk bolehlah.Tapi kalau mereka berdua beranak tu 30 cucuk pun boleh habis.Iya....sekali dengan nasi impitnya,sekali dengan bawangnya dan sekalilah dengan timunnya.
Macam semalam.Happy betul dua-dua tu dapat makan sate sambil tonton filem The Rundown.Alah yang si gusti 'the rock' tu berlakon.Si anak dara tu sampai buat preparation tanggalkan baju&seluarnya sebab takut terkena kuah sate nanti.Nak tergelak saya.Makan sate dengan pakai pampers je!

(ada tak saya pernah cerita anak dara saya tu tengok filem 'terminator 3' sampai tak berganjak dari kerusinya sehinggalah tamat filem tu!)
No comments:
Post a Comment