Assalamualaikum
Entry [ 1 ]
Aku Sebiji Huruf
Seingat aku, aku dilahirkan lebih lima kurun yang lampau. Maknanya, umur aku dah hampir satu alaf (mengikut pengiraan aku). Namun, aku tidak tahu secara tepat berapakah usia aku sebenar. Yang jelas, aku sudah terlalu tua. Tubuhku sudah kabur. Lembaran kertas yang aku diami dah kekuningan. Sudah terlalu uzur. Sebahagiannya telah pun dimamah anai-anai.
Dulu, tuanku seringkali menggunakanku. Sebuah surau usang. Di situlah dia mengadap seorang lelaki tua yang berjubah dan berserban. Tuanku menggunakanku untuk mencatit apa-apa yang perlu di dada note booknya. Lelaki tua itu tuanku memanggilnya dengan gelaran guru. Ada sejemput janggut putih di dagunya. Rupa-rupa lelaki itu seorang guru agama.
Aku dapat mengecam orang tua itu sebagai guru agama kerana ketika mengaji dengannya, tuanku selalu menyusunku sebiji demi sebiji sehingga menjadi satu perkataan dan barisan-barisan ayat. Aku menjadi barisan ayat yang menerangkan berkaitan ketuhanan. Hukum hakam agama. Pernah juga tuanku mengejaku menjadi nas-nas suci Al-Quran serta hadis Rasulullah SAW.
Di waktu itu, aku rasa amat bahagia. Mungkin perasaan begitu muncul disebabkan aku selalu diguna pakai untuk mengenal Tuhan yang Esa. Mendalami agama yang agung.
Saat itu, boleh dikatakan segenap lapisan masyarakat menggunakanku. Fizikalku berbentuk seakan huruf-huruf yang tersusun rapi di dalam Al-Quran. Tapi yang masih aku hairan sampai sekarang ialah tuanku menulisku dalam bahasanya. Bahasa Melayu lama. Tidak sebagaimana huruf Al-Quran yang berbahasa Arab.
Sesuatu yang menakjubkan aku. Oleh kerana masyarakat di zaman itu menggunakanku di dalam tulisan mereka, mereka begitu mudah untuk mengenal dan membaca ayat-ayat Al-Quran serta mendalami ilmu-ilmu yang termaktub di dalamnya. Anak-anak kecil telah pun khatam Al-Quran. Bahkan setengahnya sudah menghafaz kalam Allah itu.
Kalau tak silap aku, selepas kedatangan para penjajah dari Eropah, mereka bertungkus-lumus untuk menghapuskanku dan gantikannya dengan huruf serta tulisan kayak mereka. Orang cakap, mereka berbuat begitu adalah untuk melemahkan masyarakat negaraku dalam bacaan Al-Quran dan memahami selok-belok agama. Pada mereka, sekira dibiarkan terus masyarakat menggunapakaiku, dibimbangi mereka akan ditentang kerana masyarakat sudah memahami kehendak Al-Quran.
Kini diriku sudah tak terjaga. Aku tersimpan dalam kotak bersama kitab-kitab agama milik tuanku. Sudah berhabuk. Tuanku pula telah lama pergi kepangkuan Ilahi. Masyarakat tidak lagi menggunakanku. Mereka terlalu sibuk dalam 'kemodenan' gelar mereka. Sungguh berjaya perancangan penjajah durjana itu. Ramai juga yang terangkak-rangkak ketika membaca Al-Quran. Semua mereka telah menggunakan tulisan dan loghat penjajah dalam hidupan seharian.
Aku tidak sanggup lagi hidup di zaman ini. Aku sudah dipinggirkan. Aku tidak lagi diendahkan. Kecuali beberapa kerat manusia yang masih memperjuangkanku. Aku lebih rela mati daripada berkeadaan sebegini.
(dipetik dari www.alwatary.blogspot.com)
(komen saya : anak-anak sekarang lebih kenal a,b,c dari alif,ba,ta)
Entry [ 2 ]
7 Diet Misconceptions
Weight loss can be difficult, no thanks to popular misconceptions that have the ring of truth but can actually work against you. Among the more common myths:
1. Desserts are forbidden.
The truth is, there's room in your diet for any kind of food, especially the ones you love most -- as long as you control your total caloric intake (and grams of carbohydrate, if you tally them). Denying yourself your favorite foods can lead to binge eating and, ultimately, discouragement.
-right,memang tak boleh tahan kalau dah mengidam ice cream and choco float. :P
2. You have to lose a lot of weight to make a difference.
The closer you can get to an ideal weight, the better, but small, sustained improvements at the beginning of a weight-loss program have the biggest impact on your health. Studies show that losing just 5 to 10 pounds can improve insulin resistance enough to allow some people with type 2 diabetes to quit medication or injections.
-erkk,berat turun sikit jek tapi bila berat naik bukan main lagi.Huh penat!
3. What you eat matters more than how much.
Both matter, but recent research finds that the number of calories in your food is more important than where they come from. Example: A bagel might seem healthier than a doughnut hole, but dense bagels have the calorie content of six slices of bread. As long as you're not eating too much fat in other foods, the doughnut hole wins.
-yup memang betul sangat-sangat.Kalau nak senang tak payah makan dua-dua :p
4. If you work out, you can eat whatever you want.
That's robbing Peter to pay Paul. You can't lose weight if you reduce calories in one way but increase them in another.
-Fuh,bab ni memang selalu buat saya fenin2x
5. Skipping meals makes you lose weight fast.
Actually, studies show that people who skip breakfast tend to be heavier than people who don't. And skipping meals tends to make you overeat later. If you have diabetes, it's important to keep up a steady intake of small portions of food throughout the day to keep your blood-sugar levels stable and reduce the risk of hypoglycemia.
-holaaa,takkan pernah berjayanya.lagi skip lepas tu lagi teruk melantak sebab kebulur :p
6. Starches are fattening.
If you are insulin resistant, your body may find it easier to convert carbohydrate calories to fat than to burn it as energy, but the fact remains that starches (and other carbohydrates) are less dense in calories gram for gram than other types of food. The main issue is calories, so if you load starchy foods with fat -- sour cream and butter on a baked potato, for instance -- or eat them in large quantities, the caloric load can add up.
-ni food westernnye,kalau nasi macam mana yek
7. You should never eat fast food.
Never say never. Fast food can be worked into your meal plan if you choose well. Opt for grilled foods instead of fried, avoid or scrape away high-fat condiments like mayonnaise, and share those French fries to keep portion size down.
-takdelah tak makan lansung.Dah anak tu macam naik sheikh bila nampak uncle mc'd.Tapi kurang-kurang dah sekarang atas sebab-sebab agama.
Entry [ 3 ]
Al-kisah stokin/sarung tangan
Bukan cerpen,pentomin,sajak.Kisah yang berlaku dalam masyarakat.Bukan orang lain.Sepupu saya yang berusia 8 tahun.Perempuan.Anak bongsu dari 5 beradik.Memang manja sangat-sangat.
Saya dapat cerita dari emaknya sendiri.Kami bertandang ke rumah mereka sabtu lepas.Bagai nak pecah perut ketawa.Nak tahu ceritanya?Sila ke bawah lagi.
Di rumah tiada anak yang lain tinggal kecuali si bongsu.Kami panggil dia 'adik ella'.Namanya Aini Shuhaila.Anak-anak yang lain semua tinggal di asrama.Setiap hari adik ella akan ke sekolah dihantar ayahnya dan pulang ke rumah nenek yang berdekatan sementara emaknya pulang kerja.Satu minggu,emak saudara(emak si adik ella) saya terpaksa ke luar bandar berkursus.Biasalah orang kerajaan.
Di hotel dia mendapat panggilan dari anak sulungnya yang sedang bercuti semester di rumah.
anak sulung : mak,nak tau cerita tak pasal adik?
emak : ha,kenapa dengan adik?
anak sulung : hari ni adik balik sekolah n bila dia cabut kasut nampak jari.Ada(panggilan anak sulung) tanya kenapa adik pakai stokin koyak?mak tau dia kata apa....
(Bukan koyaklah kak.Ni bukan stokin adik.Ni sarung tangan kak syahirah.Adik cari stokin dalam kasut tak ada.Adik nampak putih adik ambik ajelah dalam bakul tu.)
masa ni kami memang dah nak pecah perut ketawa.Tak dapat bayangkan si adik ella boleh pakai sarung tangan di kaki.Mestilah nampak semua jari kakinya.
Kata emak saudara saya tulah sebab selalu emaknya yang sediakan semua pakaian si adik ella untuk ke sekolah.Bila emaknya tak ada,macam-macamlah yang jadi.Adik ella..adik ella.....
No comments:
Post a Comment