Monday, June 11, 2007

bagai nak rak

Assalamualaikum


4 hari 3 malam saya tidak menjengah ke sini.Apalagi menulis sesuatu.Agaknya ada yang rindu?(perasanlah saya kan,macamlah ramai yang singgah di sini :P).

Jadual aktiviti sungguhlah padat.Memang mengalahkan menteri agaknya dalam 2-4 hari lepas.
Pulun menyiapkan rumah sewa yang bakal berpenghunikan 'bukan orang kita'.Permintaan hanya satu.Katanya 'panas'.Pulun pula ayah mencari penjual dan tukang untuk memasang 'penyejuk'.Seharian menunggu siap.Memang hari yang memenatkan sungguh.

Alhamdulillah.Moga-moga lamalah mereka bermaustautin di rumah itu.

Si kecil gembiralah.Tinggal di rumah nenek ada yang melayannya.Macam puteri.Taknak balik agaknya sebab seronok sangat.Gembira sungguh dia dilayan maksu nya,mak cik nya,moyangnya,neneknya.

Fotopages saya pun dah bersarang agaknya.Sibuk pun ada.Kurang rajin pun ada.Bila dah bergabung menjadi-jadilah tak berupdatenya.Nanti-nantilah.

Hem,agak-agak nak masak apa hari ni?Dapur tak ada.
Semuanya sudah terbang ke rumah sewa.Saya fikir nak masak lauk guna rice cookerlah.
Boleh kan?

Berundur dululah.Penat badan tak hilang lagi.
Maklumlah menyental rumah sana bagai nak rak.
Si kecil nyenyak tidur tu.Jeles sungguh.

No comments: