Tuesday, June 5, 2007

jam oh jam

Assalamualaikum

Saya tengah malu dengan muka sendiri.Salah tengok jam.Eh,bukan saya yang tak tahu baca jam,tapi jam tu yang salah tunjukkan masanya.Kelakarlah pulak.

Ini mesti kerja si kecil saya ni.Main tekan-tekan butang pada jam tu.Jam digital.Kalau tekan suka-suka hati mesti teralih waktu yang disetkan.Kesian ayah jadi mangsa.

Saya tergesa-gesa solat subuh tadi.Mana taknya, bila terjaga tengok jam dah pukul 7.10 am.Tapi pelik jugak kenapa kat luar tingkap belum cerah lagi.Tapi sebab masih blur bangun tidur saya biarkan sajalah.Siap kejutkan ayah and marah-marah sikit sebab dah buka mata lepas tu tidur balik.Nak jadi cerita ayah pun bangun terpisat-pisat dan solat subuh juga.

Lepas solat saya ke depan pc.Berita mesti dibaca pagi-pagi.Masih tak perasan waktu yang tertera di pc.Usai baca berita,teringin jengok fp kawan-kawan.Luar tingkap masih gelap.Saya memang pelik sangat-sangat.Dalam hati 'takkan pukul 7 lebih gelap lagi'.Dan saya lihat jam di ruang kanan sebelah bawah window.Saya tersenyum.

Jam menunjukkan pukul 5.30 am.Saya memang tergelak sendiri.Padanlah kat luar tak cerah-cerah dan belum ada deruan motor kereta jiran-jiran ke tempat kerja.Malu...malu.Jam digital yang sememangnya menjadi pengejut kami di subuh hari telah ditukar waktunya oleh jari-jari kecil si N.H.

Saya tertipu.Ayah pun menjadi mangsa.Terpaksalah saya kejutkan ayah sekali lagi untuk solat subuh sekejap lagi.Mana tidaknya,waktu saya terperasan jam digital kami salah,jam di pc menunjukkan baru pukul 5.30 am,bererti saya solat tadi belum pun masuk waktu subuh.Subuh hari ini masuk pukul 5.40 am.

Aduh.
Dua kali solat subuh nampaknya kami hari ini gara-gara si kecil.
Saya senyum sendiri lagi.

1 comment:

Mama Irdina said...

ehehhee nak marah pun tak boleh. apalah derang ni tau kan. dah nama pun budak. tapi sekurang-kurangnya bangun awal... ok la kan. kalo bangun lambat, cemana erk