Monday, May 28, 2007

perjalanan memenuhi adat

saya dan permata hati

Assalamualaikum

Penat sungguh.
Itu sajalah yang mampu saya ucapkan.Alhamdulillah semuanya berjalan lancar seperti yang kami semua rancang.Rombongan kami disambut meriah pihak keluarga lelaki.Majlisnya sungguh besar.Sepupu saya yang menjadi permaisuri sehari.Kami di sebelah pihak pengantin perempuan.Adat dijunjung.Jadi walaupun setelah 5 bulan berlalu,(akad nikah pada january 2007),ibu bapa sepupu saya masih ingin 'menyerahkan' anak perempuan mereka secara 'rasmi' di hari kenduri di sebelah lelaki.Nampak remehkan adat-beradat.Namun,saya akur dengan kehalusan santun melayu kita.Adat bukan sebarang adat.Kalau direnung,saya semakin jelas akan kesan 'serah anak secara rasmi' itu.Biarlah saya sendiri yang menyimpan tafsirannya.Lebih baik begitu.

Majlis pihak lelaki bertempat di Kajang.
En.H tidak dapat bersama-sama saya dan anak semalam.Seharusnya En.H yang mengetuai rombongan ke majlis tersebut.Tidak dapat dielakkan.Dia wajib ke tempat lain.Jadi,beban bertukar tangan kepada saya yang sungguh cetek ilmu peta perjalanan ke majlis tersebut.Namun saya gagahi disebabkan memang tidak ada sesiapa lagi dikalangan keluarga yang fasih jalan ke sana.Saya mengepalai rombongan dengan doa yang tidak putus-putus agar perjalanan lancar dan tidak sesat.Disebelah, adik saya KakNgah turut membantu membaca signboard.

Alhamdulillah.Syukur.
Dari puteri subang shah alam kami bertolak hinggalah tiba rumah pihak pengantin lelaki.Tiada sebarang masalah.Tiada tersalah jalan.Tiada yang tertinggal.Syukur.Syukur.Syukur.Kata pakcik saya,'terror juga hang jalan kat kl ni yek'.Hendak tergelak mendengarnya.Tiada yang tahu betapa saya berdebar sepanjang perjalanan.

Pulang ke rumah.
Kami tersesat.Perjalanan yang sepatutnya mengambil masa hanya lebih kurang setengah atau satu jam bertukar menjadi 3 jam.Aduh!Saya memang tersalah ambil simpang agaknya.Jadi,perjalanan bertukar jauh.Macam sudah keliling selangor rasanya.Kata adik,driver harus 'cool'.Iyalah tu.Disebabkan kami hanya ingin pulang ke rumah,jadi saya ikut sahaja setiap signboard yang menunjukkan arah ke shah alam dan airport subang.Alhamdulillah sampai juga ke rumah.Serik?Adalah sikit-sikit.Tetapi saya simpan tekad untuk hafal peta perjalanan dari kajang ke shah alam.Maksud saya jalan yang pendek dan tidak perlu bertol-tol.(Abah bising sebab dalam perjalanan balik ke rumah asyik jumpa tol saja!!!).

Bila dah sampai.
Kata ibu saya "kenapa rasa jauh sangat jalan balik ni?Tapi rasa macam tak sesat sangat sebab takde kene u-turn ke,undur kereta ke."
Begitulah persepsi sesat bagi ibu saya.Saya tersenyum saja.Betul juga kata ibu.Kami tidaklah sesat sampai ke jalan mati.Cuma jalannya jauh tetapi masih lancar.

3 comments:

~aNNa~ said...

tak pe...jauh perjalanan luas pemandangan

Anonymous said...

memang jauh giler kak ana....rasa macam dah pusing satu selangor...hihihi

Anonymous said...

memang jauh giler kak ana....rasa macam dah pusing satu selangor...hihihi