Assalamualaikum
[a]Orang kerajaan naik gaji yek.Baguslah.Gaji naik,komitmen boleh naik?InsyaALLAH lah ya.
[b]Paklah pesan harga barang janganlah naik jugak.Mentang-mentang orang gomen naik gaji.
[c]Hari ahad lepas penat betul.Memindah barang dalam store ke bilik yang lain.Itulah ayah suka menangguh bila ibu ajak kemas.Naik angin jugak sebab penat.
[d]Naik pening kepala dengan sikecil saya ni.Sejak-sejak pandai tarik pintu peti ais sampai terbuka,tak pernah kering lantai depan peti ais tu.Ada aja yang tumpah.Sampai kene alihkan rak pinggan tutup peti ais tu!.Tak tahan betul.
[e]Syarat untuk join sebuah syarikat melayu berbisnes bersama-sama dah dinaikkan.Asal-asal modal $500 saja.Mulai 1 jun ini dah naik ke $6500.Rugilah siapa yang lambat tu.Itulah bila dah hulur tangan untuk sama-sama menambah pendapatan,macam-macam alasan.Skarang baru nak telefon tanya macam mana nak join.Ha...macam mana lagi,macam tu lah.Syarat dah naik!
[f]Pokok-pokok kat laman rumah naik semacam.Pokok keladi saya ambil dari rumah ibu dulu setinggi paras lutut aja.Sekarang dah naik sampai pinggang.2 minggu lepas daun keladi tu semua dah nampak kuning.Ingatkan dah memang nak layu terus.Tapi ayah belikan baja apa tah,skarang naik semacam.Besar-besar daun tu.Sampai nak jatuh sebab berat.
[g]Pikir-pikir bilalah berat badan ni tak naik.Asal timbang naik,asal timbang naik.Naik bosan pulak.
No comments:
Post a Comment