Saya copy part of artikel dari sini http://ummuhusna99.blogspot.com/2010/05/buat-muslimah-yang-dikasihi.html
MUSLIMAH SOLEHAH YANG BEBAS
Saya menemui satu pengakuan tulus dan jujur lewat tulisan seorang wanita Barat bernama R. Stevenson di dalam The Toronto Star bertarikh 23 Januari 2002, berhubung etika pemakaian wanita Islam. Sebagai seorang Muslimah, saya amat terharu membaca kata-katanya itu. Menurut beliau:
“While out for dinner last week with colleagues, we sat beside three 20-something women. There was the usual posing and glances exchange, and as they paid their bill two Muslim women entered and sat nearby. Whispers were quickly exchanged and we could hear, "Why do they wear those things anyway?" ... "I feel sorry for them" ... and so on.
As they filed out of the restaurant with guests, we noticed they spotted a mixed collection of the following: skin tight pants, short skirts, exposed midriffs, push-up bras, high heels, jewelry, see-through or plunging tops, piercings, lipstick and makeup, and one had breast implants for certain.
We observed the two Muslim women as they were engaged in close conversation over coffee. Their graceful features complimented their dark headscarves and warm eyes. Their natural gestures were flirty without even trying - revealing natural beauty. And their clothes, while conservative, brought forth the hidden potential of something wonderful and truly feminine. The idea of dressing modestly terrifies some western women - but why? Perhaps it would trample their "right" to show off. Would their self-esteem fall along with their hemlines?
After some debates, we identified the cost of the western "right" to flaunt. The Muslim women were free from the fashion trap - free to "just be" without posing, comparing, dieting and spending for the approval of men and each other. And they looked more desirable to us than the exhibitionists who were in the restaurant and parading on the sidewalk. The sexual displays in our culture are so mainstream and competitive that modesty is seen as regressive. Yet, long term, when a man looks past the tight pants and heels, he will ultimately detect not confidence, but a certain unattractive desperation. Modest women don't have that desperation - they don't compete in the arena of vanity. They have themselves - and that's the kind of attraction with legs to last the long run.
Remember that the next time you feel sorry for a Muslim woman.”
p/s: Akhir zaman ni memang susah nak buat baik.Memang susah nak ikut Islam sepenuhnya.Tapi siapa yang boleh lakukannya,dialah orang paling berjaya kan sebab orang yang paling berjaya ni bukan diukur di dunia dgn, rumah besar,kereta besar,baju mahal,beg mahal tapi diukur dgn kene siksa kuburkah,siksa api nerakakah atau ke syurga selama-lamanya.
Tuesday, May 25, 2010
Monday, May 24, 2010
Anak teruna saya
bersama kopiah hadiah moyangnya.
Bestlah moyang saya.Kopiah ni muat-muat je dengan kepala saya.Pandai moyang pilih yek.
Senyuman ni untuk cik na juga yang dirindui selaluuuuuuu.
Bestlah moyang saya.Kopiah ni muat-muat je dengan kepala saya.Pandai moyang pilih yek.
Senyuman ni untuk cik na juga yang dirindui selaluuuuuuu.
Friday, May 21, 2010
Terima kasih ya Allah
Assalamualaikum wbt
Baru pagi2x tadi datang rasa-rasa tak best tuh,siap dipapar melalui n3 lagi.Tup-tup..... Alhamdulillah ALLAH dah makbulkan doa saya supaya dihilangkan rasa risau tidak bertempat ni.
Sesungguhnya taufik dan hidayah ALLAH datang dalam pelbagai cara kan.
Sedang saya menyusukan Irfan saya,saya on kan tv untuk terapi rohani setiap hari jumaat saya.Channel tv9,rancangan Usrah.Dulu ustazah Fatimatul zahra.Sekarang Ustazah Asni.Dua-dua pun best.
Apa kene mengena dengan rasa tak best saya tu pulak?
Uisshh tajuknya memang sangat kene.Kata-kata ustazah lagik kene sampai menusuk ke jantung terus rasanya.Cheeewah!
Bertittlekan "Allah maha Besar",ustazah mengajak kita bertanya pada diri kita sejauh mana kita tanam "Allah maha Besar" ni dalam hati kita.
Let see...
Tengah tengok tv cite best,azan berkumandang.Cite kat tv lagi besar ke,perintah Allah lagi besar?
Tengah shopping,masuk waktu solat.Shopping lagi besar or Allah lagi besar? (huhuhu...saya pun ada gak buat gini...lambat-lambatkan solat sbb beli barang)
Ustazah kata kita ni kalau tak ada miracle,kita tak rasa sesuatu tu hebat and hati kita tak rasa gentar.Dengan bahasa lain 'iman lemah'.Bukan macam iman sahabat-sahabat nabi muhammad saw.Iman diorang hebat.
Ustazah cerita rasullullah saw bercerita kepada Abu bakar as siddiq kisah baginda diangkat ke langit dengan burak dan berjumpa dengan nabi2x dahulu dan berjumpa dengan ALLAH.Abu bakar terus je menjawab "aku percaya ya rasullullah".
Kalau zaman sekarang orang bercerita mcm tu,boleh ke kita jawab gitu terus.Untuk sayalah,tak 10,mesti ada satu soklan saya nak tanya.Hehehe.
Bila terjadi perkara-perkara ajaib macam awan membentuk perkataan Allah ke,baru hati kita gentar akan pernyataan "Allah maha Besar".Baru kita rasa nak nangis.Baru rasa nak bertaubat.
Tapi kalau hari-hari biasa je berlalu,walaupun dari kita bangun tidur sampai kita tidur balik "Allah maha Besar" tu ada kat mana2x je,kita tak rasa pape pun.Biasa-biasa je.
So ustazah mengajak kita tanam rasa "Allah maha Besar" tu dalam hati setiap saat setiap masa.
Macam kalau anak kita jatuh,berdarah eventho kita jaga betul2x bagai nak rak.Sesungguhnya ucapkanlah "Allah maha Besar".Allah nak ajar kita memang Allah lagi besar dari apa-apa pun kat dunia ni.Makhluk Allah ni takde pape pun.Jagalah anak walau tak berkelip mata pun,bila Allah takdirkan ianya berlaku,pasti berlaku jugak.
(teringat semalam irfan tertomoih mulut dia berdarah atas simen walaupun tengah duduk dan tak buat pape.Cuma dia nak bangun berdiri,tapi kaki dia tersekat,so badan dia tertolak ke depan,hemmm "Allah maha Besar" kan)
Apa kaitan dengan rasa tak best saya....hemm saya terus hilang rasa tak best tuh dan insaf bila ustazah sebut ayat kat bawah ni:
"ya Allah,suami aku ni milikMu ya ALLAH"
"ya Allah,anak-anak aku ni milikMu ya ALLAH"
Ya...terkesima saya dengan ayat tuh.Sesungguhnya Allah hanya pinjamkan saya suami,anak-anak dan semua yang ada kat dunia ni.
Buat apa saya sibuk nak risau-risau tak tentu pasal kan.Manusia yang bernama suami itu Allah yang jadikan dia.Jadi saya hanya perlu memohon dan berdoa apa yang saya mahu kepada Pencipta suami saya itu.That's it.Mudah.Tak payah susah-susah nak serabutkan fikiran.
Selebihnya saya tawakkal dan redha.
Terima kasih ya Allah atas taufik dan hidayah ini.Walaupun dengan hanya rancangan usrah yang tak sampai satu jam pun(byk iklan),dah cukup membuatkan hati saya tenang semula.
Tak ada apa yang lebih berharga daripada hati yang tenang kan.....
So saya harap apa yang saya kongsi hari ni dapat kita semua fikir-fikirkan dan cuba amalkan.Sama-samalah kita muhasabah.Semua manusia pun tak sempurna kan.Semua perlukan taufik dan hidayah dari Allah.
Wassalam.
Kata hati
Errkkk...
Hati saya mula risau....
Adakah ini namanya cemburu aje atau cemburu buta???
p/s:Adik-adik dah mula nak ke arah membina masjid.Alhamdulillah.Kakaknya inilah yang bakal sibuk juga nanti.Orang no 3 penting lepas parentlah katakan.Yah..yah..yah (semangat sikit)
Wednesday, May 19, 2010
Program Motivasi
Assalamualaikum wbt
Sebagai ibu bapa yang sangat menyokong program2x keibubapaan(cheewahhh!!!),kami dgn semangatnya keluar dari rumah seawal jam 8.00 (kira awal ler utk parent yang ada anak kecik kan) menuju ke UM untuk program motivasi ibubapa anjuran ABIM PJ yang berkaitan dengan taski tempat kakak bersekolah.
Lepas daftar,kakak terus dibawa cikgu dia with budak2x lain ke dewan lain untuk program diorang sendiri.We (semua parent yang hadir) duduk kat dewan utama waiting and waiting and waiting and finally yang dijemput untuk berucap,merasmi dan memberi motivasi sampai.
Owh terlupa nak bagitau 'handbag' aka mr.irfan fahri saya ada bersama okeh.Yelah kat Kl ni saya memang takde sape2x yang boleh saya mintak tolong untuk jaga irfan.So kemana-mana kami pergi pun,dia pasti ada.Bertuah anakku semua yek.Hehehe.
Dari jam 9 pagi kami ada sessi ingat mengingat oleh ustaz mohammad nidzam abdul kadir(alaa yang kurus2x hensem tuh :)) dengan tajuk yang best pasal penerapan sunah nabi dalam membesarkan anak-anak.Ustaz ni mmg bestlah.Cuma kami nak khusyuk2x kene bergilir-gilir jaga si kecik tu yang sangatlah aktifnya nak panjat tangga,masuk longkang and so on.Sessi ustaz abih jam 11 kott.Lepas tuh sessi talk pasal H1N1 oleh doktor satu jam kot.Masa ni kakak dah abih sessi pertandingan mewarna dia which is dia tak abih kaler dan bawak balik kertas orang lain.Nasib baik yang tuan punya kertas tuh satu skolah ngan dia.Dah tukar pun semalam kat skolah.Lepas mewarna tu kakak dibawa untuk gosok gigi and check gigi.Seronok betul dia.
Letihlaaaaa.
Dok kejar irfan sana-sini.En.H yang gagah perkasa(huhuhuhu) itu pun lemah longlai bila event ni tamat tau.
Program tamat kul 1 kot.Alhamdulillah...kakak seronok sebab semua family dia turut serta dalam program sekolah yang dia dok cakap tentangnya 2-4 minggu sebelum tau.Punyalah dia nak pergi sangat.
Apa-apa pun kakak mmg best!
Friday, May 14, 2010
Happy reading
Assalamualaikum wbt
Salam jumaat kawan-kawan...tuan2x..puan2x,
Hari ni saya nak kongsi artikel kat bawah ni untuk bacaan kita semua.Saje-saje.Kasi kaum2x isteri ni tersenyum sket dan kasi kaum suami peringatan sket.Happy reading!
So what are women looking for in a marriage?
Women get married to find a special best friend. They want someone who will share their secrets, laugh and joke with them, love them, cherish them, adore them, be romantic with them, and make them feel beautiful and sexy. They want someone who will be attracted to them emotionally through their personality, and attracted to them physically through their bodies.
A woman wants a partner who will strive together with her through this life; laughing and rejoicing through the good times, and sticking by each other and supporting each other through the bad times. She wants a man strong in his deen who can stand up and take the responsibility of the household, and help raise the children in accordance with Islam.
A woman wants her husband to be her friend, companion, and soul mate.
Any good husband must realize that a woman’s primary need is emotional.He must take into account the prophetic tradition “The best of you are those who are best to their wives,” [Sahih al-Bukhari], and then strive to be the best to his wife.
Men have been assigned the responsibility by Allah to take care of their wives, and this entails treating them with love and respect, and striving to make them happy. If a husband can fulfill his wife’s primary needs, not only will Allah reward him, his wife will be content with him, and together the couple’s life will be more harmonious. Moreover, when a woman’s needs are fulfilled she will be more willing to fulfill her husband’s needs.
The best way to satisfy a woman’s emotional needs is to listen to her and respond to her with compassion. By listening to her intently, with your undivided attention, and taking a genuine interest in what she has to say, she will feel loved, cherished and important. Realize that when she approaches you with her problems, she doesn’t necessarily want solutions, she just wants sympathy and understanding.
In our next email we will discuss other ways to make a woman feel special and content within a marriage.
Wednesday, May 12, 2010
BIG HEART
Assalamualaikum wbt
Lately if kami berdua 'berbincang' (baca:bertekak ala2x sayang :P),salah seorang dari kami pasti akan mengakhiri perbincangan dengan ayat "hati kene besar".Which is akan menamatkan terus perbincangan kami dengan senyuman dari ke 2-2 pihak.
Ye,hati kene besar.
Besar juga maknanya dan sangat besar manfaatnya.
Kalau suami isteri bertengkar,bila hati kita besar,kita akan mengalah.Mengalah tak bermakna kalah kan.
kalau nak menderma,hati kene besar.Tak kedekut.Tak mengharapkan balasan.
Kalau melihat kejayaan,kemewahan,kelebihan orang lain,hati kene besar.Bila hati besar kita tak dengki bahkan kita mendoakan orang yg memiliki kelebihan itu semoga sentiasa dilindungi ALLAH.
Setiap masa hati kene besar.
Senang ke nak berhati besar?
Hehehe.....
tepuk dada tanyalah hati masing-masing ye.
Friday, May 7, 2010
Dosa-Dosa & Facebook
(artikel copied from email)
Dosa-Dosa & Facebook
Semenjak empat bulan terlibat dalam menyampaikan mesej kebaikan, melarang kemungkaran melalui facebook. Disedari terdapat beberapa cara penggunaannya yang patut ditegah dan boleh jatuh perbuatan tersebut kepada haram, malah berganda-ganda haramnya.
Perlakuan dan perbuatan melalui facebook yang boleh mengundang dosa terlalu banyak, namun di kesempatan ini, cukup saya senaraikan enam perkara, iaitu :-
1) Mendedah keaiban suami, isteri di facebook.
Terdapat beberapa kes yang dilihat sama ada secara langsung atau tidak langsung, pemilik facebook meluahkan perasaan sedih, kecewa, benci, marah terhadap pasangan di ruang status mereka. Mendesak suami atau isteri juga melalui status facebook. Kemudian, status tersebut mendapat komentar pelbagai dari rakan-rakan mereka. Tertekanlah sang suami atau isteri.
Sebagaimana yang disebut oleh ramai specialist di dalam bidang rumah tangga, kebanyakan wanita suka berkongsi dan meluahkan perasaan mereka kepada orang lain sebagai pelepas kepada beban yang ditanggung. Adakalanya ia mungkin bukan bertujuan untuk menjatuhkan suaminya, bukan pula untuk tujuan membuka aib suami atau untuk mencari penyelesaian. Pendedahan itu hanya sebagai pelepas tekanan di dalam diri.
Namun, tanpa disedari perbuatan tersebut tergolong dalam mengumpat yang diharamkan oleh Islam. Semua perlu memahami bahawa mereka tidak boleh sewenangnya bercerita perihal rumahtangga atau pasangan mereka secara terbuka sama ada melalui facebook atau kepada rakan di pejabat dan sebagainya. Sebarang masalah yang sudah tidak dapat diselesaikan olehnya, hanya dibenarkan untuk diluahkan kepada seseorang yang diyakini punyai autoriti seperti ibubapa, mertua dan adik beradik yang diyakini boleh berperanan membantu, bukan berpotensi mengeruhkan lagi keadaan. Boleh juga dikongsikan secara tertutup kepada pihak ketiga seperti Qadhi, Mufti, para ilmuan sama ada Ustaz, Ustazah atau Kaunselor Rumahtangga.
Pendedahan masalah dan info yang boleh mengaibkan suami (dan isteri) TIDAK DIBENARKAN sama sekali disebarkan melalui facebook. Apabila ia dilakukan, ia dengan mudah sekali boleh mengundang dosa.
Terdapat sebahagiannya info tidak secara langsung mengaibkan pasangan, tetapi selaku pembaca, kita dapat ‘membaca' dan mengetahui secara tersirat bahawa si pemilik sedang ‘perang dingin' dengan pasangannya. Ada juga yang difahami, suaminya sedang gagal memenuhi apa yang diingininya, bersifat kurang baik kepadanya dan sebagainya. Ingatlah semua, rumahtangga adalah amanah, jangan meruntuhkannya melalui facebook.
Beramanahlah, berikan suami dan isteri anda password facebook anda, agar mereka sentiasa boleh meneliti mesej-mesej yang dihantar kepada anda. Boleh juga pasangan berperanan selaku penyemak dan memadam (delete) mana yang perlu jika dimasukkan secara emosi tanpa pertimbangan aqal yang wajar.
2) Terlebih gambar
Ramai di kalangan wanita hari ini sudah mempunyai facebook, mungkin sudah menjadi lumrah wanita yang biasanya inginkan kecantikan dan pujian terhadap kecantikannya. Oleh itu, semakin ramai wanita yang memuatkan gambar mereka, sama ada jarak dekat, sangat dekat ( sehingga memenuhi kotak gambar) dan jauh (beramai-ramai atau seorang diri). Ditambah pula lagi dengan gaya, aksi dan fesyen yang pelbagai.
Agak pelik juga kerana sebahagian mereka sudah bersuami dan kelihatan suami mereka memberikan sepenuh keredhaan atas tayangan gambar sedemikian kepada khalayak, tanpa sebarang rasa cemburu dan prihatin. Lebih merbahayakan, ramai pula lelaki yang menontonnya, sebahagiannya memberikan pujian, malah ada yang berani bergurau senda, dan membuat ‘lamaran' nafsu.
Lebih pelik, tuan punya facebook yang sepatutnya mampu mengawal dan memadam sebarang komen kurang etika, kelihatan membiarkan sahaja lamaran nafsu (seperti ajakan berdating, kahwin-padahal telah bersuami) tersebut di ruangan komentar gambarnya, tanpa rasa bersalah.
Berterusan bercanda mereka melalui ruang komentar, si lelaki dan wanita ada juga yang telah beristeri dan bersuami, cuma atas tiket kawan lama, sepejabat dan sebagainya, hal tersebut dibiarkan. Malah jika kedua-duanya masih bujang sekalipun, ia tetap BERDOSA dan SALAH di sisi Islam kerana ia termasuk dalam kategori larangan Allah ‘janganlah kamu menghampiri zina'.
Saya bimbang, ramai pula lelaki yang menjadi dayus dek kerana gambar isteri terdedah aurat ( atau menutup aurat kurang sempurna) ditayang sehabisnya di facebook. Baca perihal ciri lelaki dayus di sini .
3) Penyamaran
Lelaki menyamar sebagai wanita untuk menjadi friend dan seterusnya mendapat maklumat wanita. Ada dilaporkan juga, sebahagian lelaki berang kerana tidak diluluskan menjadi ‘friend' seseorang wanita. Akibatnya, si lelaki tidak mendapat kemudahan akses kepada gambar-gambar wanita tersebut. Bagi membolehkannya mendapat akses, terdapat lelaki yang mula menyamar menjadi wanita, meletakkan gambar mana-mana wanita yang boleh dijumpai secara mudah tertebaran di interent, diletakkan sebagai dirinya. Melalui cara itu, lelaki ini berjaya menjadi friend dan menonton seluruh gambar wanita terbabit dan berbuat apa yang disukainya dengan gambar itu.
Si wanita yang pada asalnya merasa selamat kerana merasakan dirinya telah menapis sebaiknya, rupanya masih terdedah gambarnya kepada yang orang yang tidak sepatutnya. Kerana itu, walau anda hanya membenarkan friend untuk menatapi gambar anda, pastikan semua gambar tersebut masih terhad dan terjaga.
4) Download gambar untuk simpanan dan tatapan.
Dimaklumkan juga, dek kerana gambar wanita yang terlalu ‘bersepah' difacebook, terdapat lelaki berhati buas yang memuat turun gambar tersebut dan disimpan sebagai koleksi peribadinya. Justeru, sedarlah, mana-mana wanita yang dikurniakan Allah punyai ‘rupa' yang menurut pandangan ramai sebagai elok dan menawan. Golongan sebegini amat perlu sekali lebih berwaspada lebih daripada mereka yang lain.
Malangnya, golongan sebegini kelihatan lebih ghairah menjaja gambar mereka untuk mendapat lebih banyak pujian dan ...'DOSA'. Simpan sahajalah gambar-gambar 'kiut' (cute) anda, cukuplah ia buat tatapan suami. Cukuplah pujian rakan sekeliling yang benar-benar mengenali anda. Tidak perlulah tamakkan pujian manusia luar.
Tunggu sahajalah pujian para malaikat dan bidadari di Syurga nanti, terlampau tidak sabarkah wahai diri? Sedarilah, ke'kiut'an anda mungkin menjadikan sebuah rumahtangga hancur, kecemburuan wanita lain, kerana boleh wujud gejala suami yang membanding-bandingkan wajah dan tubuh anda dengan isterinya. Jika itu berlaku, pemilik gambar mendapat dosa.
5) Tagging gambar tanpa izin dan gambar silam yang membuka aurat.
Tagging atau menandakan sesuatu gambar yang disiar merupakan satu fungsi mudah untuk menyebarluaskan gambar seseorang termasuk diri sendiri kepada kenalan dan rakan. Malangnya fungsi ini menjadi sumber dosa yang banyak juga dewasa ini. Isu ini juga pernah ditulis oleh beberapa penulis lain seperti Ust Abu Umair dan Sdr Shahmuzir. Saya ingin menegaskan lagi tulisan mereka.
Ini adalah kerana, terdapat ‘trend' menyebarkan gambar-gambar lama, dan kemudian meletakkan tagging kepada individu di dalam gambar. Perlu disedari, setiap gambar yang di'tag', akan muncul dan boleh dilihat oleh semua friend, dan rakan kepada friend tersebut juga boleh menontonnya.
Ini boleh menjadi dosa, kerana :-
a- Sebahagian individu di dalam gambar terbabit mungkin dahulu tidak menutup aurat, tetapi kini telah menutup aurat. Justeru penyebaran gambarnya yang tidak menutup aurat adalah haram.
b- Individu terbabit berada di dalam rumah, bersama keluarga, justeru penutupan auratnya tidak begitu sempurna kerana di dalam rumah sendiri atau di dalam keadaan ‘candid', tetapi akibat ketidakperihatinan sebahagian ahli keluarga terhadap hal aurat. Gambarnya yang sedemikian tersebar. Sepatutnya, kita yang di'tanda' boleh dengan segera delete 'tag' itu, hasilnya walau gambar masih tersiar tetapi ia tidak mempunyai sebarang pengenalan. Itu paling kurang boleh dilakukan oleh individu yang prihatin dan berawas-awas. Namun malangnya, sebahagian pemilik facebook tidak sedar mereka boleh ‘untagged' nama mereka. Malah kalau mereka boleh untagged sekalipun, penyebaran gambar sedemikian tetap salah dan berDOSA di dalam Islam.
c- Gambar mengaibkan orang lain. Gambar yang disiarkan itu, walaupun menutup aurat, tetapi dalam situasi mengaibkan. Mungkin ia tidak mengaibkan individu yang menyiarkannya kerana dia dalam keadaan baik dan bagus. Namun rakannya berada dalam situasi mengaibkan, tambahan pula dia kini merupakan ‘seseorang' yang terhormat, punyai kedudukan baik di mata masyarakat,. Apabila gambar sedemikian disiarkan, ia mencemar nama baiknya. Penyiaran sebegitu sama seperti mengutuknya secara langsung di khalayak ramai, sama ada sengaja atau tidak, semua perlu sedar..anda mungkin bebas menyiarkan gambar anda, namun gambar orang lain. Keizinan perlu diperolehi terlebih dahulu sebelum siaran dibuat.
6. Mengutuk diri sendiri & kebaikan
Adakalanya terdapat juga wanita-wanita berpenampilan cukup solehah, berpakaian extra caution dalam bab aurat sewaktu zaman universiti atau sekolahnya. Namun sesudah masuk ke alam pekerjaan dan perkahwinan, imejnya berubah begitu drastik dengan make up cukup jelas menghiasi wajah, baju bekerlipan warnanya, yang tebal dahulu sudah jadi nipis, adakalanya tidak sempurna dan macam-macam lagi. Alasannya? Seribu satu macam. Suami pula mungkin bukan dari jenis yang cermat untuk menegur dan menasihat.
Yang menyedihkan, apabila tersiar gambar lamanya yang berpakaian extra caution lagi sopan di facebook, disiarkan oleh rakan-rkana lama. Tuan punya tubuh, kelihatan tanpa malu dan segan mengutuk dirinya sendiri sama ada secara langsung atau tidak langsung. Lahirlah kata-kata, ‘zaman aku ekstrem', ‘zaman solehah', ‘waktu innocent', zaman-zaman suci', 'itu zaman kuno dulu', 'itu masa duduk bawah tempurung' dan lain-lain frasa yang sepertinya.
Tanpa disedarinya, ia mendedahkan keaiban dirinya sendiri, apabila berkata zaman solehah, bermakna kini adakah dia mengaku tidak lagi solehah?, kini tidak suci?. dan lain-lain. Ia juga sekaligus seolah mengutuk pemakaian sopan dirinya dahulu. Ingatlah wahai diri, jika tidak mampu istiqamah atas pakaian dan penampilan dahulu, janganlah sampai mengutuknya. Kerana ia sama seperti mengutuk pakaian yang sopan lagi baik, seolah mendahulukan yang kurang baik.
KESIMPULAN
Itulah facebook, ia boleh menjadi sumber pahala, jika diguna dengan betul, boleh menjadi pemudah azab jika digunakan tanpa ilmu dan limitasi. Berhati-hatilah dan berpada-padalah pemilik facebook.
Niat untuk mendekatkan ukhuwwah antara rakan lama, sekolah dan sebagainya tidak sama sekali boleh menghalalkan sembangan mesra, gurauan senda di antara suami dan isteri orang, antara lelaki dan wanita yang bukan mahram. Ia hanya akan membawa kepada kemudaratan dan keruntuhan rumahtangga. Janganlah lagi mempermainkan nama 'ukhuwah' untuk berbuat dosa.
Ukhuwwah itu hanya terhad sesuatu yang membawa kepada ingatan kepada Allah, mengajak kebaikan dan menjauh kemungkaran. Lihatlah surah al-Hujurat dan fahamkan kalam Allah sebaiknya akan erti ukhuwwah di kalangan mukmin.
Sekian
p/s: saya mmg jarangggggggg sgt bukak fb.Ada akaun pun sebab nak recontact kawan2x sekolah rendah,menengah,uni.But selalunya bila terjengah kawan2x yg mendedahkah aurat sana sini...saya jadi makin tak suka dgn fb.Hemmmm...dunia dah akhir zaman kan.

Donut the making :)
Assalamualaikum
Orait kawan-kawan,akak-akak,puan2x dan tuan....
sebab ada permintaan terhadap resepi donut ituew maka kucuba sedaya upaya untuk mengingat balik camne procedure buat donut tempoh hari yang telah menghasilkan donut yang lembut di dalam dan rangup diluar.Hehehe.
Untuk keselamatan telah kutepek gambar2x yg sepatutnya agar menjadi panduan teman2x supaya tidak tersalah langkah seperti yg terjadi kepada diriku tempoh hari.Chewahhhhh :P
Ini yeast yang telah direndam dlm air sejuk biasa dicampur 1-2 sudu gula sbb nak bagi yeast tuh makan supaya dia mengembang dan membesar.
Okeh jom kita tgk bahan2x utk buat roti :
Cara-cara :

Ini adalah ragi untuk buat tapai ye puan2x.Tak boleh buat donut.Jadi lain.
(kalau nak cuba boleh gak...hehehe...nanti bgtau saya hasilnya ok)
(kalau nak cuba boleh gak...hehehe...nanti bgtau saya hasilnya ok)
Ini yeast utk buat roti or yg seangkatan dgnnya.Nama lain adalah ragi segera.
Tgk kat gambo pembungkus dia kan ada gambo roti tuh.
Tgk kat gambo pembungkus dia kan ada gambo roti tuh.
Ini yeast yang telah direndam dlm air sejuk biasa dicampur 1-2 sudu gula sbb nak bagi yeast tuh makan supaya dia mengembang dan membesar.
Okeh jom kita tgk bahan2x utk buat roti :
- yeast sebungkus (dapat dalam 7-8-9-10 biji donut saiz sederhana)
- telur sebiji
- gula 2 sudu (letak dlm yeast yg direndam dlm air sejuk biasa dalam mangkuk)
- gula 4 sudu (untuk diblend atau beli gula halus terus - utk balut donut nantilaaa)
- marjerin 2 sudu - saya guna daisy..tu yg lagi lembut and rangup donut kot.....
- tepung - ni kene pandai2x bajetla
Cara-cara :
- Mula2x yeast rendam mcm yg sya cerita kat atas tuh.Biarkan 15-30 minit sampai dia berbuih-buih kembang.
- Letak tepung dalam talam or mangkuk besar dalam 2-3 cwn kot..kurang lg bagus.Buat hole kat tengah2x dia,then masukkan yeast semangkuk tadi,marjerin and telur.Kacau slow2x and sikit2x sampailah tepung tu boleh diuli.
- Kalau rasa melekat2x sangat lagi..tambah tepung sikit2x tapi jgn sampai keras la.Nanti donut tak lembut.Agak2x melekat sikit2x kat jari tu takpe kot.Janji jgn keras.
- Uli sampai sebati and buat bulat mcm bom then biarkan dalam 20-30 minit utk dia kembang lagi.Kalo bleh tutup bekas tu ngan towel ke.Biar ada udara sket.
- Pastu dah bleh bentukkan bulat2x,buat hole tengah jadiklah donut.
- Lepas tuh bleh goreng.
- Goreng dalam minyak suhu sederhana.Donut ni cepat hangit.So kene hati2x masa goreng tuh jgn sampai jadik hitam plak.And jgn pulak angkat cepat sgt tak masak kat dalam.Pandailah korang kan.
- Dah siap goreng tunggu sejuk baru gaulkan ngan gula halus.Kalo panas2x nanti gula cair melekat kat donut.Tak cun aaaa.
- Dah siap.Sila makan dgn air teh or kopi.Sekian.
- Selamat menerai buat donut. :)
Wednesday, May 5, 2010
Kisah Donut
Assalamualaikum wbt
Hemmm....
Memang saya blur sikitlah seminggu dua ni.Nak buat n3 pun blur tak tau nak taip apa.Banyak yang nak dikongsi,tapi bila dah depan skrin pc datanglah blur yg sebenarnya lebih menjurus kepada malas.
Cakap je la ko malas nak karang n3 hanis oiii.....huhuhu :P
Eh tapi kan nak bagitau korang cite kelakar pasal donut.
Dalam 2 minggu lepas saya telah ke kedai runcit untuk membeli 'the so called yis' dgn harapan menggunung untuk menerai buat donut. (eh korang jgn tak caye... hampir 6 tahun berkawin saya blom pernah buat donut tau) hehehehe hebat tuh.
So dah beli tu,balik rumah terus...................
tipun mak kat kglaaaaaaaa tanye camne nak buat donut.Hehehehe
Apa korang ingat saya reti ke nak terus start buat donut tuh.Pengetahuanku untuk buat donut level 0 okeh.Kene laa tanye expert dulu kan.
Dung..dang..dung..dang ibuku mengexplain cara2xnya buat donut dgn sedikit perli2x sbb buat donut pun tak tahu...uwwaaaaaaaaaaaaa....
last sekali ibuku bertanya...
"dah beli yis ke?"
Saya dgn yakinnya jawab...
"dah..beli ragi seketul.."
Ibuku apa lagi....kah..kah..kah dia gelak.Dia tanye beli ragi yg seketul kaler putih bulat2x tu ke?
Saya jawab ler ye.
Pastu ibu cakap..kak long nak buat tapai ke..nak buat donut?Hahahahaha....
Well rasanya korang paham dah kot benda yg 'the so called yis' yg kubeli tadi adalah ragi.Sepatutnya kene beli yis atau dia tulih ragi segera utk roti,donut etc.
Hahahahaha.
Masih kusimpan ragi seketul itu.Sape nak buat tapai meh kuposkan ragi.Sila byr utk kos penghantaran jek.Raginye free okay.Hahahaha
Anyway..selang sehari lepas kejadian ragi versus yis tuh,daku telah dgn jayanya membuat donut yg lembut di dalam,ranggup diluar yg sgt hebat rasanya sampai anak dara ku itu makan sampai 3 ketul tanpa henti.
Pengajarannya...
sila dapatkan procedure nak masak dan kenali bahan-bahan masakan terlebih dulu sebelum pergi kedai untuk membelinya ye puan-puan.
p/s: sebelum letak tipun ibuku kata "nasib baiklah belom buat lagi...kalau tak.... tak taula jadi donut apa agaknya..donut tapai" :P
Subscribe to:
Posts (Atom)