Monday, January 18, 2010

Mee Bandung Saya!

Nak cuba masak mee bandung sendiri?
Senang jek.


Bahan-bahan untuk kuahnya sahaja:
  1. Keledek 2 ketul sederhana besar
  2. Ubi kentang 2 ketul sederhana besar
  3. Udang kering (segenggam)
  4. Bawang besar 2 ketul
  5. Bawang putih 2 ulas
  6. Cili kering blend/cili boh (sikit jek)
Cara-caranya:
  1. Keledek dan kentang rebus sampai empuk and lepas tu blend.
  2. Bawang2x dan udang kering tadi blend sampai hancur juga.
  3. Panaskan minyak sikit then tumis bahan bawang2x and cili blend.
  4. Lepas dah naik bau,boleh masukkan terus keledek n kentang blend tadi.
  5. Tambah air sikit ikut kepekatan yang kamu sukalah.
  6. Garam sesedap rasa

Bahan-bahan isi kuahnya:

  1. Udang (ikut sukalah mau berapa byk hehehe)
  2. Ayam (saya letak sikit jek)
  3. Daging (lebih best dari ayam)
  4. Bebola ikan (ikut suka)
  5. Taugeh (celup dalam air panas kejap)
  6. Sawi (celup dalam air panas kejap)
  7. Bunga kobis -potong kecik
  8. Carrot - potong nipis but not terlalu nipis
  9. Bawang goreng (buat penyedap rasa)
  10. Daun bawang
  11. Telur
  12. Mee kuning (rebus dulu)
  13. Limau nipis (untuk diperah kalau nak lebih rasa ummphhh)

Cara-caranya :

  1. Bahan 2,3,4,7,8 dimasukkan dalam kuah sampai masak.(nanti makan daging tak masak plak hehehe...kan naye tuh)
  2. Udang ni elok dimasukkan last2x supaya tak kecut jadik kecik.Lagipun udang masak kejap jek.
  3. Telur tuh bleh masukkan last sekali gak dan jangan kacau kuah tu.Nanti hancur plak.Tak lawa.

Endingnya :

Setelah bersilat dengan tak berapa ligat di dapur,bolehlah merasa mee bandung hasil nukilan sendiri yang lazat dan berkrim macam kat bawah nih.Hehehe.


sendiri letak gambar sendiri terliur plak dah...
keledek ada 2 ketul lagik ni baki minggu lepas....
hemmmm....


Selamat mencuba!

7 comments:

pB said...

sodap nyerrrrr

..:: k i n a k O y u @ m a m a ' a D a m ' ::.. said...

nampak sodap nie!! nak cuba lah...

blogadmin said...

kak pB :

saya tak tipu kak..memang menjilat sudu...kuah dia bila dibuat dari keledek ngan ubi kentang tuh jadi sgt manis semulajadi dan lemak dan berkrim...

tp hok ni version saya sendirilaa...version tak pedas sbb encik suami tak minat pedas sgt...kalo kak pB nak hok pedas bleh letak cili api kottt....hehehe

mama adam :

selamat mencuba...mana tau kot2x si adam peminat mee bandung mama dia ;)

Pija Madzlan said...

adeissss............kesian kat org ngandung malas masak tengok :P

afidalina said...

urgh sedapnya!! ok saya try nanti, although i'm not a big fan of mee bandung. sometimes bila balik, layan jugak =P

wEna said...

tapau sbh bah satu....

blogadmin said...

ummu : meh datang umah meh..saya buatkan special untuk ummu :)


afi : hehe tgk gambar terliuh eh...akak kan mmg big big fan mee bandung nih.Selalu bila mkn kat luar dpt yang tak sedap tuh mulalah hati menggerutu 'apasal lah aku tak masak sendiri jek'

so..ni dah buat 2-3 kali menjadi..takkan ku order dari luar lagik...hehehe

en.suami pun dah jadi big fan dah :P


wena : mau tapau kah...hehehe..nanti akak asingkan siap2x seme bahan..sampai sana wena campur pastu masak...huhuhuhu

(camne tu ek ;) )

Ada rezki nak cuba masak kat melaka nanti..InsyaALLAH