Tuesday, January 26, 2010

Ramaikah?

Bukan saya yang menulis tetapi diambil dari sini http://azizah-aling.blogspot.com.

Ingin dikongsi bersama tatkala ramai diantara kita yang sibuk sangat dengan dunia.
Sibuk sangat dengan facebook.
Sibuk sangat dengan pejabat.
Sibuk sangat dengan anak-anak.

Untuk suami-suami yang aktif berblog dan membaca luahan rasa ini,bukan setakat renung saja,harap disusuli dengan tindakan yang sepatutnyalah selepas ini.





Untuk Renungan Kita Bersama.


Berapa ramai suami yang boleh jadi imam? Kalau perempuan tidak boleh memasak, pastinya dikutuk dan disuruh belajar. Kalau lelaki tidak boleh menjadi imam solat, apakah kita akan kata "ok" saja? Tapi akan ada yang menjawab: "Jangan diperbesarkan. Nanti mereka terasa hati."


"Apalah perempuan, tak pandai masak siapa nak kahwin dengan awak!" Begitulah kata rakan sejawat lelaki pada seorang anak dara, di sebuah pejabat. Maka jawaplah si gadis ayu itu yang dia tidak sempat belajar memasak sebab semenjak dari kecil lagi dia tidak digalakkan keluarga sebaliknya disuruh menumpukan perhatian kepada pelajaran sahaja. Setelah tinggal di asrama, peluang pulang ke rumah terhad dan tidak sempat turun ke dapur membantu ibu di dapur.


''Habis sekarang kenapa tidak belajar?" Tanya sang lelaki lagi dengan penuh semangat. ''Sedang belajarlah ni tetapi selain sibuk dengan kerjaya saya juga sibuk belajar agama, jadi belajar memasak tetap tidak diutamakan!" Begitu jawab si gadis yang membuatkan lelaki tadi menggeleng-geleng kepala. Baginya tidak sempurna seorang wanita jika tidak tahu memasak.


Wanita sepatutnya buat begitu juga. Syarat utama menjadi suami mesti boleh menjadi imam. Walau ada yang kata, jika itu syaratnya bermakna makin ramai wanita yang hidup membujang seumur hidup. Lelaki meletakkan kebolehan wanita di dapur sebagai perkara utama dan ungkapan hendak memikat suami, perlu pikat seleranya sering diguna pakai. Tidak kiralah jika wanita itu berpelajaran atau berjawatan tinggi dan penyumbang utama kewangan dalam rumahtangganya.


Sekarang bukan asing lagi gaji isteri lebih tinggi daripada suami. Namun kedudukan suami sebagai raja tidak pernah dilupa walau dia tidak mengambil inisiatif mempelajari ilmu menjadi imam. Ilmu bermain video game di komputer mereka rasa lebih perlu. Kalau tidak tahu memasak disuruh belajar dan sesudah belajar perlu handal. Jika handal bukan setakat memasak untuk keluarga sendiri, kalau boleh perlu boleh memasak untuk tiga pasukan bola.


Begitulah standard yang telah ditetapkan. Bolehkah kita meletakkan undang-undang itu kepada lelaki juga? Kalau tidak pandai jadi imam, belajarlah. Mula-mula jadi imam kepada keluarga sendiri, sudah hebat boleh mengimamkan satu taman perumahan juga.


"Sibuk suruh kita handal memasak, mereka tu bolehkah jadi imam?" Dengus teman wanita yang lain. Betul juga. Berapa kerat lelaki yang menjadikan sembahyang jemaah di rumah bersama anak isteri sebagai agenda utama, selain keperluan memenuhi pelbagai seleranya? Maka bertanyalah wanita kini kepada beberapa lelaki tentang kebolehan yang satu ini. Ternyata ramai yang menjawab tidak berkeyakinan menjadi imam sebab takut bacaan al-Fatihah tidak sempurna, salah tajwid ataupun dia merasakan isterinya lebih handal.


Ada yang kata lebih elok dia dan isteri sembahyang sendiri-sendiri. Ada juga menjawab, rasa kelakar pula apabila dirinya yang rugged menjadi imam. Isu ini sepatutnya kita beratkan sepertimana masyarakat memberatkan wanita perlu pandai memasak jika mahu bersuami. Lelaki juga harus boleh menjadi imam supaya kewibawaan mereka sebagai ketua keluarga tidak goyah atau menjadi mangsa kongkongan isteri. Kalau tidak pandai, belajarlah sekarang. Jika wanita disuruh belajar, apa salahnya lelaki kan.. :)

7 comments:

mama affan said...

setuju2..jgn kita hanya tahu komplen..tp blaja apa yg sepatutnya masih lagi kurang..

Ummu Auni said...

setuju!!!! 110% setuju!

macam yang saya alami je :P

just nak share, ilmu saya kutip masa pergi haji. untuk org laki, kalau dengar azan tetapi memilih untuk tidak solat berjemaah

+ mazhab hanafi: haram solat di rumah
+ mazhab syafie: solat tidak sah kalau solat di rumah
+ jumhur ulama: solat tidak sempurna

wpun jumhur ulama kata solat tidak sempurna...

blogadmin said...

azni:

Ni sepatutnya kriteria utama untuk mencari calon suami.

InsyaALLAH hidup aman harmoni kan..


aini :

wahh yang ini akak tak tau sungguh nih.Sampai macam tu kan..tapi berapa kerat je pun menitikberat kan soal jemaah mahupun menjadi imam even kepada keluarga sendiri.

Alhamdulillah En.H walau tidaklah setiap hari tapi tetap ada dia mengimamkan kami.

Bukan apa...bagi akaklah...

bila empunya diri mengimamkan solat utk family ke,opis ke...rasanya dgn automatiknya dia akan muhasabah diri sendiri kan...lepas tu dia akan memikirkan ttg agama anak isteri dia pulak kan...and so on.

So...yg mana isteri tak menutup aurat ditegur...anak dedah sana sini ditegur...and so on

yang mana resultnya aman bahagialah hidup dunia akhirat...

ni pada pendapat akak yg lemah bab2x agama ni la...

Ummu Auni said...

betullah akak, kita pun tak tahu severity of that situation. bila tahu, tu memang terlopong. tak sangka sampai tahap haram ye...patut pun nabi saw dah pesan, yang perintah solat jemaah ni sgt penting sampai ke tahap, kalau dibolehkan, baginda nak bakar rumah yang tak solat berjemaah

tapi betul, jadi imam tu betul. baru kita reti nak check khilaf diri, isteri, anak2. ini, ada org yang masih fail, huhu. nak bini lawa, cantik, pandai urus serba serbi, tapi diri sendiri.....kalau pakai rantai tu apa halnya? bertindik mcm perempuan? mampu ke nak jadi imam?

blogadmin said...

dik..akak memang dah lama terbuku dalam hati bab2x yang ni....akak pening and sedih tgk saban hari kawan2x akak makin dedah sana sini...padahal suami ada...anak2x bertambah...macam hidup makin dilimpahi rahmat..rezki...tp aurat makin dibuka

akak kesian kat diorang...diorang ni suami tak tegur ke...ke suami yang menggalakkan lagi...pening2x

kalo yang mcm awak kata suami bertindik,berantai bagai...mmg possible lah kan isteri2xnya juga begitu...tapi ada kawan2x akak yang suaminya kira oklaa...tapi isterinya hemmm..tak tau nak katalah...kira mcm mana tuh...suami2x sekarang dah hilang kuasa 'membimbing' gamaknya


p/s: seronok dapat luahkan rasa hati kat awak walaupun baru sikit nih....

Ummu Auni said...

hilang kuasa membimbing? itu saya setuju. saya rasa kalau semua lelaki faham tanggungjawab, Alhamdulillah. tapi kebanyakan buku agama yang banyak di pasaran, selalu duk sebut macam mana nak jadi isteri solehah. tapi lupa untuk fokus, apa tanggungjawab suami! jadi ramai lelaki tuntut hak itu dan ini dgn isteri, tapi lupa tanggungjawab dia yang utama spt sediakan nafkah, dan jadi pemimpin! lepas tu mulalah bertempik, bila isteri lawan macam2 di mahkamah (he, saya lah tu)

ada kawan saya kata, selalunya tulis buku untuk isteri solehah tu, mesti lelaki. hehe. mungkin juga. saya nak recommend buku yang sgt bagus utk dibaca, the fragile vessel - tulisan muhamad jibaly, kalau akak jumpa, belilah buku ni. bukan sebut responsibilities isteri je, tapi fill the vacuum left, regarding roles & responsibilities of husbands. mahu tersentap laki baca buku macam tu

blogadmin said...

wohhh...ini wajib dibeli nih..rekemen pun dr 'ulat buku' ;)
InsyaALLAH..harap jumpa buku ni