Tuesday, January 12, 2010

Melaka

Assalamualaikum



(ditulis lepas hantar kakak ke taski)
ikut arah jam ye : irfan eksen naik moto masa jalan2x kat tesco melaka.Kakak and adik yang takmboh amik gambar-nangis kat tmn boye.En H berani lepaskan Irfan kat tepi pool-ngeri masa amik gambar takut jatuh.Kakak duduk bawah cendawan berhujan.



(lepas kakak mandi puas-puas,sebelum keluar dr tmn boye,kami tengok ada rumah burung,and rumah ular- tak melawat rugi ler spoloh hinggit sorang!)
arah jam jugak : burung ni asyik nak nyorok jek-malu kot.Kapel paling romantik kat kandang boye tembaga-siap bersantai berdua bawah pokok kelapa,sungguh tak tahan!.Rupa water dragon nih macam camelion yg dalam iklan kentang apa tah kat tv tuh.Burung kaler kuning tuh comel sangat-tu yang amik gambar tuh.



Dinner with keluarga En.H - Ada nenek,ibu mertua dan adik-adik iparku.Yang bertudung kuning ayu tu Puan Maznah merangkap ibu mertuaku yang best,sporting,baik,masak best dan tak lupa juga sangat busy orangnya.Jejaka berbaju biru tu still bachelor yek..hehehe.Cuba tgk mr.Irfan yang bertampal koyok dikepala-dia demam plak time ni,tapi makan tetap makan :)



Yang ni gambar kids kat Tesco melaka(main kat playland) and mydin melaka(pic duduk kat kerusi putih).Mydin melaka sangat gedabak besar.Siap dgn asrama pekerja.I love foodcourt dia.Selesa,bersih,luas and paling best masa pergi ari tu food stall dia orang-orang melayu kita yang jaga.Jika ke sana cubalah gerai sup dia.Best!


p/s: kami ni memang kerap jugak balik melaka.Tapi time yang ni plak saya 'ter'rajin nak snap gambar.So terhasillah cerita bergambar ke melaka ni.Harap maklum yek.(maknanya bukan selalu saya rajin begini hehehe)

4 comments:

Ummu Mishkah said...

menarik tempat ni! boleh pi jugak ni...

blogadmin said...

melaka sekarang memang dah diupgrade giler2x as tempat melawat yang best.Kat belah town dia bleh naik menara taming sari,naik cruise sg.melaka and soping2x.Belah ayer keroh plak ada zoo,tmn boye and waterpark.Sini kalo nak beli cencaluk,belacan hehehe sila-sila lah yek.

p/s: dah mcm promoter laa plak :)

Ummu Auni said...

nampak sangatlah dah lama saya tak singgah melaka, hehe

wEna said...

uiks... sronot nye dia...