Tuesday, August 25, 2009

Aku

Assalamualaikum


Cepat sgt ke aku menghakimi manusia-manusia itu?


satu :

aku beli brokoli sepotong kecik,kacang buncis 10 helai jek dan bunga kobis sepotong kecik.Timbang punyelah laju.Tup..tup keluar dari mulut dia "8 ringgit kak!".

Hish,tak penah aku beli barang byk tu sampai 8 ringgit.Kurang2x 4-5 ringgit je.(aku kan surirumah sepenuh masa,selalu beli barang dapur)

Aku geram jugak.Aku cakap 'eh takkan 8 ringgit kot.Timbang balik.Brokoli ni berapa sekilo?Bunga kobis berapa sekilo?.Kacang buncis berapa sekilo?.Sebenarnya masa dia timbang balik aku bukan kira pun dan sah2x aku tak ingat berapa brg2x tu berharga utk sekilo.

Usai timbang balik,dia kata 4 ringgit sudahla kak.

Ha...itu baru aku rasa berpatutan.Aku bayar dan ingatkan aku nak warning je cakap jgnlah amik riba' berdosa.Tapi aku diamkan aje.Aku balik.

Dulu aku tak pandai nak mempertahankan 'hak pengguna' ni.Aku takut dengan penjual.Tapi suami aku byk ajar aku supaya berani bertanya,berani persoalkan sesuatu yg kita rasa tak munasabah.Lagipun kita yang pegang duit tu!

Hari tu memang aku rasa puas sebab aku tak berjaya ditipu orang walau pun untuk 4 ringgit nilainya!Pada aku bukan nilai yang penting,tapi sejauh mana prinsip hak pengguna tu telah aku praktikkan.


Dua :

Orang ada facebook,aku pun bukak juga satu.Aku suka tengok gambar2x kawan2x aku yang melancong luar negeri.Aku lepaskan rindu pada sorang kawan aku yang duduk jauh kat london sana dengan tgk gambar2x dia dengan suami dia.

Tapi aku tak berapa gemar letak gambar aku kat situ.Lagi aku tak gemar bila orang lain letak gambar aku tak pakai tudung kat situ! Memang aku marahlah!

Aku tau aku bukannya tahap perempuan bertutup litup berpurdah bagai.Aku biasa2x je.Tapi bila gambar aku yang nampak rambut,leher,lengan dipamerkan untuk tatapan orang,itu aku rasa dah macam mencabuli hak aku dah tu.

Aku naik pelik bila ada orang boleh buat macam tu dan buat2x tak tau tentang aurat ni.Aku yang tak faham ke atau manusia tu yang tak mahu memahami.

Suami aku selalu pesan,dalam Islam tak boleh amik situ sikit sana sikit.Yang suka engkau amalkan,yang rasa2x tak suka engkau tinggalkan.Bila Islam,Islamlah semuanya.

Memang aku tak fahamlah manusia ni.

Dahlah..aku nak masak nasi berani hari ni.Harap2x menjadi.

4 comments:

Farra Da Smiley said...

saya sokonggg sgttt tindakan begituu...macam2 ragam manusia yer..hmmm

Ummu Auni said...

saya pun tak suka gambar tak pakai tudung ditayang-tayang...

ummi said...

1 - saya mgkn terjebak no 1. tak peka sgt dgn harga2 sayur2 dan lauk2.

2. samalah... tak suka. masalahnya saya bertudung lewat, banyak gambar pada kawan2 yang saya tak bertudung. esp time sekolah.

blogadmin said...

Farra :

Tu ler...sebenarnya kita takdelah berani mana pun..tp sbb harga tu tak munasabah sgt...tu yg naik angin tu!


Aini :

Gambar2x masa kat sekolah dulu...itu pun gambar kat dalam hostel,atas katil,dalam bilik.

En.H dah berleter dah...dia kata tulaaa masa mik gambar tak fikir in the future mcm2x boleh jadi dgn gambar tak tutup aurat tuh.

(manalah kita tau nk jadi gini.Orang yg letak gambar tu pun dulunya bertutup..sekarang tak lagi.Tu jadik payah tu)


ummi :

1.Hehehe...kene praktik tu.Supaya penjual tak boleh suka2x ati je letak harga dia.

2.Bukan tahap tak suka...memang marah betul.Dh bgtau org tu suh buang balik gambar tu.Alih2x ada pulak 2-3 member yg buat bende yg sama jugak.Konon2x nak mengembalikan memori kat skolah.Aduh! sakit hati betul!