Friday, August 21, 2009

Ramadhan

Assalamualaikum


Alhamdulillah syukur sebab kita masih lagi diberi kesempatan untuk bertemu dgn ramadhan kali ni.

En.H ada bercakap semalam "happynya sabtu ni dah puasa ek".

Saya jawab "ha..ah best!".

Dalam kepala saya ada terlintas tahun ni puasa nak berusaha untuk solat terawih hari2x walaupun di rumah.Nak cuba mengaji hari-hari.Nak cuba elakkan bermasam muka dgn En.H.Merajuk-rajuk pun kalau boleh tak nak.Nak berbaik je hari2x.

Kakak Tifa sibuk tanya "ibu,tifa puasa boleh?"

Hehehe.

Harapnya dapat juga didik kakak Tifa berpuasa dan membuatkan dia rasa bulan ramadhan ni bulan yg paling umat Islam tunggu2x.

En.H cakap malam ni kita pergi beli barang dapur.Memang dah kering kontang pun baik bahan basah or kering.

Mula2x saya fikir macam2x nak beli.Ayam sekor,daging lembu sekilo,sayur bla..bla..bla.

Tapiiiiiiiiiiiiiiiiii.......

Ishh bukan ke puasa tu nak mengajar kita keperitan orang lain yg sengsara tak ada makanan,pakaian or even tpt tinggal?

So saya decide barang dapur akan dilistkan mcm biasa dan bukan 'luarbiasa'.Part makanan,berbuka,bersahur akan dilalui seperti hari2x biasa.Part ibadat yang kene buat 'luarbiasa'.

So......Selamat berpuasa dan beribadat ye kawan-kawan. :)

p/s: malam tadi call parent ucapkan selamat berpuasa.Abah bgtau diorg(ibu n abah berdua aje kat rumah) nak keluar sbb abah nak beli kopiah baru.Yang ada dah lusuh sgt.Saya sayu mendengarnya.Balik kg nanti igt nk belikan kopiah,songkok and kain pelikat baru utk abah.

2 comments:

ummumishkah said...

Selamat berpuasa! Moga kita mendapat manfaat dari kelebihan bulan yang mulia ni.. :)

Puan Hanis said...

Selamat berpuasa juga buat ummu sekeluarga.

InsyaALLAH...sama2xlah kita berdoa moga ramadhan mulia ni memberi lebih manfaat dan bermakna buat kita semua.