Saya memang dah ketandusan idea nak tulis apa.Dulu sibuk dengan Ramadhan.Lepas tu sibuk dengan Raya.Sekarang sibuk yang buat-buat sibuk walau tak sesibuk mana dah.Yang penting masih lagi buntu nak tulis apa.
Agaknya jemu dah member2x yang datang jengok belog ini tapi tak ada apa yang terbaru.(see...dok belajar +ve thinking bukan main...tapi masih duk tebar ion2x -ve lagi).Sigh.
Okay..okay.
Sebab pagi tadi saya terdengar ustaz dalam Tanyalah Ustaz tu bagitau "selain media massa memainkan peranan,blogger-blogger pun mesti menulis perkara-perkara yang membawa kebaikan kepada pembaca".Ini bukan fakta sebenar tapi lebih kurang gituler katanya.Saya tak record.Kalau record buleh bagi fakta sebenar.
Jadinya dengan kembang kempis hidung saya yang perasan mengaku blogger nih,berusaha keras ambik gambar apa yg sepatutnya dan tulis apa yang saya rasa membawa kebaikan pada kawan-kawan blogger juga.
Sebenarnya saya dah buat semua benda ni sejak anak yang pertama.Mana dapat idea?Hehehe.Ibu saya cikgu tabika kemas.Dah nak bersara pun bulan depan.Dulu2x zaman sekolah menengah saya selalu dok tolong dia buat kad2x macam ni untuk ditampal kat dinding tabika tu.Ehh dulu2x mmg cikgu dia rajin2x tau.Even masa darjah 1 pun masih ada kad-kad or manilakad yg ditulis benda2x basic ABC or 123.Sekarang ni saya rasa dah kurang sikit.Maybe sebab kilang2x dah keluarkan bahan alatmengajar yg lebih canggih dan lebih warna.Jadinya cikgu-cikgi beli aje.
Flashcard ni sememangnya berkesan kalau dibuat betul2x dan hari-hari.Anak2x kecik yang tengah main lari sana-sini pun kita boleh celah flashkan dia 1-2 kad.But untuk cepat membaca (bukan memaksa tau),flashkad suku-kata sangat bagus.saya suka tanamkan basic yang kuat dalam otak diorang.So bila sampai time dia patut membaca, otak dia akan gabungkan apa yang dah ada dalam tu maka terhasillah bacaan.
Apa yang saya buat untuk kad layang suku kata dan huruf,saya ajar secara phonic.Bunyi huruf yang penting.Kalau tak pasti boleh gugle aje.Banyak youtube yg ajar phonic style.Memang lebih berkesan sebenarnya ajar bunyi dari ajar huruf sebutan biasa.Diorang lebih cepat ingat.
Kad layang suku kata.(buat sendiri) |
kad layang 123 (buat sendiri) |
kad layang huruf jawi(beli yg sekeping besor dan telah dipotong-potong jd gini) |
kad layang bentuk (buat sendiri) |
kad layang binatang2x (beli) |
kad layang buah-buahan(beli) |
Doa yg saya hembuskan di dahi anak-anak,dalam makanan,ketika masak,bancuh susu,masa belajar . |
So inilah yang saya nak kongsi.Takde rahsia apa-apa pun.Usaha dan tawakal dan bersyukur selalu atas nikmat ALLAH yang tak terkira banyaknya buat saya.
But paling-paling penting sebenarnya anak-anak mengenal Al-Quran dulu.Menghafal surah-surah yang bagus utnuk dihafal.Saya pun agak kurang juga bab2x menghafal AL-Quran ni.Tapi sedang berusahalah mengajar anak2x dan melatih diorang menghafal.Bukan satu usaha yang mudah tau.Kan nak jadikan anak-anak MUKMIN PROFESSIONAL.Kalau diorang jadi engineer biarlah diorang tahfiz.Kalau jadi doktor ke,biarlah diorang boleh jadi imam juga.Kalau jadi peniaga ke,biarlah diorang boleh bagi khutbah jumaat juga.Kan ke indah dunia.
So ibu-ibu,bapa-bapa jomlah kita sama-sama mendidik anak-anak kita ke arah itu.
InsyaALLAH
4 comments:
semangatnya baca entri akak ni. ada kawan saya pun dia housewife, langsung tak masukkan anak ke tadika. dia yang ajar semua.
hok tu lagilah HEBATNYAAA....akak ni tak yakin kat diri sendiri....tu dok anta sekolah juga.
apa2x pun usaha tangga kejayaan kan...walaupun kekadang bukan semua time belajo anak2x baik duk diam jek.Banyak menguji keSABORan sebenarnya.
Eh bila cakap pasal sabor ni kan...teringat kat sorang ustaz tu kata...jgn jadi org sabor...jadi org bersyukur.Nak buat n3 pasal nilah.Heehhehe
Kak Hanis, anak saya dapat SRI Al Amin! Mudah-mudahan Nathifa pun dapat nanti.
Saya lupa nak komen, cikgu dulu memang dedicated. Cikgu sekarang pun ada, cuma tidaklah semua seperti dulu - ni ikut komen makcik saya yang jadi cikgu
Alhamdulillahh...gud..gud.
Post a Comment