Wednesday, August 19, 2009

Penyakit

Assalamualaikum

Haiyooo.....
penyakit selsema babi ni mmg menakutkan jugak sekarang ni ek.Rasanya mcm hari2x je ada yang meninggal sbb selsema ni.

Nak keluar beli barang pun seram.En.H pesan janganlah difikirkan sgt pasal tu.Well mcm manalah tak nak pk.Dah ramai yang 'pergi' sbb virus tu.

Yang ada baby mcm saya ni rasanya eloklah jgn dibawa anak tu pergi tpt2x yg ramai sgt orang.Ramai sampai bersentuh-sentuhan.Kesian budak2x.Ishh mintak jauhlah.Nauzubillah.

Hemm..tak boleh nk duduk lama2x depan pc ni.Ada orang jeles.Yang besar tu sibuk cakap 'ibu,cepatlah buat kerja...tifa nak buat kerja tifa pulak ni'.Merujuk kepada pc yg kami kongsi ni la.En.H terpaksa buat 2 user pastu letak psword sebab budak yang besar tu dah pandai godek sana godek sini.

Yang kecik pulak sibuk bergayut dekat kaki ni ha.Dia dah sibuk nak bangun berdiri.Rasa2xnya anak yang ni berjalan dulu baru tumbuh gigi kot.Kakaknya keluar gigi dulu,berjalan lambat.Tak kisahlah asalkan sihat walafiat.

oklah turn kakak tifa pulak guna pc.Bye.



bubur nasi + kurma kesukaan En.irfan Fahri

Masa kat rumah tok dia ni kat kuantan


suka makan time!



2 comments:

Ummu Auni Afif said...

keluar rumah beli barang masa en H ada ke?

susah kan nak bawa fahri ikut sekali. pagi tadi dia org kata kena pakai double layered mask. adui

Puan Hanis said...

keluar sama2x En.H la selalunya kalo pegi tpt2x cam shopping kompleks tu.Kalau akak beli brg kat kedai dekat umah ni baru tggl anak2x ngan En.H.

Bwk si fahri ni so far alhamdulillah dia tak meragam sgt.Suka jalan agaknya.Tapi kene kasik kenyang2x dulu la.

hah kene double layered plak?Adoilaaa awatnya virus tu bertambah kuat ke...huhuhu..mintak jauhlaaaa