Monday, December 31, 2007

sayonara & welcome

Besok dah masuk tahun 2008!

Kalau nak tulis kronology dari januari sampai disember,mintak maaf.Saya memang tak cukup rajin campur tak cukup waktu pasal anak tengah kurang sihat.Demam sikit.Alhamdulillah dah makin baik.Demam nak pandai kata orang.

Kalau kesimpulan terus boleh tak? :P

Januari sampai disember,banyak ujian ALLAH berikan.Tapi tak terbanding limpah rahmat rezeki yang DIA berikan untuk kami juga.Alhamdulillah.Hidup berumahtangga semakin tenang,makin serasi,makin memahami.Rezeki tak putus-putus.Suami,anak dan diri saya sendiri Alhamdulillah sihat,tenang dan bahagia.Saya juga masih mempunyai ibu dan bapa,suami pun begitu.Keluarga semuanya sihat-sihat.Semuanya bagus-bagus.

Alhamdulillah,Alhamdulillah,Alhamdulillah.Syukur,Syukur,Syukur.Apalagi yang harus dikata.Dengan rahmat kesihatan,hati yang tenang,dikelilingi keluarga,sahabat handai,tak mampu nak ucap perkara lain.Alhamdulillah,Alhamdulillah,Alhamdulillah.Sesungguhnya Allah itu maha pengasih,maha penyayang.

2007 juga ada kenangan yang sedih buat saya.Seorang sahabat sekelas masa tingkatan 5 kat SEMSAS dulu meninggal dunia dalam kemalangan.AL-FATIHAH untuk arwah Ise.Semoga rohnya tergolong dalam golongan orang-orang yang soleh.Amin.

Lain-lain cerita,semuanya yang bagus-bagus.Yang saya belajar sepanjang tahun ini adalah tentang berfikiran positif.Semua orang patut berfikiran positif setiap saat.Jangan ditarik perkara-perkara yang negatif tu.InsyaALLAH,fikiran yang baik-baik ditambah dengan doa,sujud dan syukur kepadaNya tanpa putus asa,bahagialah,gembiralah dan tenanglah kita dengan izinNya.Dan yang perlu kita ingat, hidup di dunia ni cuma persinggahan saja.Yang kekal hanyalah di akhirat.Jangan terlalu dikejar yang dunia ini.Yang kekal tu patut menjadi keutamaan.

Selamat tinggal 2007 dan Selamat datang 2008.

Tahun yang berlalu jadikan pengajaran,Tahun yang bermula jadikan keazaman.

Friday, December 28, 2007

berdoa

Assalamualaikum

Saya dapat email ni dari seorang teman.

assalamualaikum dan salam sejahtera buat semua,

di sini saya nak berkongsi pengalaman yang dialami oleh seorang cikgu,
ini adalah kisah benar bukannya rekaan, dan diharap dapat beri kebaikan
kepada semua,

satu malam cikgu tersebut terjaga dari tidor dan didapati anaknya yang
berusia dalam lingkungan 4 tahun tiada, cikgu tersebut cari anaknya
dalam rumah tapi tak jumpa, kemudian dia telefon seorang ustaz dan
beritahu apa yang telah terjadi, sebagai iktiar ustaz tu pesan jangan
buka pintu atau tingkap rumah sehingga azan subuh.

cikgu tersebut ikut apa yang dipesankan oleh ustaz tadi, bila selesai
sahaja azan subuh didapati anaknya sedang tidur di tempat tidurnya.
kemudian dia telefon kembali ustaz tadi dan beritahu anaknya dah
dijumpai.

ustaz tersebut bagi tahu itu kerja orang yang guna sihir untuk menculik
budak-budak kecik, dan sekiranya pintu atau tingkap dibuka maka hilanglah
budak tersebut. dengan ini agar kita semua berjaga-jaga dengan apa yang
terjadi, jangan panik, banyakkan berdoa. sekiranya terjadi perkara
sedemikian diharapkan agar tidak membuka pintu atau tingkap sehingga
azan subuh kerana ianya masih di dalam rumah, melainkan pintu atau
tingkap rumah yang telah terbuka.

Diharapkan menjadi panduan dalam kehidupan kita yang semakin mencabar



seram juga membacanya.......hati-hatilah kawan-kawan ye...sekarang macam-macam dah yang pelik-pelik terjadi.Penuhilah rumah kita dengan ayat-ayat ALLAH,dan selalulah membaca AL-Quran di rumah.Lepas tu kita tawakkal.Berserah pada ALLAH.Berdoa moga kita sekeluarga dilindungi dari segala bala,bencana dan kejahatan manusia.InsyaALLAH.

Thursday, December 27, 2007

mana satu

perbualan 1

Saya : Cuba you tengok pipi nathifa tu.Lebam dah 2 minggu tak hilang lagi.Risau jugak I dibuatnya.

Dia 1: Hemm biasalah tu.Anak I lagiklah lasaknya.Hari tu jatuh bukan setakat lebam,berdarah terus.Anak you okay lagi perempuan.Takdelah lasak sangat.

perbualan 2

Saya : Cuba you tengok pipi nathifa tu.Lebam dah 2 minggu tak hilang lagi.Risau jugak I dibuatnya.

Dia 2: Laaa kenapa sampai macam tu?Letak minyak gamatlah.Kesian nathifa.(sambil belek2x muka yang lebam tu).Alhamdulillah tak kene mata dia.Kalau tak bahaya jugak tu.

agak-agak perbualan yang mana satu menjadi pilihan kawan2x?
kedua-duanya adalah perbualan yang benar.

Monday, December 24, 2007

YES-Year End Sale

Assalamualaikum

The promotion for new and 2nd hand item.Price is negotiable.

ELECTRICAL APPLIANCES . HOUSEHOLD . BABY GADGETS. BOOKS . COMPUTER ACCESSORIES . FURNITURE . E-BOOKS . HOTEL VOUCHER . CAR . VACATION CLUB MEMBERSHIP

For more items and more details visit http://www.mysmartprofit.com/allforsale

and many more......

Tangguh

Assalamualaikum

Kalau solat bertangguh memang sangat-sangat tak elok.Tapi kalau bertangguh dalam bab kesenangan lain pulak ulasannya.Saya sedang belajar menangguh kesenangan.Si Kiyosaki pun ada bercerita tentang bagaimana isterinya menangguhkan hasrat untuk membeli kereta jenama M.Benz selama 4 tahun semata-mata menunggu wang hasil investmentnya diperoleh(bukan sebab tak ada duit,diorang ni mmg dah millionaire sgt2x).Akhirnya kereta dibeli dengan duit free!.Bukan dari simpanan,bukan dari gaji,bukan dari keluarga,bukan pinjaman,sememangnya duit free sebab duit itu bekerja dan menghasilkan lebihan yang boleh digunakan.Saya pun sedang belajar menangguh.

Kalau dulu nak sambut birthday mesti tepat pada tarikhnya.Nak hadiah pun tepat2x jam 12 malam.Nak tiup lilin pada kek pun mesti tengah malam tu jugak.Surprise yang dinantikan.Saya pun macam tu.Tapi bila kita belajar menangguhkan sikit kesenangan tu,apa yang kita akan dapat selepas tu sebenarnya lebih lagi.Macam jugak nak beli rumah besar,kereta besar semua yang besar2xlah.Kalau simpanan tak ada,untuk kecemasan tak ada,hidup orang kata bak bulan ke bulan,buat apa nak beli yang besar2x tu dulu.Bersabarlah.Simpan..simpan..simpan.Bila dah banyak tubuhkan yayasan.Tubuhkan syarikat keluarga.Jalankan bisnes keluarga.Kalau pun umur kita tak kesampaian untuk merasa semua kemewahan tu,sekurang-kurangnya kita meninggalkan legacy untuk warisan kita.Ini yang saya mula nampak bila dah belajar tentang kewangan.Ini juga sebenarnya apa yang orang kaya-kaya buat dari dulu.Apa yang sultan2x,raja2x buat dari dulu.Mereka yang kaya ni meninggalkan legacy untuk keturunan mereka.Bukan meninggalkan hutang keliling pinggang.Banyak sebenarnya yang middle class,lower class people tak tahu tentang ini.Kat sekolah mana ada belajar tentang semua teknik2x kewangan ni.

Alhamdulillah saya bertuah mempunyai suami yang sangat2x berkeinginan 'financial freedom' walau dalam usia yang masih mudalah(sebab orang kita selalu fikir perkara ni bila dah nak pencen nanti).Dan saya belajar banyak perkara dari dia.Bertangguh bukan bermakna tak dapat lansung,cuma lambat sikit saja supaya duit yang akan dibelanjakan tu adalah duit 'free'.Bukan dari simpanan,bukan dari gaji,bukan pinjaman.Dan bila saya tangguh hadiah hari lahir saya,berhari-hari selepas itu saya dapat treat dari suami.Makan tu,makan ni.Belum masuk yang akan datang kat melaka lagi(kan ayah kan :P).Semua untuk sambutan hari lahir saya yang saya tangguhkan pada 3 disember dulu.Bukan tak dapat,malah lebih lagi.Tapi dibelanja dengan duit 'free'.Belajarlah bersabar.Janganlah kerana nak hidup mewah awal-awal,akhirnya satu sen pun tak ada,yang ada cuma hutang.

Fikir-fikirkanlah.......

(kalau teringin nak belajar tentang duit free,cuba-cubalah pergi kat sini (http://urusinsan.forum5.com/index.php) dan bertanyalah kepada yang mengetahui)





Sunday, December 23, 2007

Year End 2007 - My book list

Assalamualaikum

Quick updates on my book list.As per today it seems like my target to reach the 100th is far far away ahead.A little bit of frustration but no heart feeling :P.I still can forward this small ambition to the next year kan.....kan.

Above all,the reward for the best book I've ever read so far goes to.......
(pandai2x je buat reward sendiri kan :P)

you can keep on scrolling down until you find the one that looks different from the rest.......

  1. DUDE ON ARRIVAL(a christmas mystery) by J.S BORTWICK
  2. THREE FARMERS ON THEIR WAY TO A DANCE by RICHARD POWERS
  3. WHAT DO YOU REALLY WANT FOR YOUR CHILDREN? by DR.WAYNE W.DYER
  4. THE DIAMOND SLIPPER by JANE FEATHER
  5. DEADLINE by JOHN DUNNING
  6. BORDER MUSIC by ROBERT JAMES WALLER
  7. WOMENS ENCYCLOPEDIA OF HEALTH & EMOTIONAL HEALING by DENISE FOLEY,EILEEN NECHAS & THE EDITORS OF MAGAZINE HEALTH BOOKS
  8. KISS OF THE SPIDER WOMEN by MANUEL PUIG
  9. MILLIONAIRES ARE FROM A DIFFERENT PLANET by AZIZI ALI
  10. NIGHT WHISPERS by JUDITH McNAUGHT
  11. JENDELA HATI by AISYA SOFEA
  12. GEMERSIK KALBU by ANIS AYUNI
  13. JANGAN BERSEDIH;JADILAH WANITA YANG PALING BAHAGIA by DR.'AIDH BIN 'ABDULLAH AL-QARNI
  14. PENAWAR HATI & PENENANG JIWA by Abu Mazaayaa Al-Hafiz
  15. HIDUP TENANG WALAUPUN BERHUTANG by Shamsuddin Abdul Kadir
  16. COOL MUM SUPER DAD by Jamilah Samian
  17. SENTUHAN KASIH by Norhayati Berahim
  18. ONE LAST DANCE by Eileen Goudge
  19. HONEY by Stef Ann Holm
  20. ANTARA HAMBA ALLAH & HAMBA SYAITAN by Md Isa Selamat
  21. The Cell by Stephen King
  22. Retire Young Retire Rich(How to get rich quickly and stay rich forever) BY ROBERT T.KIYOSAKI
  23. Guide to Becoming Rich (Turn 'bad debt' into 'good debt') BY ROBERT T.KIYOSAKI
  24. Rich Dad Poor Dad(1st edition) BY ROBERT T.KIYOSAKI
  25. Menjejaki jutawan senyap BY DR.RUSLY BIN ABDULLAH AKA CHEF LI
  26. Liberty(from debt slave to money master) BY RAJEN DEVADASON
  27. Persoalan Harta BY MOHD HARMAIN HJ SAUDI
  28. The Millionaire Next Door BY THOMAS J.STANLEY & WILLIAM D.DANKO
  29. The Millionaire In Me BY AZIZI ALI
  30. Klik Untuk Saya BY ROSLI JAMAL
  31. Lebuhraya baru kebebasan kewangan BY AZIZI ALI
  32. Wealth without boundaries(The inside secrets) BY JOHN STEFANCHIK
  33. The complete idiot's guide to getting rich 2nd edition BY LARRY WASCHKA
  34. Secrets of internet millionaire revealed BY IRFAN KHAIRI
  35. Rahsia buat duit dengan internet BY WAN MOHD SYAZWAN & SABRI HASSAN ASSAARI
  36. Financially secure(an easy to follow money program for women) BY DEBORAH MCNAUGHTON
  37. Animal Farm Storybook BY GEORGE ORWELL
  38. The cold smell of sacred stone BY GEORGE C.CHESBRO
  39. Lim Goh Tong(My story) BY Lim Goh Tong
  40. Ayat-Ayat Cinta BY HABIRURRAHMAN EL-SHIRAZY
Psst,memang tak boleh lawan puan aida & puan aini,ulat-ulat buku yang sangat cemerlang,gemilang,terbilang! ;)

Wednesday, December 19, 2007

Eid-Ul-Adha

Assalamualaikum


Tomorrow will be 'the Raya Korban' aka 'the Feast of Sacrifice' and 3 of us InsyaALLAH will be celebrating this one day holiday at nathifas' grandDad new house(penat pindah pon belum habis lagi) at Seremban 3.

Since En.H is not allowed to take any leave anymore due to his zero amount of the annual leave(lain kali bajet cuti betul2x ye sayang :P,sabar ye lebih kurang 2 minggu je lagi),so any plan ahead that dragging us more than 24 hours is totally out of the list.
(Zoo boleh lah pegi kot hint! hint!).

As for me,I'm quiet worried about my other kampung at Kuantan.The floods is not getting even better.Though our house is not affected but still there's a river nearby that makes me feel not so comfortable at all.(tiap hari call tanya ok ke tak)

(Kawan2x mohon doa kalian semua,semoga banjir akan beransur berkurang dan pulih seperti sedia kala.)

So,again happy Eid-Ul-Adha to all readers who always kindly drop by here.Drive safely.Don't get too excited.(orang tua kan selalu pesan gitu).Wait for the raya korban piccas ok!

Saturday, December 15, 2007

indahnya

Assalamualaikum



Sekarang tengah dok khayal membaca kisah si pemuda Fahri.(bukan si pemuda tapi masih baby kepada puan limaunipis tu :P).Ini Fahri ayat-ayat cinta.Hemmm baru baca tak sampai 30 mukasurat,rasa-rasanya saya sudah boleh faham kenapa sampai puan aida kita menamakan cahayamata ke 3 nya Fahri.(akak pun dah jatuh cinta jugak dik oiiii....hehehe).Andai ada rezeki dikurniakan ALLAH seorang anak lelaki.....hemmmm mau nama Fahri ni masuk dalam list utama nama anak.

Indah betul akal fikiran yang ALLAH kurniakan kepada saudara habirurrahman ni.Subhanallah.Memang tulisannya sangat halus,lembut tapi tetap berjaya menyampaikan intipati ceritanya dengan baik.Huh!ini saya belum lagi mengabiskannya.Dah puji melambung.Tapi bukan main2xlah pujian ni,mmg pandai sungguh si penulis mengayat-ayatkan cinta.Sampai suami tegur amboi baca buku bukan main tersenyum-senyum lagi kepada buku tu.Kalah senyuman untuk abang.


Lagi bertambah-tambah istimewa bila ayat-ayat cinta ni adalah hadiah hari lahir saya tahun ini.
Tapi taklah sehebat puan aini kita yang mendapat kejutan haruman mawar diatas meja kan!kan!

(dengar-dengarnya sudah ada movie ayat-ayat cinta.......siapalah si Fahri tu nanti yek ;) )

Friday, December 14, 2007

The desire

Assalamualaikum

Its normal when people desire for something better,prettier,more fun or more exciting.So we will work for the money.It is true rite?People desire money for the joy that we all think that money can buy.But when we actually use the thing that is inside our head aka brain,often the joy that this $$$ can bring is short lived which soon or sooner we will need more money,more joy,more pleasure,more security and more comfort.(manusia kan jarang pernah cukup dengan apa yg dia ada,tak gitu kawan2x?-peringatan utk saya juga)

So in the end,we will keep working,thinking money will soothe our souls that are troubled by the fear of not having money,being poor,being the issue between friends of not having Prada handbag,Revlon makeups,big house,big car etc..etc..etc.But the truth is,most of us are emotionally desperate and neurotic and actually let our emotion do the thinking.

One simple question.What is it that actually kept people hurrying off to work everyday?It did not seem like much fun nor looked that happy.(I know how's the look,trust me)

Most of us refuse to tell the truth about this $$$ issue.Money is no longer only a thing that is made from a paper from our perspective.It is now becoming a tool that is running our lives.Though not really obvious to us but its actually control the emotions and souls of ours.Its so small % from many us let the thinking control the emotions when it come to $$$.(thats why they are rich!).Most of us will react to our feeling,fail to think wisely.And it is always like that over and over for a generations.

I love to read books.Any book can do.But when it comes to what the Rich Dad,Poor Dad writes about financial literacy,I surrender.Not with the white flag,but with the confession that 99%(the 1% is about tax,investment,I know nothing about it :P) of what he mumbles is so true,so happen to most of us now and then(me includes).Its just a matter of "stay the same or start to change" which actually will make a big different of where we are in the future.

Wednesday, December 12, 2007

MV

Assalamualaikum

We went to MV yesterday.Beside the crazy traffic and the long queue for the limited parking space,ayah managed to get one.The nearest one to the door.Alhamdulillah.

It's been nearly 3-4 months since our last MVs' 'jalan-jalan cari makan'.The crowds?Subbhanallah,ramai betul umat!.Sampai saya boleh dapat headache.

Went to 'tempat lepak kanak2x yang senyap' the MPH,I got my belated birthday present.(part of itlaa).It's the 'ayat-ayat cinta'.Make me smile the whole day.Thanks ayah!

And for our lovely princess,2 more big fancy multicolor hardcover books added in her books' box.And she's smiling too!

Overall,penat but happy.Thank you ayah ye. ;)

Tuesday, December 4, 2007

Petua mudah

Petua untuk murah rezeki dan dijauhkan kesulitan.

Abu Yazid Al Busthami, pelopor sufi, pada suatu hari pernah didatangi seorang lelaki yang wajahnya kusam dan keningnya selalu berkerut.

Dengan murung lelaki itu mengadu,"Tuan Guru, sepanjang hidupsaya, rasanya tak pernah lepas saya beribadah kepada Allah. Orang lain sudah lelap, saya masih bermunajat. Isteri saya belum bangun, saya sudah mengaji. Saya juga bukan pemalas yang enggan mencari rezeki. Tetapi mengapa saya selalu malang dan kehidupan saya penuh kesulitan?"

Sang Guru menjawab sederhana, "Perbaiki penampilanmu dan ubahlah roman mukamu. Kau tahu, Rasulullah SAW adalah penduduk dunia yang miskin namun wajahnya tak pernah keruh dan selalu ceria. Sebab menurut Rasulullah SAW, salah satu tanda penghuni neraka ialah muka masam yang membuat orang curiga kepadanya.

"Lelaki itu tertunduk. Dia pun berjanji akan memperbaiki penampilannya.Mulai hari itu, wajahnya senantiasa berseri. Setiap kesedihan diterima dengan sabar, tanpa mengeluh. Alhamdullilah sesudah itu ia tak pernah datang lagi untuk berkeluh kesah. Keserasian selalu dijaga. Sikapnya ramah,wajahnya senantiasa mengulum senyum bersahabat. Roman mukanya berseri.

Tak hairan jika Imam Hasan Al Basri berpendapat, awal keberhasilan suatu pekerjaan adalah roman muka yang ramah dan penuh senyum.

Bahkan Rasulullah SAW menegaskan, senyum adalah sedekah paling murah tetapi paling besar pahalanya.Demikian pula seorang suami atau seorang isteri. Alangkah celakanya rumahtangga jika suami isteri selalu berwajah tegang. Sebab tak ada persoalan yang diselesaikan dengan mudah melalui kekeruhan dan ketegangan. Dalam hati yang tenang, fikiran yang dingin dan wajah cerah, Insya Allah, apapun persoalannya nescaya dapat diatasi. Inilah yang dinamakan keluarga sakinah, yang didalamnya penuh dengan cinta dan kasih sayang.

"Saya salin dan tampal di sini ,daripada email yang diforwardkan."

Monday, December 3, 2007

aiskrim oh aiskrim


aiskrim oh aiskrim! :)