Tuesday, November 20, 2007

tips panas ni


Assalamualaikum

Janganlah fikir yang bukan-bukan bila ada perkataan "panas" tuuu. :P
Anyway,maybe dah ramai yang pernah baca tentang ayat2x cinta kat bawah ni.Tak kisahlah.
Apa salahnya kita saling ingat-mengingati kan......

MACAM MANA NAK MENZAHIRKAN CINTA mengikut perspektif seorang ustazah.
(Sumber: CAKAR HARIMAU Tips Kebahagiaan Rumahtangga oleh Ustazah Siti Nor Bahyah Mahamood)


Panggilan suami isteri
Gunakan panggilan yang baik. Isteri memanggil suami dengan perkataan ‘abang, honey, darling, sayang,’ Suami pula memanggil isteri dengan panggilan ‘honey, darling, sayang,’ atau nama manja. Nabi s.a.w. memanggil A’ishah dengan ‘Humairaa’ yang boleh diertikan ‘si merah jambu’. Elakkan panggilan ‘ayahnya, bapanya, abahnya, papa, daddy’ dan seumpamanya. Elakkan ‘maknya, mama’ dan sebagainya. Ini berlaku selepas pasangan mendapat anak. Panggilan ini kadang-kadang bukan sahaja digunakan di hadapan anak bahkan semasa pasangan berdua sahaja. Jangan jadikan panggilan ‘darling’ dan ‘sayang’ di awal perkahwinan, tetapi di akhir perkahwinan ’pinggan dibaling senduk melayang’.
(Saya & suami memang ada panggilan jiwang masing2x,tapi kadang bila silap disebut depan anak,dengan anak sekali panggil saya atau suami dengan panggilan jiwang tuh....susah juga dibuatnya... :P )

Bantu-membantu

Realiti kehidupan hari ini kedua-dua suami isteri bekerja. Waktu pejabat adalah dari jam 8 pagi hingga 5 petang. Isteri akan bekerja semula sebagai surirumah seperti memasak, membasuh baju, mengemas rumah dan mengurus anak. Alangkah baiknya jika suami turut membantu kerja-kerja tersebut. Apabila ditanya tentang kerja Nabi s.a.w. di rumah, A’ishah berkata: “Adalah Nabi berkhidmat untuk isterinya (membantu isterinya dalam kerja-kerja rumah). Apabila terdengar azan, baginda keluar”. (Riwayat Bukhari)
(Saya ni surirumah sepenuh masa....tapi kadang-kadang tu teringin juga suami membantu apa adanya. Alhamdulillah En.H tidaklah berada dalam kategori kaki dan tangan bangku.

Saling berkomunikasi dan berhubung
Komunikasi amat penting. Berbual dan bertanya khabar adalah satu bentuk komunikasi. Penggunaan SMS dan sebagainya amat baik. Hantarlah mesej tertentu seperti jenaka, teka-teki, cerita seks yang nakal dan sebgainya. Hubungan tanpa komunikasi adalah hubungan yang hambar. Lebih banyak kita berkomunikasi lebih banyak kita memahami. Tetapi waspada...jangan terlebih berkomunikasi hingga bertukar menjadi benci.
(yang ni memanglah saya setuju sangat2x.Nak-nak time tengah dilanda moody tu.Time tu mulut berat nak bercakap,tapi hati macam2x rasa...dah tu menyimpan perasaan je.....bila tak diluah mulalah macam nak meletup.Nasib baik En.H tetap setia memujuk.... :) )

Hadiah
Hadiahkanlah sesuatu kepada pasangan anda sempena hari keramaian seperti hari ibu, hari pekerja, hari raya atau hari minggu. Hadiah akan mewujudkan kasih sayang. Berilah hadiah nescaya kamu pasti akan kasih-mengasihi. Hadiah tidak semestinya mahal. Yang penting keikhlasan dan penghargaan. Membeli bunga yang berharga RM3 pun sudah memadai.
(Saya tak kisah sangatlah tentang hadiah ni.Tapi jujurnya memang mengharaplah jugak.Siapa tak nak hadiah kan.... :P )

Membuat kejutan
Contohnya suami mengajak isteri makan di tempat tertentu atau sebaliknya pada waktu yang sesuai seperti hari minggu.
(Hemmm part ni tak tau nak komen ape laaa.Tapi so far kejutan2x ni belum pernah lagiklaaa.....tak de skill laaa hehehe )

Menjaga lidah
agar tidak bercakap perkara yang tidak sesuai. Mulut murai, mulut ‘laser’ dan mulut celupar adalah perkara yang mesti dielakkan. Ada kemungkinan kata-kata akan menikam pasangan anda dan menyedihkannya. Disebut dalam hadis bahawa Nabi Muhammad s.a.w. tidak pernah bercakap perkara keji.
(yang ni lebih kurang mcm komunikasi jugaklah kan.Memang kata2x tu sgt2x perlu diatur elok2x.Tapi kalau dah rasa bila cakap jek boleh gaduh...elok diam je laaaa....betul tak....heheheh )

Memberi galakan
terhadap minat pasangan atau hobinya. Salah satu kaedah memberi galakan ialah menyediakan ruang untuk pasangan melakukan aktivitinya, membeli barang kegemarannya atau melibatkan diri dengan hobi tersebut. A’ishah, isteri Nabi Muhammad s.a.w. ingin melihat orang Habsyah bermain. Nabi s.a.w. bersama A’ishah dan menemaninya hingga A’ishah berasa jemu. A’ishah berkata yang bermaksud: “Aku melihat Nabi s.a.w. melindungi aku dengan kain selendangnya, sedangkan aku ketika itu sedang melihat orang Habsyah bermain di masjid hinggalah aku berasa jemu...” (Riwayat Bukhari). Jangan larang pasangan anda melakukan aktiviti kesukaannya. Ada kemungkinan pasangan anda akan menghabiskan masa yang terlalu lama hingga mengabaikan tanggungjawab atau menghabiskan wang yang banyak dengan aktivitinya. Anda boleh berbincang dengan baik bagi mengatasi tabiat buruk itu.
(mmg betul laaa....sebab kita faham siapa suami/isteri kita,then kita boleh support dgn lebih lagi berbanding orang lain)

Ucapan tanda penghargaan
Jangan lupa mengucapkan terima kasih, ucapan tahniah, ucapan takziah dan sebagainya.
(ooo yang ni saya terus teringat En.H suka cakap "sedap ayg masak....terima kasih".Sejuk hati isteri mendengarnya! )

Menghargai pemberian pasangan
Jangan dilihat pada kualiti atau harga pemberian itu, tetapi pandanglah pada hati yang ikhlas yang menghadiahkan benda tersebut. Yang lebih penting adalah yang tersirat, bukan yang tersurat. Jaga pemberian tersebut dengan baik. Jika tiada hadiah berbentuk material, ucapan sudah memadai......
(jangan lupa cakap terima kasihlaaaa.....lepas tu hadiahkanlah sebuah ciuman.Apa nak kisah..kan suami isteri yang sah. :P)


No comments: