Wednesday, November 7, 2007

aurat

Assalamualaikum

Seorang kawan lama mengadu kepada saya semalam.Perihal tudung dan stokin kaki.

"aku tensenlah member2x ofis ni.Sibuk jek pasal tudung aku pakai.Suka hati akulah nak pakai tudung ape.Diorang sibuk tanye apesal aku tak pakai tudung bawal macam majoriti budak2x perempuan lain pakai.Banyak kaler.Banyak manik2x,kerawang2x.Lagipun senang nak matching ngan baju kurung.Aku tak nak la pakai bawal tu.Banyak yang nipis.Nampak leher.Buat apa.Kadang2x tu yang tak pakai anak tudung tu,siap nampak rambut lagi.

Pastu ada pulak yang tanya aku dalam pantang ke pakai stokin tu?Giler.Tak pernah tengok perempuan pakai stokin ape?"

Jawapan saya?Sabar...sabar...sabar.Biarlah hina,buruk dan rendah dimata manusia tapi mulia,cantik dan tinggi disisi ALLAH swt.Lalu saya hantarkan tulisan Ust. Hj. Zaharuddin Hj Abd Rahman kepadanya.

KESILAPAN KERAP WANITA TENTANG AURAT

KESALAHAN PERTAMA : Aurat itu adalah memakai tudung sahaja.

KESALAHAN KEDUA : Bertudung tetapi ber‘T-Shirt’ berlengan pendek.

KESALAHAN KETIGA : Bertudung tetapi baju kebarungnya terbelah kainnya.

KESALAHAN KEEMPAT : Bertudung tetapi bajunya sendat, sempit dan nipis lalu memaparkan bentuk kawasan-kawasan mudah ‘menggoda’.

KESALAHAN KELIMA : Bertudung tetapi amat longgar dan menayangkan jambul dan hujung rambutnya.

KESALAHAN KEENAM : Bertudung tetapi hanya memakainya di pejabat sahaja. Tidak di sekitar rumah, pasaraya dan sebagainya.

KESALAHAN KETUJUH : Bertudung tetapi tudungnya dilempar ke belakang leher, maka terdedahlah dadanya dari ditutupi kain tudung.

KESALAHAN KELAPAN : Bertudung tetapi dengan tudung yang amat nipis sehingga boleh diihat sanggul, leher, tengkuk dan dadanya.

KESALAHAN KESEMBILAN : Bertudung tetapi menaiki motor sambil menayangkan betis sepanjang jalan.

KESALAHAN KESEPULUH : Bertudung dan sempurna penutupan aurat tubuhnya tetapi memanja-manjakan suaranya ketika berinteraksi dengan lelaki. Samada menyanyi mahupun bernasyid. Tiada dakwah yag sesuai buat wanita menerusi nyanyian kerana sesaat sahaj ia berada di atas pentas dengan pakaian canggihnya, seribu mata lelaki yang memandangnya..kita tidak tahu dimanakah mata lelaki itu memandang. Suaranya yang merdu juga membuatkan lelaki yang rosak hatinya akan dibuai nafsu, walaupun penasyid wanita itu sedang mendendangkan lagu ketuhanan.

Saidatina Aisyah r.a meriwayatkan, saudaranya iaitu Asma’ binti Abubakar pernah masuk di rumah Nabi dengan berpakaian jarang sehingga tampak kulitnya. Kemudian baginda SAW berpaling dan mengatakan:

Hai Asma’! Sesungguhnya seorang perempuan apabila sudah haidh (cukup umurnya), tidak patut diperlihatkan tubuhnya itu, melainkan ini dan ini — sambil ia menunjuk muka dan dua tapak tangannya.” (Riwayat Abu Daud)


Teringat saya pada ceramah seorang ustaz tentang yang pelik dan yang biasa.Zaman Rasul dulu,orang yang hendak meninggal dunia dan tak boleh mengucap kalimah syahadah adalah suatu perkara yang sangat pelik ketika itu.Tapi,di zaman kita sekarang orang yang boleh mengucap kalimah syahadah ketika di saat sakaratul mautnya adalah perkara yang sangat pelik pula.

Macam tu lah jugak dengan aurat.Bila berjubah,bertudung tebal&gelap,berstokin tangan dan kaki,janggallah jadinya bila dikalangan ramai,sebab bert-shirt,berseluar jeans,bertudung selimpang,berantai labuh sudah biasa di mata kita.

Sama-samalah kita renung-renungkan................................

4 comments:

Ummu Auni said...

kesiannya kat kawan...betul le, nanti islam akan jadi terasing di akhir zaman

blogadmin said...

yelah puan mardhiah12....sekarang pun ada terasa2x juga.Jgnkan kawan akak tu,akak sendiri pon pernah ada orang cakap "alaaaaa tudung nipis sikit jekkk...bukannya transparent teruss".
Nak kata apa.....akak senyum je laaa...dlm hati tu berkata-kata,agak2x masa nak terima balasan kat akhirat nanti, boleh mintak hukum sikit2x jugak ke???..... :)

~aNNa~ said...

dulu kan hanis, akak pun mcm tu, bertudung tapi berlengan pendek. alhamdullilah akak masih di sayangi olehNYA. sekarang sedaya upaya akak nak penuhi tuntutan Islam. sedih tengok org kejap pakai tudung kejap bukak. bila ke pejabat pakai, lepas waktu pejabat tanggal. kekadang susah nk explain kat bangsa lain nape dia boleh mcm tu nape kita tak boleh

blogadmin said...

hemmm....syukur alhamdulillah.Bukan senang nak melawan nafsu kan akak...Dah akhir zaman ni mmg mcm nilah....that's why umat akhir zaman ni nabi cakap lebih byk dugaannya.