Thursday, November 15, 2007

hak pengguna

Assalamualaikum

[1] Kedai ***** rambut untuk perempuan sahaja. (check)
[2] Harga untuk servis ******* rambut sahaja murah,bawah rm20.(check)
[3] Yang tukang **** rambut tu perempuan. (check)

Tiba-tiba kat dalam kedai ada sorang budak lelaki yang sudah baligh umurnya duduk belek-belek majalah dekat tempat menunggu.Tunggu emaknya sedang buat facial.Dalam hati macam mana ni yek???Bila dah masuk dalam kedai,baru perasan cermin bahagian depan kedai see thru lah(sebelum renovate tak macam tu).Maknanya orang lalu lalang boleh nampak.Bahaya juga ni.

kak su(owner kedai) : lama tak datang?
saya : ada,tak kemana-mana pun.
kak su : nak ***** rambut ke nak facial?
saya : ****** rambut je lah.Anak tinggal dengan jiran ni.Tak bleh lama2x sangat.
kak su : haa.....kak su free ni,duduklah.Biar kak su buat.
saya : tuuuu (sambil mengerling ke arah budak lelaki tu)
kak su : hemmmm.....(serba salah mukanya)
saya : kak su tolong letak pengadang yek.Cermin tu pun orang luar boleh nampak jelas ni.

Lama kak su masuk ke bilik pejabatnya.Tak ada pengadang yang sesuai gamaknya.Last2x
kak su bawak keluar tempat gantung baju beroda yang tinggi tu.Digantung kain yang besar sebagai penutup.Alhamdulillah.Syukur betul rasanya.(walaupun keadaannya sedikit peliklah)

Bila saya dah selesai dan hendak pulang,kak su ada meminta maaf tentang budak lelaki tu.Dan dia ada juga sebut nak buat pengadang untuk tempat ***** rambut tu.
Alhamdulillah
.Moga-moga dapat juga menyelamatkan maruah dan aurat wanita Islam yang lain juga tak kiralah golongan yang kisah atau tak berapa nak kisah atau tak kisah lansung.

Tak salah untuk kita meminta sesuatu yang "patut" kita minta sebagai pengguna.
Nak-nak dalam soal kita menjaga maruah dan aurat diri.

2 comments:

mikamusz said...

ibu nathifa, kat mana kedai **** rambut tuh..

hanis said...

area dekat2x rumah je...nape muss?berkenan...hehehe....bolehla try..tp tak sure lah kak su tu dh buat pengadang ke belum..kalau blom kene mintak tolong dia buat pengadang sementaralaa mcm kita ari tu..hehehe...