Tuesday, November 27, 2007

bila kita bersyukur

Assalamualaikum

Banyak hikmahnya bila kita belajar untuk bersyukur kepada ALLAH.

Kalau kita rasa kitalah yang banyak duit,ALLAH lagi kaya kan.
Kalau rasa kitalah yang pandai,ALLAH lagi maha bijaksana.
Kalau rasa kitalah yang baik,ALLAH lagi maha pemurah,maha pengasih.

Itulah....kita ni manusia, hamba ALLAH di bumi yang sementara ni.Diberi nyawa dan segala-gala yang ada pada kita atas sebab untuk beribadat kepada ALLAH.Menjadi khalifah.Kalau bekerja,untuk beribadah,kalau jaga anak untuk beribadah.Kalau membersihkan diri sekalipun kerana ALLAH.Semuanya sepatutnya kerana ALLAH.Tapi kadang2x bila kita terlupa'kerana ALLAH' tu,itu yang jadi lain macam.Takkan pergi disko 'kerana ALLAH',takkan makan rasuah 'kerana ALLAH',takkan tengok wayang 'kerana ALLAH'(lainlah filem syukur21 kan),takkan beli skirt pendek,warnakan kuku 'kerana ALLAH'.Macam pelik je bunyinya kan.

Bila nak buat perkara2x yang sebenarnya kita tahu berdosa,kita tahu haram,kita pun segan nak fikirkan tentang 'kerana ALLAH' ni.Betul tak?Sebab memang kelebihan manusia ni ada akal,dan ALLAH memang telah kurniakan kepada manusia akan pengetahuan membezakan perkara baik dan buruk.Senang cakap manusia memang tahu bezakan yang baik dgn yang tidak.Cuma manusia ni je degil,ikut nafsu,dan tak tahu bersyukur,buat-buat tak tau je kalau nak buat perkara yang tak baik tu kan.Tak gitu?

Saya ni tidaklah marah pada sesiapa pun.Cuma melihat keadaan dan kejadian sekeliling yang semakin hilang norma2x kesopanan,kesantunan dan kesusilaan disebabkan semakin hilangnya 'kerana ALLAH' dan juga bersyukur.Ibu bunuh anak.Ayah bunuh anak.Rasuah sana sini.Bergaduh sana-sini.Cerai berai suami isteri.Samun,rompak sana sini.Hari-hari mesti ada saja berita yang menyusahkan minda dan hati.

Baru tadi saya menonton rancangan Oprah Winfrey.Isu kali ni "How happy are you?".Menarik juga.Ada diselitkan quiz untuk mengetahui "How satisfied are you with your life?".Kalau nak baca lebih lanjut plus nak cuba quiznya pon boleh.Pergi kat sini.Tapi yang paling menarik perhatian saya,ada disebutkan tentang "law of attraction".Sekarang ni memang tengah hangat diperkatakan.Nak kaya?Nak gembira?.Ha cubalah "law of attraction" ni.Tapi sebenarnya dalam Islam pun memang sudah ada diperincikan tentang tarikan -tive dan +tive ni.Islam kan satu cara hidup yang lengkap.Betul tak?

Saya sebut tentang semua ni sebab masing-masing sangat berkaitan antara satu dgn yg lain.

Bila niat kita bukan kerana ALLAH,kita akan sentiasa rasa tak cukup.Lepas tu kita tak rasa bersyukur dengan apa yang kita ada.Sentiasa akan rasa gelisah.Bila macam tu,kita mula fikir macam-macam.Tarik yang -tive saja setiap masa,setiap hari.Akhirnya macam mana nak jawab soalan "How happy are you?" tu nanti agak-agaknya ya?

Lain pula bila sesuatu perkara itu dibuat "lillahhitaala".Dengan pahalanya.Dengan berkatnya.Selalu merasa bersyukur dgn kurniaNya.Hidup sentiasa tenang.Hanya yang +tive ditarik setiap masa.Soalan "How happy are you?" tu mudah saja dijawab rasanya.

Fikir-fikirkanlah.

No comments: