(Saya suka mendengar ceramah dari Ustaz Muhammad Abdullah.Seorang pendakwah bebas yang montel :).Hari ini ustad tersebut yang menyampaikan pedoman dan nasihat buat penonton al-hidayah.Ceramahnya sungguh ringkas tetapi saya rasa sungguh berpuas hati dan bersyukur kepada ALLAH di atas kekuasaannya menurunkan hidayah buat saya untuk menonton al-hidayah hari ini.Sebab saya hampir terlupa dek leka menonton rancangan masakan kegemaran.Berkisar tentang musibah atau ujian,penceramah menyebut tentang 5 perkara di sebalik musibah yang melanda setiap dari kita.Saya sempat mengambil nota mengenainya,takut-takut tersalah apabila menyampaikan kepada orang lain.Diharap kita semua mendapat sesuatu dari nota saya yang tak seberapa ini.)
Sekiranya ALLAH menurunkan bala,ujian,malapetaka atau musibah kepada hambaNya kerana :
1.Allah ingin memberi gantian yang lebih baik kepada kita
2.Allah mengampunkan dosa kita.(di sini ustad menyebut perkataan 'kafar')
3.Allah ingin memberi lebih pahala kepada kita.
4.Allah ingin meninggikan darjat kita.
(di sini penceramah memberi contoh yang sungguh relevan pada pendapat sayalah.Katanya,contoh seorang individu yang mempunyai kereta mewah,memakirkan keretanya sederet bersama kereta lain.Tetapi perasaan dihati ada timbul riak melihat kereta lain tidak setanding kereta mewahnya.Allah menurunkan musibah dengan mendatangkan banjir lalu menenggelamkan kereta mewahnya.Sekiranya dia insaf diatas musibah ini dan bertaubat dengan dosa riak&takbur itu,betapa Allah mengangkat darjatnya semulia-mulianya disisi Allah swt.)
5.Allah ingin menguji keutuhan dan kejituan iman kita.
Sebagai penutup,penceramah memberi sepotong ayat daripada Al-Quran panduan kita semua iaitu,dari surah Al-Ankabut ayat 1-3 yang bermaksud:
Dengan nama Allah, Yang Maha Pemurah, lagi Maha Mengasihani.
[1] Alif, Laam, Miim.[2] Patutkah manusia menyangka bahawa mereka akan dibiarkan dengan hanya berkata: Kami beriman, sedang mereka tidak diuji (dengan sesuatu cubaan)?
[3] Dan demi sesungguhnya! Kami telah menguji orang-orang yang terdahulu daripada mereka, maka (dengan ujian yang demikian), nyata apa yang diketahui Allah tentang orang-orang yang sebenar-benarnya beriman dan nyata pula apa yang diketahuiNya tentang orang-orang yang berdusta.
Akhirnya penceramah menyebut "Syukur dan Redha itu akan membawa ketenangan".
Apa yang baik dan benar itu datangnya dari Allah swt. Apa yang salah dan silap itu adalah dari kelemahan manusia itu sendiri.Renung-renungkanlah.
No comments:
Post a Comment