Thursday, March 1, 2007

ayam panggang ala nak cepat-cepat

Assalamualaikum

Sejak dua menjak ni dah semakin suka masak-masak guna oven.Lebih-lebih dikejutkan dengan nasihat daripada pakar pemakanan IJN.Pesannya makanan bergoreng hanya 2 kali seminggu sahaja boleh diambil setiap individu.Wallahhhh...diulang 2 kali seminggu ye kawan2x.

Memang saya tahu buruknya kesan makanan bergoreng tu.Tapi tidaklah sampai 2 kali seminggu.HIHIHI..jahatkan saya.Tak berdisplin lansung dalam bab nafsu makan ni.Kesian suami,kesian nathifa.

Hemm...akan tetapi meminimumkan menggoreng makanan/lauk tidaklah sesukar yang disangka.Dan sebenarnya lebih mudah dari terpaksa berdiri menunggu makanan yang digoreng itu.Wajah pun dapat diselamatkan.Tidaklah terdedah kepada percikan minyak tak banyak pun sedikit.

Saya ingin berkongsi dengan sahabat pembaca resepi sendiri hasil daripada ketakutan setelah mendengar nasihat pakar tersebut.Patut ucap berbanyak terima kasih kepadanya ya.


AYAM PANGGANG ALA NAK CEPAT-CEPAT

(GAMBAR SEKADAR HIASAN YE)




1.bahan-bahan untuk perapan :


ayam yang dikerat-kerat mengikut kesukaan.8 ketul,tapi saya potong kecil2x je.
sikit lada hitam
garam
4 ketul bawang putih
1 inch halia
sauce tiram
kicap
madu

bawang,halia,lada hitam,garam ditumbuk halus.Kemudian mix dengan ayam tu.Letak sekali sikit madu and sauce tiram tu.Gaul sampai rata and perap dlm 1 jam.Tapi saya 10 minit pun dah cukup..hehhe..nak cepat.

2.Bahan sayuran

broccoli
carrot
bawang besar

Potong semuanya ikutlah macammana pun asalkan tak tebal sangat.Nanti susah masak pulak sayur tu.Sayur ni pun saya gaul bersama perapan ayam tadi.

3.Bila nak panggang:

Dah sampai masa nak panggang tu,jangan lupa letak sikit butter atas ayam2x tu ye.Jangan byk2x,nanti tak best.
Lepas tu boleh panggang dlm setengah jam dalam oven.Suhu tak kisahlah pada saya.Boleh tengok kalau ayam tu dah masak atau tak kan.And then dah ready untuk dimakan.

Kalau saya,lauk tu dimakan dengan nasi lah...nathifa cukup suka sbb bila masak macam tu, daging ayam tu jadi empuk sangat and bestlah.Lagi satu tak perlu nak masak lauk sayur lain sbb dah letak sayur carrot n broccoli tadi.Boleh add sayur lain jugak kot.
And nasi tu takkan kering sbb bila panggang ayam tu akan ada kuah agak banyaklah.Air ayam tulah agaknya.So happy trying and bila dah cuba bgtaulah saya ye sedap atau tidak.Saja nak share.:)



oh ya..pesan pakar pemakanan tu lagi.Sepatutnya setiap kita perlukan 5 takes.Apa tu yek.Seingat sayalah katanya 5 takes tu consist of 3 part sayur and 2 part fruit.
3 part sayur means dalam sehari perlu ambil 3 kali sayur.Setiap kali ambil sayur tu sukatannya adalah separuh cawan minum.Pandai2xlah agak ya.Untuk buah pun mcm tu jugaklah.2 kali sehari.Amacam?boleh kita lakukan sama2x kawan2x.Untuk kesihatan kita sekeluarga.Yang lain tu bolehlah andai ada rakan2x yang pakar tentang ilmu pemakanan ni.Saya budak baru sahaja belajar.:)

No comments: