Friday, July 23, 2010

Kek lapis dan Translator

Assalamualaikum wbt


Saya fikir mahu memulakan sesuatu untuk tambah pendapatan yang sedia ada.(chewahh! mcmlah byk sgt dapatnya dari en.gugel tuh).Kek lapis.Saya pernah berbisnes kek lapis sebelum En.Irfan Fahri lahir ke dunia ini.Saya buat sendiri semuanya dari A sampailah hantar ke pelanggan.

Bisnes boleh tahan.Tak menang tangan dibuatnya.Maklumlah nak bakar kek aje ambil masa berjam-jam.Lapis by lapis.Saya ok.Bersemangat.


Sampailah saya mula loya2x dan muntah specially bila bau telur ayam.(ye,saya pregnant).Last saya penuhi permintaan jiran sebelah rumah yang nakkan kek lapis cheese.Buat pun duk selang dgn muntah.Siap pakai mask yg dititik minyak cap kapak.Haru biru sungguh waktu itu.

Sampai sekarang saya belum betul2x ada 'feel' nak sambung balik bisnes tu.En.Irfan dah pun berumur setahun 8 bulan.Bererti selama itulah saya sudah tidak memegang bekas pembakar empat segi berukuran 8' itu.



Ada juga rasa 'rindu' nak melapis.Ibu kat kampung pun ada berbunyi hal-hal kek lapis saya.(hint untuk saya bawa balik kek lapis ke kampung raya nanti).


Tapi bukan kisah kek lapis sebenarnya yang utama kat sini.Hehehe (adakah anda mula tertanya-tanya ketika ini? sabar......)
.
.
..
.
.
.
.
.
.
.
..


Saya sebenarnya nak bagitau saya telah diberi job oleh sesorang untuk menjadi translator (on paperwork).Yang bestnya semuanya pakai email.Buat kerja dari rumah.Bestnya!!!



Syukur alhamdulillah.

(kan saya rasa macam nak memulakan sesuatu utk tambah pendapatan saya...tapi saya belum pasti apa dia....sungguh Allah memberi rezki dari sumber yang tidak disangka-sangka)

Janganlah risau tentang scam2x atau penipuan sebab yang memberi peluang kerja kepada saya ni family saya juga.Kisahnya pekerja ditempatnya dah tak menang tangan,disub kan kepada saya.

Jadinya,bisnes kek lapis saya nampak gayanya bakal ditangguh lagi sehingga diberitahu kelak.Hehehehe.Tapi saya rasa-rasa nak 'melapis' juga dalam 2-3 biji kek sebagai ole2x raya untuk parent dan mertua.

Untuk tempahan belum boleh saya terima lagi.Sibuk menterjemah.Cheewah.....

Harap-harapnya job untuk menterjemah ni berterusanlah sebab saya suka sangat.


Thank u ALLAH!

3 comments:

Farra Da Smiley said...

tahniah sbb dpt bekerja dr rumah hanis....i wish that too

ummi said...

kalo ada job 'tak menang tgn' lagi, boleh kenalkan akak heh heh? job translation laa.. bab kek lapis, tau makan ajerr..

wEna said...

best tue... mudah2an lagi murah rezki