Tuesday, July 20, 2010

At-taubah ayat 24

Assalamualaikum wbt




Lately saya banyak sangat bermain dengan perasaan.Macam-macam yang difikirkan.Bila tengok langsir rasa nak beli dan jahit yang baru.Bila tengok kakak,duk fikir macam mana nak ajar dia fardhu-ain,mengaji quran,menghafal quran dengan lebih efektif setiap hari.Bila tengok diri sendiri kat cermin,bilalah perut dan pinggang nak slim sikit.Bila tengok En.H buat filing(surat2x hutang :P),macam mana nak bantu dia melenyapkan surat2x hutang tu.Bila tengok buku-buku yang belum dikhatam,bilalah nak start baca sampai habis.

Lepas tu bila tengok calendar,Ramadhan dah dekat.Duk fikir-fikir tahun ni dapat tak puasa penuh macam masa pregnantkan Irfan dulu.Terawih macam mana.Boleh khatam Quran tak ramadhan tahun ni.Kuih raya mcm mana.Baju raya macam mana.


Banyak kan?Tu belum masuk yang nafsu nak tukar kereta,nak tukar rumah,nak tukar perabot,nak tambah koleksi bling2x,nak gi holiday dan senarainya takkan berhenti.


Tapi ALLAH itu maha penyantun.Maha pengasih.Maha melihat dan mendengar.


Dalam keserabutan memikirkan ntah macam-macam perkara tu,Allah menegur saya.Teguran yang berupa amaran.

Sedang ayat-ayat Quran surah At-taubah dibaca,saya terhenti disatu ayat bila melihat kepada tafsirnya.


Surah A-taubah ayat 24(tafsirnya berbunyi) :

Katakanlah (wahai Muhammad): "Jika bapa-bapa kamu, dan anak-anak kamu, dan saudara-saudara kamu, dan isteri-isteri (atau suami-suami) kamu, dan kaum keluarga kamu, dan harta benda yang kamu usahakan, dan perniagaan yang kamu bimbang akan merosot, dan rumah-rumah tempat tinggal yang kamu sukai, - (jika semuanya itu) menjadi perkara-perkara yang kamu cintai lebih daripada Allah dan RasulNya dan (daripada) berjihad untuk ugamaNya, maka tunggulah sehingga Allah mendatangkan keputusanNya (azab seksaNya); kerana Allah tidak akan memberi petunjuk kepada orang-orang yang fasik (derhaka).


Beristighfar saya berulang kali.Subhanallah.

Al-Quran itu sesungguhnya panduan hidup kita.Sungguh hati saya serabut dek kerana dunia sedangkan Allah dah pun berpesan kepada hambanya supaya lebih mencintaiNya dan rasulNya dan berjihad untuk agamaNya.


Minggu lepas pun En.H balik bercerita tentang satu tazkirah yang saya nak kongsi.Dia ditanya soalan2x cepu emas.


"dah bersedia untuk kembali kepada sang pencipta tak?".

"tidak"

"kalau tak,kenapa tak buat-buat persediaan tu?.

Sibuk?

Kenapa sibuk sangat dengan hal-hal lain.

Kenapa tak buat persediaan yang sepatutnya.

Bila nak bersedia?

"solat cukup?"

"sempurna ke solat?

Betul ke solat?

Betul ke baca al-fatihah?"

"kalau tak sure,kenapa tak belajar?

"aurat dah tutup sempurna ke?

kalau belum bila nak start tutup sempurna?


Jawapannya macam biasalah sebab belum bersedia nak pergi.
Well...seperti yang diketahui umum bukan kita yang menentukannya kan.

Untuk saya dan juga yang membaca entry ni....bermulalah sekarang.

Saat ini.

Dalam sehari belajarlah sesuatu kerana cinta kepada ALLAH.Belajarlah sesuatu untuk bekalan menemuiNya nanti.Biarpun kecil.Biarpun sikit.

Buatlah perubahan kerana cinta kepada ALLAH.

4 comments:

mama affan said...

tq nis..mmg banyak yg lalai..

ibu iman said...

betul tuh... wani pun mcm da xsaba nak beli langsir baru utk raya. tapi duit nak pakai utk keperluan harian. hati nih mcm disentap suh beli langsir jugak. tapi bile bace tafsir surah A-Taubah tuh... Ya Allah... takutnya aku terhadap azabMu... tq hanis... wani bersyukur dgn apa yg ada...

knv said...

yelah,

anak2, harta benda, pasangan2 ni semuanya ujian allah nak tengok kita ni tersasarrr ke tidak.

semoga sentiasa dijalan yang benar.

:D

Furniture Repairs Boise said...

Thanks for thiss