Friday, May 21, 2010

Terima kasih ya Allah




Assalamualaikum wbt



Baru pagi2x tadi datang rasa-rasa tak best tuh,siap dipapar melalui n3 lagi.Tup-tup..... Alhamdulillah ALLAH dah makbulkan doa saya supaya dihilangkan rasa risau tidak bertempat ni.

Sesungguhnya taufik dan hidayah ALLAH datang dalam pelbagai cara kan.


Sedang saya menyusukan Irfan saya,saya on kan tv untuk terapi rohani setiap hari jumaat saya.Channel tv9,rancangan Usrah.Dulu ustazah Fatimatul zahra.Sekarang Ustazah Asni.Dua-dua pun best.

Apa kene mengena dengan rasa tak best saya tu pulak?

Uisshh tajuknya memang sangat kene.Kata-kata ustazah lagik kene sampai menusuk ke jantung terus rasanya.Cheeewah!


Bertittlekan "Allah maha Besar",ustazah mengajak kita bertanya pada diri kita sejauh mana kita tanam "Allah maha Besar" ni dalam hati kita.

Let see...

Tengah tengok tv cite best,azan berkumandang.Cite kat tv lagi besar ke,perintah Allah lagi besar?

Tengah shopping,masuk waktu solat.Shopping lagi besar or Allah lagi besar? (huhuhu...saya pun ada gak buat gini...lambat-lambatkan solat sbb beli barang)


Ustazah kata kita ni kalau tak ada miracle,kita tak rasa sesuatu tu hebat and hati kita tak rasa gentar.Dengan bahasa lain 'iman lemah'.Bukan macam iman sahabat-sahabat nabi muhammad saw.Iman diorang hebat.

Ustazah cerita rasullullah saw bercerita kepada Abu bakar as siddiq kisah baginda diangkat ke langit dengan burak dan berjumpa dengan nabi2x dahulu dan berjumpa dengan ALLAH.Abu bakar terus je menjawab "aku percaya ya rasullullah".

Kalau zaman sekarang orang bercerita mcm tu,boleh ke kita jawab gitu terus.Untuk sayalah,tak 10,mesti ada satu soklan saya nak tanya.Hehehe.

Bila terjadi perkara-perkara ajaib macam awan membentuk perkataan Allah ke,baru hati kita gentar akan pernyataan "Allah maha Besar".Baru kita rasa nak nangis.Baru rasa nak bertaubat.

Tapi kalau hari-hari biasa je berlalu,walaupun dari kita bangun tidur sampai kita tidur balik "Allah maha Besar" tu ada kat mana2x je,kita tak rasa pape pun.Biasa-biasa je.

So ustazah mengajak kita tanam rasa "Allah maha Besar" tu dalam hati setiap saat setiap masa.

Macam kalau anak kita jatuh,berdarah eventho kita jaga betul2x bagai nak rak.Sesungguhnya ucapkanlah "Allah maha Besar".Allah nak ajar kita memang Allah lagi besar dari apa-apa pun kat dunia ni.Makhluk Allah ni takde pape pun.Jagalah anak walau tak berkelip mata pun,bila Allah takdirkan ianya berlaku,pasti berlaku jugak.

(teringat semalam irfan tertomoih mulut dia berdarah atas simen walaupun tengah duduk dan tak buat pape.Cuma dia nak bangun berdiri,tapi kaki dia tersekat,so badan dia tertolak ke depan,hemmm "Allah maha Besar" kan)


Apa kaitan dengan rasa tak best saya....hemm saya terus hilang rasa tak best tuh dan insaf bila ustazah sebut ayat kat bawah ni:

"ya Allah,suami aku ni milikMu ya ALLAH"

"ya Allah,anak-anak aku ni milikMu ya ALLAH"


Ya...terkesima saya dengan ayat tuh.Sesungguhnya Allah hanya pinjamkan saya suami,anak-anak dan semua yang ada kat dunia ni.

Buat apa saya sibuk nak risau-risau tak tentu pasal kan.Manusia yang bernama suami itu Allah yang jadikan dia.Jadi saya hanya perlu memohon dan berdoa apa yang saya mahu kepada Pencipta suami saya itu.That's it.Mudah.Tak payah susah-susah nak serabutkan fikiran.

Selebihnya saya tawakkal dan redha.


Terima kasih ya Allah atas taufik dan hidayah ini.Walaupun dengan hanya rancangan usrah yang tak sampai satu jam pun(byk iklan),dah cukup membuatkan hati saya tenang semula.

Tak ada apa yang lebih berharga daripada hati yang tenang kan.....

So saya harap apa yang saya kongsi hari ni dapat kita semua fikir-fikirkan dan cuba amalkan.Sama-samalah kita muhasabah.Semua manusia pun tak sempurna kan.Semua perlukan taufik dan hidayah dari Allah.


Wassalam.

3 comments:

knv said...

terima kasih atas ingatan.

:D

Ummu Auni said...

semua yang Allah jadikan bukan dengan sia-sia.

blogadmin said...

knv : sama2x kita berkongsi perkara yang baik-baik....ingat mengingatkan sesama islam.


aini : betul sangat2x dik