Monday, April 27, 2009

Blink...blink

Saya "salin" daripada blog pemikirkaya. (untuk difikir-fikirkan)


Salam pembaca blog pemikirkaya!

“Wang sebenarnya jahat!”, tegas seorang kenalan kepada saya ketika kami berdua sedang berbual sambil dia menghirup kopi powerroot panas (mungkin beliau berharap untuk menjadi jutawan dalam contest ‘You Can Bea Millionaire 2‘ nanti)

Saya yang ketika itu sedang membasahi anak tekak dengan air suam, terkedu mendengarnya!

“Apa maksud awak?” soal saya dengan penuh kehairanan…

“Yalah, cuba kau tengok ‘paper’, tiap-tiap hari ada berita rompak, pecah amanah, rasuah, penyelewangan, penipuan, skim cepat kaya, sehinggalah kisah kebankrapan!” jelasnya dengan bersungguh-sungguh.

“Ya, saya faham maksud awak, kerana punca semua itu adalah wang! Tapi harus diingat, bahawa wang itu hanyalah sekeping kertas yang sah diperlakukan berdasarkan nilai yang tertera di atasnya!” jelas saya ingin membetulkan keadaan.

“Apa maksud awak, wahai saudara Thinkerich?”

“Maksud saya, wang itu tiada apa-apa hanya kertas! Apa yang menyebabkan seseorang itu menjadi sedemikian rupa adalah kerana mereka membiarkan diri mereka dikuasai wang!” terang saya lagi tak ubah seperti seorang psikologis.

“Ooooooooooo…betul juga”, jawab kenalan saya dengan mulut yang sedikit terlopong!



p/s: En.H pernah bercerita bagaimana dia pernah melihat seseorang yg membakar sekeping duit RM50 dihadapan matanya demi menyatakan bahawa duit itu hanyalah sekeping kertas yg tiada makna bila tiada sebarang emosi yg dilekatkan kepadanya.

Nak cuba? :)

2 comments:

Ummu Mishkah said...

salam... sudi2kanlah ambil award kat JL Bunch!

blogadmin said...

wah dapat award...bestnyaaaaa...
terima kasih ummu...terima kasih byk2x ye...murah rezki ummu :)