Tuesday, July 22, 2008
Terkejut
Assalamualaikum
Pagi tadi nak tergelak rasanya (memang dah tergelak pun ;) ) bila dengar En.H cerita tentang hal malam semalam.
Cuba bayangkan keadaan diri yang tengah khusyuk di depan skrin laptop dengan telinga ditutup kapas headphone ditengah-tengah malam yang sunyi (memang saya dah dilamun mimpi masa ni),tiba-tiba terasa seperti ada yang memerhati dari tepi dan sesaat kemudian ditegur 'yah!'.
En.H kata dia punyalah terkejut, rasa-rasa hilang kaki nak lari dah.Jantung bagai nak luruh.
Tak ada lembaga misteri mana pun sebenarnya.Cuma anak dara kami yang terjaga dari tidur (of course di sebelah saya) dan terus senyap-senyap keluar dari bilik mencari ayahnya.Katanya nak 'ken***g'.
Itulah,suka sangat tidur lewat-lewat malam.Oklah anak sendiri yang menegur.Kalau.... (hehehe,tak mahu saya menyambung ayatnya lagi....faham2x sendirilah ye :P)
By
blogadmin
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
No comments:
Post a Comment