Tuesday, July 15, 2008

Cerita-ceriti

Assalamualaikum

Cerita Satu

Hari Ahad lepas En.H rajin berjalan-jalan.Kami ke Sungai Congkak.Bila sampai, hujan pun rintis-rintis.Tapi ramai juga yang mandi.En.H pun dengan bersemangatnya mendukung si anak dara tu turun dalam air.Tup..tup si anak daranya menjerit tak nak kene air.Aduhai......habis cerita!

Cerita Dua

(Hanya untuk renungan dan panduan ibu-ibu)
Petang Sabtu kami bertiga berjalan merentasi 3 buah rumah untuk melawat jiran yang baru bersalin.Anak ke 2.Anak lelaki juga.Ramai juga yang kebetulan melawat sama.Jadinya kaum bapa berlonggok di meja makan sambil minum tea yang dihidangkan tuan rumah.Kaum ibu pula berlonggok di tepi baby dan ibunya sambil mulut tak berhenti bercerita kisah suka duka melahirkan anak.

Cerita jiran yang baru bersalin,dia mengaku salahnya.Katanya mulutnya terlepas cakap semasa doktor bertanyakan mahukan epidural atau tidak.Dia menjawab dengan selamba "No doctor,I want feel the pain".Wallah...sambungnya 'the pain' itu juga yang dirasainya sehingga tak tertanggung katanya dan permintaan untuk epidural darinya ditolak sebab dah terlalu lewat!

Nasihatnya untuk kami-kami yang bakal bersalin,janganlah eksen dan laser sangat mulut tu ;)

Cerita Tiga

(Soalan-soalan our lil' tifa bila ibunya sedang khusyu' memandu)

Ibu,itu tempat apa tu bu?
Ibu,kita nak pergi mana ni bu?
Ibu,kita nak pergi ofis ayah ke?
Ibu,kita nak pergi giant ke?
Ibu,tu bangunan apa tu bu?
Ibu,kita pergi beli ais-krim ngan gula-gula esok ye?
Ibu,kita nak pergi beli nasi lemak ke?
Ibu,motor tu rosak ke bu?
Ibu,kereta tu kenapa ibu,rosak ke?
Ibu,kenapa owang ramai-ramai tu bu?
Ibu,tifa nak pakai seat-belt ke bu?

etc...etc...etc...kalau dia tidur,dia senyaplah.
etc..etc..etc...kalau dia tak tidur bersambung lagilah soalan-soalannya tu.

Tapi yang penting,kita yang menjawabnya.Saya diajar supaya menjawab setiap soalan yang ditanya(walaupun soalan yang sangat tidak logik) dengan ayat sebaik mungkin.Selogik yang mungkin sehingga dia faham.

Dan kerana sessi soal jawab yang saya praktikkan inilah,saya dapat lihat hasilnya yang sangat menakjubkan.Kadang-kadang saya sendiri terkejut dengan soalan dan jawapannya.Logiknya,bila semakin banyak soalan difikirannya terjawab,semakin ligat otaknya mencari soalan-soalan lain untuk ditanya.

Apa-apa pun syukur Alhamdulillah.Dia sihat,dia ketawa,dia menangis.Dialah penyeri keluarga.

4 comments:

Farra Da Smiley said...

hanis, dr segi positifnya, bagus la ibu tu awal2 kata takmo, so end up tak amik epi..like me anak 1st camtu gak tak amik..tapi anak 2nd amik sebab dah tau bila time 8cm mmg tak tahan sgt rasa sakit :D

Anonymous said...

Hanis...to me, yg penting both mom & baby selamat..ambik epidural or not x kisah la kan..tp based on my experiences, i didn't take epi. Tp sakitnya Allah saja yg tau...:)

Ummu Auni said...

first tak amik. sebab sampai spital, dah buka besar. second time, ambil, tapi tak sampai satu jam dah beranak...nanti no 3 tatau pula macam mana, hehehehe

blogadmin said...

farra - kalau amik epi ni ada pro n cons nye kan....nak..nak time nk push tu takde rase sgt..mcm pelik je nk push tp tak rasa apa-apa ;)

bayah - mmg respek sungguhla 3-3 hero tu lahir normal n tak amik epidural...kagum sungguh...

ummu auni - hemm...sebenarnya if step2x nk bersalin tu ikut turutannya and smooth je mcm air ketuban pecah..then bukaan semakin besar..then push baby keluar...rasanya tak mahu juga amik epidural...tp kalau dh kene induced sampai semalaman,then bukaan takde jugak besar2x...then sampai doc terpaksa pecahkan air ketuban..huh...rasanya doc pun sarankan amik epidural since bila sampai masa nk push tu ibunya dh habis tenaga lansung pasal lama benor menunggu...
apa-apa pun semua tu ujian masing2x kan...doa je la dipermudahkan bersalin..amin ;)