Assalamualaikum
Huhuhu....membaca komen2x dalam blog si adik aida dah cukup membuatkan kepala saya ni berputar-putar agak laju 2-3 hari ni.Oh..oh...masih lagi dengan tajuk semalam la.Tango-tango tu.
Saya cerita juga dengan En.H.Katanya "awak ni kan tengah mengandung,sensitif awak tu lagi dasat.Emosi lagi kuat menarik perkara-perkara yang ada dalam kepala dan hati awak tu.So,baik awak fikir yang happy2x,baik2x,positif2x je".(kene marah tapi dalam versi marah2x sayang :P)
Tapi memang tak salah lansung apa yang En.H pesan tu.Manusia ni bila timbul sesuatu isu tu,mereka akan memperkatakannya bukan setakat dimulut,atau di skrin tapi di dalam hati juga.Dan bila ianya berkaitan dengan hati dan emosi,bermulalah episod menarik cas-cas -ve yang tidak baik untuk kehidupan kita ni.
Jadi,lepas ni kalau ada sesuatu isu negative yang timbul,cepat-cepat lari darinya atau counter attack balik dengan perkara2x positif.Baca pasal Law of attraction banyak2x,nanti fahamlah.
Orait,saya nak sambung homeschooling anak dara saya yang sorang tu.Tengah dok ajar flash card buatan sendiri yang mengandungi suku kata-suku kata tertentu.Nanti bila saya rajin,saya tepek macam mana rupa flash card tu.Biasa-biasa je,buat daripda manila kad.En.H yang rajin potongkan kad tu.(pujian la sikitkan,supaya dia akan bertambah rajin nanti :P)
1 comment:
ya betul, kak hanis tgh pregnant tu. biar fikir yang baik2 aje.. maklumlah, tgh pregnant ni sensitif (kan en H dah sound tu :P)
p/s: nanti dah pandai menari tango, boleh la belajar cha cha dance pulak ke :P
Post a Comment