Assalamualaikum
Malam tadi saya bermimpi.Tapi yang tak best.Dulu-dulu kalau cerita dekat ibu atau nenek atau atok,"jawabnya mimpi kan terbalik".Hemmmm......
Kalau diterbalikkan mimpi saya malam tadi,alhamdulillah.Memang best!. :P
Nak tahu?Ishhh tak bolehlah.Mimpi ni orang-orang lama kata baik atau tak,tak elok cerita pada orang lain.Biarlah rahsia bak kata Puan Siti Malaysia.
Tapi memang kadang-kadang mimpi ni memberi kesan dihati.Kadang-kadang juga mimpi tu sangatlah jelas kita ingati sampai rasanya boleh cerita satu persatu dengan tepat dan padat!Ye dak?
Apa yang ada dalam kepala saya tentang mimpi,tapi bukan dalam kitab tau! :
++kalau mimpi dalam jam 3-4 pagi,dan mimpi itu menghantui fikiran kita(bukanlah mimpi hantu!)bolehlah kalau nak rujuk pada yang alim.Rujuk je tau!Tak semestinya kene ada action lepas tu.
++kalau setakat mimpi yang membuatkan kita terjaga dan terus terdengar azan subuh,tak payahlah nak susah-susah hati.Lupakan aje.Boleh pakai ayat "mimpikan mainan tidur" :).Itu tandanya kene bangun solat.
++kalau mimpi dalam jam 3-4 pagi dan bermimpi tentang angin,ribut,taufan dan seangkatan dengannya(berkaitan angin jek),ibu saya cakap eloklah pergi bersedekah kat surau,masjid atau siapa-siapa jelah yang memerlukan duit,makanan.Sebab?Kata ibu mimpi angin seakan memberi amaran atau tanda yang sesuatu akan berlaku yang menyebabkan duit/harta benda kita habis/musnah.Takut tak?
++kalau mimpi dalam waktu yang sama tapi mimpi air macam banjir ke,mandi laut ke,jatuh sungai ke(boleh ke? :0) apa-apa ajalah asalkan berkaitan air,itu mimpi yang membawa khabar gembira.Nak dapat duit,nak dapat tanah,nak dapat anak,bonus, semua yang bagus-baguslah pendek kata.Lepas ni semua orang sebelum tidur dok fikir air,sebab nak mimpi air.Huhu.Satu lagi orang selalu kata gatal tapak tangan kanan nak dapat duit?Ada yang boleh komen?:)
ha,tapi kawan-kawan janganlah percaya sangat dengan benda yang saya tulis tu.Itu yang saya dengar dari orang-orang lama.Bukannya saya pergi mengkaji kitab "Tajul Muluk" tuh.(tapi kalau ada kitab tu nak jugak saya membacanya,mesti best! :P )
Kalau saya google tentang mimpi ni,banyak yang ada perkataan "Tajul Muluk".Rasa-rasanya Nabi Muhammad SAW pun ada bersabda tentang mimpi.Tapi saya tak mendalami tentang ilmu ni.Tak berani nak kata apa-apa.Kena berguru dengan yang alim dulu.
Tapi apa-apa pun,pada sayalah jika bermimpi yang membuatkan kita terjaga.Tengok jam tu.Kalau 3-4 pagi,bolehlah buat tahajjud.Kalau dah dekat-dekat subuh tu bangun jelah mandi dan ready untuk solat subuh.Kalau yang lelaki bolehlah pergi jemaah di masjid/surau.Kan ke bagus macam tu.Ye tak?Mimpi alahai mimpi..........
No comments:
Post a Comment