Sahabat-sahabat saudara Islamku semua,tahun baru Hijrah akan menjengah kita tak lama lagi.Dari 1428 H akan berganjak ke 1429 H.
Alhamdulillah kita semua masih lagi di sini,dengan rahmat Allah,rezeki Allah dan kasih sayang Allah terhadap kita hambaNya.
Selalu bila masuk tahun baru mengikut kalendar Islam,kita disunatkan baca doa akhir tahun dan awal tahun.InsyaALLAH,kita sama-sama saling ingat-mengingati tentang ini.Moga-moga semua sahabat-sahabat tak kira dimana jua akan mendapat berkat daripada doa yang kita akan baca nanti.InsyaALLAH.
Antara amalan disunatkan pada bulan Muharam:
- Berpuasa. Maksud Hadis: Barang siapa berpuasa satu hari dalam bulan Muharam pahalanya seumpama berpuasa 30 tahun. Maksud Hadis: Barang siapa yang berpuasa tiga hari dalam bulan Muharam, iaitu hari Khamis, Jumaat dan Sabtu, Allah tulis padanya pahala seperti mana beribadat selama 2 tahun.
- Banyakkan amal ibadat seperti solat sunat, zikir dan sebagainya.
- Berdoa akhir tahun pada hari terakhir bulan Zulhijah selepas Asar sebanyak 3 kali
- Berdoa awal tahun pada 1 Muharram selepas Maghrib 3 kali
Untuk ingatan saya dan sahabat semua,
hari terakhir bulan Zulhijah(30 Zulhijah) = 9 Januari 2008 = Rabu
1 Muharram = 10 Januari 2008 = Khamis
Kalau tak silap saya,Malaysia cuti rasanya 1 Muharram tu.Bolehlah berkumpul suami isteri,anak-anak sama-sama baca doa awal tahun tu ye.InsyaALLAH.
Selamat Tahun Baru !
(yang ni baru betul2x tahun baru,kita kan beragama Islam :) )
Maksudnya:
Allah SWT berselawat ke atas penghulu kami Muhammad SAW, ahli keluarga dan sahabat-sahabat baginda dan kesejahteraan ke atas mereka.
Wahai Tuhan, apa yang telah aku lakukan dalam tahun ini daripada perkara-perkara yang Engkau tegah daripada aku melakukannya dan aku belum bertaubat daripadanya. Sedangkan Engkau tidak redha dan tidak melupakannya. Dan aku telah melakukannya di dalam keadaan di mana Engkau berupaya untuk menghukumku, tetapi Engkau mengilhamkanku dengan taubat selepas keberanianku melakukan dosa-dosa itu semuanya. Sesungguhnya aku memohon keampunanMu, maka ampunilah aku. Dan tidaklah aku melakukan yang demikian daripada apa yang Engkau redhainya dan Engkau menjanjikanku dengan pahala atas yang sedemikian itu. Maka aku memohon kepadaMu.
Wahai Tuhan! Wahai yang Maha Pemurah! Wahai Yang Maha Agung dan wahai Yang Maha Mulia agar Engkau menerima taubat itu dariku dan janganlah Engkau menghampakan harapanku kepadaMu Wahai Yang Maha Pemurah. Dan Allah berselawat ke atas penghulu kami Muhammad, ke atas ahli keluarga dan sahabat-sahabatnya dan mengurniakan kesejahteraan ke atas mereka.
Maksudnya:
Allah SWT berselawat ke atas penghulu kami Muhammad SAW, ahli keluarga dan sahabat-sahabat baginda dan kesejahteraan ke atas mereka.
Wahai Tuhan, Engkaulah yang kekal abadi, yang qadim. yang awal dan ke atas kelebihanMu yang besar dan kemurahanMu yang melimpah dan ini adalah tahun baru yang telah muncul di hadapan kami. Kami memohon pemeliharaan dariMu di sepanjang tahun ini dari syaitan dan pembantu-pembantunya dan tentera-tenteranya dan juga pertolongan terhadap diri yang diperintahkan melakukan kejahatan dan usaha yang mendekatkanku kepadaMu Wahai Tuhan Yang Maha Agung dan Maha Mulia.
Wahai Tuhan Yang Maha pengasih dari mereka yang mengasihi dan Allah berselawat ke atas penghulu kami Muhammad. Nabi yang ummi dan ke atas ahli keluarga dan sahabat-sahabatnya dan kesejahteraan ke atas mereka.
2 comments:
doa akhir tahun dan doa awal tahun tu kalau tak silap, bukan hadis sahih.. sebab perawinya tak kuat
tapi amalkan untuk saja-saja, tak apa. jangan atas sebab MESTI baca :)
oh mcm tu....thanks bgtau...akak tak tau sgt aida,tp kat dalam buku-buku doa tu ada doa awal&akhir tahun ni...igtkan mmg amalan nabi...hemm tak arif betul pasal hadis sahih,perawi,nas2x....kene cari sorang tok guru nih.. :)
Post a Comment