Hari minggu lepas balik kampung melaka.Ahad pagi tu dapat sms dari kak mas jiran di subang,tanya ada di rumah tak?
Bila kita berada jauh dari rumah,dapat sms macam tu naik risau jugalah.Tapi sungguh tak elok kalau fikir yang bukan-bukan kan?.Hakikatnya,rupanya kak mas nak beri info tentang majlis 'halau hantu' yang akan dibuat dirumahnya malamnya lepas isya'.
Kelam kabut dibuatnya.Plannya on the way balik ke kl, singgah melawat ayah,melawat sepupu dan melawat busu dino.Tapi alhamdulillah,apa-apa pun kalau dalam fikiran kita boleh buat semua tu,dengan izin ALLAH,InsyaALLAH.Kami sempat singgah 3-3 tempat tu,lawat 3-3 orang tu dan sempat juga beli lada hitam,garam kasar dan air mineral sebelum sampai rumah di subang setengah jam sebelum majlis bermula.Terkejar-kejar juga.
Mesti ramai yang nak tahu tentang 'majlis halau hantu' tu kan? :P
Adalah kisah disebaliknya.Saya nak cerita dalam entry ni nanti panjang berjela-jela pulak.Ringkasnya,kami(satu deret rumah termasuk rumah kami) terpaksa buat majlis ni sebelum kejadian yang lebih membimbangkan terjadi.(sekarang pun memang dah bimbang :)).Tak payahlah cerita detail2x kat sini yek.Saya pun tak mahu memikirkannya sangat. :P
Ustaz kata jin ni terdiri daripada yang soleh dan yang toleh.Yang soleh oklah,tapi yang toleh tu selalu dipergunakan oleh manusia yang ada niat-niat tertentu yang selalunya tak baiklah.So kalau yang menganggu ni yang tolehlah.Apa-apa pun kita berusahalah,yang menjadikannya ALLAH juga.Nak marah sangat tak boleh juga,'mereka' pun makhluk ALLAH juga kan.Lagipun yang mungkin salahnya manusia juga agaknya.Menggangu 'kampung' halaman mereka.
Hemm....dah melalut-lalut dah saya ni.Tak tau topik apa sebenarnya nak difokus.Sory eh!.
(kes dalam kepala fikir bermacam-macam perkara lain lagi).
Anyway,Alhamdulillah majlis berjalan dengan lancar.Sebelum ustaz yang akan 'menghalau' datang,ustaz lain yang sampai awal sempat beri ceramah sikit.Sangatlah menarik ceramahnya sampai kami semua yang datang ni sakit perut dok gelakkan tentang apa yang diceramahnya.Bukanlah isi ceramahnya tu kelakar,tapi penyampainya yang pandai betul bergurau senda.Maklumlah,kepakarannya dalam aliran fiqah,bab rumahtangga pulak tu.Faham-faham ajelah apa yang diceramahkannya. :)
Tapi oklah sebab takdelah kami yang datang ni 'malu-malu kucing' bila sebut tentang hubungan suami isteri.Alhamdulillah,dalam masa yang singkat tu,banyak ustaz ingatkan macam mana suami harus layan isteri dan sebaliknya.Kalau ada waktu terluang nanti,saya akan panjangkan cerita tentang apa yang ustaz tu ceramahkan.Banyak betul yang menarik untuk dikongsikan.
So,sampai ketemu di entry seterusnya,Marilah kita banyak-banyakkan berzikir mengingati ALLAH.InsyaALLAH kita akan sentiasa tenang dan dipermudahkan semua perkara sepanjang hari.
No comments:
Post a Comment